Pada satu lewat malam di London pada tahun 1940, seorang warga Austria sibuk menulis sesuatu di atas mejanya. Walaupun tumpuannya kadangkala terganggu dengan bunyi siren serangan udara yang dianggapnya sebagai ‘bunyi jentera perang dari neraka’, Robert Lucas terus menulis demi tanah airnya. Ya, Lucas sebenarnya seorang penulis yang menulis sebuah drama radio BBC dengan fokus para pendengar mereka ialah penduduk Third R3ich. Tujuannya satu: membuatkan mereka ketawa.

Penulis Austria ini telah bekerja dengan Perkhidmatan Jerman BBC yang mula muncul selepas krisis Sudeten pada tahun 1938. Matlamat bahagian propaganda BBC ini satu sahaja iaitu memecah monopoli rejim N4zi Jerman ke atas berita di negara berkenaan. Rejim tahu mereka tidak boleh menyekat siaran radio negara-negara luar dari memasuki Jerman tetapi mereka boleh menjadikannya satu jenayah. Sesiapa yang berani mendengar siaran radio negara-negara musuh ini bakal berhadapan dengan hukuman penjara. Dan jika mereka didapati menyebarkan berita yang mereka dengar kepada orang lain, maka pelbagai jenis hukuman m4ti akan dikenakan dari skuad pen3mbak hinggalah tali gantung.

Tetapi kenapa BBC memilih genre komedi dalam latar masa yang menekan itu? Jenaka dengan tujuan menaikkan moral di medan domestik dilihat satu strategi yang berjaya seperti yang dibuat dalam drama radio satira BBC, It’s That Man Again. Tetapi bolehkah ia digunakan sebagai bahan propaganda anti-N4zi? Dan persoalan lebih utama, masihkah ada yang akan mendengar? Justeru bila Lucas menulis Die Briefe des Gefreiten Adolf Hirnschal, dia tidak tahu sama ada adakah warganegaranya mendengar kisah-kisah sebegini. Programnya bersama dua lagi siri satira bertajuk Frau Wernicke dan Kurt und Willi yang dihasilkan pada tahun 1940 merupakan pendekatan eksperimen dan berani Perkhidmatan Jerman pada tahun-tahun awalnya.

Pada tahun-tahun awal penubuhannya, perkhidmatan ini mengalami masalah kekurangan staf, peralatan dan organisasi diperlukan untuk mengurus kempen propaganda balas pihak musuh secara harian. Radio pada ketika itu masih lagi baru dan siaran ke negara musuh merupakan satu pendekatan lain dari yang lain. Ini menyebabkan wujud elemen kreativiti dan semangat mahu mencuba dalam kalangan staf. Bagi BBC, perkhidmatan ini dilihat satu peluang walaupun ada yang menganggap perbuatan menyiarkan propaganda anti-N4zi sebagai satu perbuatan sia-sia. Salah seorang yang berpandangan sedemikian ialah Pengarah Penyiaran Eropah BBC, Noel Newsome.

Rajah 2: Noel Newsome menganggap siri satira Jerman yang dihasilkan Lucas dan Adler sebagai kerja sia-sia. Sumber: http://www.bbc.com/culture/story/20190829-how-britain-fought-hitler-with-humour

Untuk menjayakan program propaganda ini, beberapa syarat perlu dipenuhi. Pertama, skrip Bahasa Inggeris tetapi sebutannya nampak semulajadi. Kedua, program satira itu harus mengandungi pengetahuan intim berkenaan Jerman sehingga boleh diterima penduduk. Tetapi hubungan kerja antara pihak BBC, pegawai bahagian propaganda dengan penduduk-penduduk Jerman yang duduk dalam buangan ini bukanlah mudah di mana Lucas dan rakan senegaranya sentiasa dipandang dengan rasa curiga.

Die Briefe des Gefreiten Adolf Hirnschal berkisar tentang siri surat yang ditulis oleh seorang tentera W3hrmacht fiksyen bernama Adolf Hirnschal. Hirnschal digambarkan sebagai seorang yang setia terhadap Fvhr3rnya. Tetapi di sebalik pernyataannya yang setia walaupun kadang-kadang dianggap pelik, siri satira ini turut mendedahkan kebodohan di sebalik slogan yang dilaungkan rejim. Contoh dalam surat pertamanya selepas Operasi Barbarossa dilancarkan, Hirnschal menyambut baik berita dirinya ditempatkan di Medan Timur (Eastern Front) kerana boleh ‘berkawan’ dengan tentera Rusia. Hirnschal menambah, “Bukankah Fvhr3r mengatakan persahabatan kita dengan orang Rusia akrab dan tidak boleh digugat?” Contoh satira ini mendedahkan sisi hipokrit rejim pimpinan Ad0lf H1tler terhadap Rusia.

Taktik yang digunakan Lucas dalam satiranya itu turut digunakan oleh penulis dan sejarawan seni Jerman, Bruno Adler dalam siri satiranya Frau Wernicke. Watak utama Frau Wernicke ialah seorang suri rumah yang tabah dan berhati baik tetapi mempunyai mulut murai. Dalam kebanyakan monolognya, dia mengeluh tentang ketidakadilan, catuan makanan dan propaganda yang disebarkan sekitar Jerman tapi masih dalam konteks yang masuk akal. Dengan menggabungkan sokongan naifnya terhadap rejim dengan realiti sebenar kehidupan zaman perang, nilai subversif yang dibawa Adler mudah menangkap minat pendengarnya.

Selain Frau Wernicke, Kurt und Willi turut dihasilkan oleh Adler. Satira ini berkisar tentang kisah dua sahabat yang memegang jawatan berbeza dalam kerajaan. Kurt merupakan seorang guru manakala Willi pula merupakan seorang pegawai Kementerian Propaganda rejim. Bila mereka bertemu di bar selepas waktu kerja, Kurt memainkan peranan sebagai seorang warga Jerman yang naif. Manakala Willi pula seorang yang suka mengambil kesempatan, tidak bermoral dan sinikal yang suka membocorkan pelbagai rahsia yang digunakan kementerian berkenaan.

Tetapi apakah siri satira ini benar-benar berhasil seperti dibayangkan Lucas, Adler dan BBC? Jawapan itu muncul pada akhir perang apabila lambakan surat dihantar ke Perkhidmatan Jerman BBC. Surat-surat ini merupakan respon para pendengar yang mendengar siri satira mereka. Seorang penghantar mendedahkan satira-satira yang dihasilkan menyelamatkannya dari membunuh diri. Sementara seorang lagi penghantar memberitahu satira-satira ini memberi kekuatan moral kepadanya untuk tidak terlibat dengan j3nayah p3rang N4zi. Tetapi kebanyakan penghantar mendedahkan satira-satira yang dihasilkan mewujudkan sedikit cahaya keceriaan dalam kehidupan mereka semasa p3rang.

Dan paling penting, rejim tidak dapat menyaingi apa yang ditawarkan oleh Perkhidmatan Jerman BBC. Mungkin atas sebab itu juga, ia merupakan kunci kejayaan utama program satira propaganda anti-N4zi itu. Walaupun monolog Hirnschal atau Wernicke kadangkala boleh sampai ke tahap tidak masuk akal, keupayaannya membikin warga Jerman yang tertekan semasa p3rang untuk tersenyum merupakan bukti perjuangan Lucas menyelamatkan jiwa-jiwa orang Jerman tidaklah sia-sia seperti yang didakwa.

RUJUKAN:

Moorehead, Kristina. (2019). How Britain fought H1tl3r with humour. BBC Culture. http://www.bbc.com/culture/story/20190829-how-britain-fought-hitler-with-humour

 

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.