Pada 13 Oktober 2011, saya dihubungi oleh Susannah Rayner buat kali pertama. Beliau pada ketika itu merupakan Ketua Arkib dan Koleksi Istimewa Perpustakaan di Sekolah Pengajian Afrika dan Orient (SOAS) Universiti London. Tujuh tahun kemudian, pada September tahun ini (September 2018), Universiti Sains Malaysia (USM) diberi satu-satunya hak untuk menempatkan Light Letters (Koleksi Surat Kapten Francis Light), menjadikan USM satu-satunya institusi di luar SOAS dan United Kingdom yang dibenarkan berbuat demikian.

Susannah kemudiannya meninggalkan SOAS tidak lama selepas perbincangan diadakan.

Untuk tahun-tahun berikutnya, rundingan dan rasa muhibah diteruskan dengan insan-insan berhati mulia di situ. Salah seorang daripada mereka, Erich Kesse yang baru dilantik sebagai Pengurus Program Perpustakaan Pintar pada tahun 2014 dengan pihak Direktori Perkhidmatan Maklumat dan Perpustakaan memainkan peranan penting dalam meneruskan, mengekalkan dan memudahkan hubungan dan pertukaran, kepercayaan dan muhibah dengan integriti surat-surat ini sentiasa menjadi keutamaan.

Masalah kemudahan akses khalayak awam, hak cipta dan pemilikan mendominasi perbincangan dengan pihak SOAS sepanjang rundingan selama tujuh tahun itu.

Sejak dari awal lagi, wujud kefahaman membabitkan semua pihak bahawa tiada sebarang minat untuk membawa koleksi fizikal surat-surat Light. Saya sendiri memberitahu Susannah pada awalnya bahawa koleksi surat dilihat lebih baik disimpan di iklim sederhana. Pada masa sama, di satu lagi bahagian dunia, beberapa cendekiawan Malaysia yang mahu menuntut hak pemilikan koleksi surat Light dengan mengatakan ia milik Malaysia kerana ditulis dalam wilayah dan rantau berkenaan – Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera dan Borneo. Hak pemilikan 1,200 surat melalui 2,400 imej ini yang menjadi isu. Kami lebih fokus kepada pendigitalan dan proses transliterasi imej.

Emel yang saya hantar pada tahun 2011 ini untuk bertanyakan sama ada koleksi surat Light boleh diakses untuk membantu kajian saya berkenaan Pulau Pinang. Saya mendapat tahu tentang surat ini sedekad sebelumnya dari seorang rakan yang memberitahu saya bahawa koleksi berkisar kepada surat-surat berkenaan perdagangan dan transaksi komersial membabitkan Francis Light, pedagang British dengan pembesar-pembesar Melayu dan pedagang-pedagang dari semenanjung dan sekitar Kepulauan Melayu.

Selama berdekad-dekad lamanya, koleksi surat Light ini telah menerima banyak perhatian dari beberapa sejarawan dan cendekiawan Malaysia. Saya juga mendapat tahu beberapa institusi dalam dan luar negara terutama sekitar rantau ini yang membuat pertanyaan untuk mendapatkan imej-imej itu. Tetapi SOAS memilih berurusan dengan saya. Pada peringkat awal, semasa bertukar mesej dengan Ketua Arkib dan Koleksi Istimewa Perpustakaan, saya mencadangkan beberapa langkah untuk melindungi artifak dan pada masa sama, meningkatkan kemudahan akses seperti dinyatakan falsafah, percuma tanpa sebarang caj.

Langkah-langkah termasuklah pendigitan dan pembangunan sebuah portal selaras bagi memudahkan dan menambahbaik penggunaannya oleh sejarawan dan penyelidik dari segi isi kandungan serta dapat menggabungkan keupayaan ilmu kemanusiaan dengan teknologi melangkaui keupayaan mencari perkataan. Kecerdasan buatan yang maju boleh saja mengesan dan mengenalpasti nama, corak perkataan dan maksud dalam surat-surat Light yang tidak dapat dikesan oleh penglihatan manusia. Saya sudah berfikir untuk menghasilkan korpus berkenaan ilmu kemanusiaan digital.

Tetapi apa yang lebih penting dan menarik perhatian cendekiawan, sejarawan dan peminat-peminat manuskrip lama ialah kisah-kisah di sebalik setiap surat Light ini – apa yang ditulis dan dibincangkan serta bagaimana ia dapat menambahbaik kefahaman tentang sejarah kita atau memusnahkan apa yang dianggap naratif yang diterima.

Ini membawa kepada proses transliterasi skrip Jawi kepada tulisan Rumi. Ianya bukan satu tugas yang mudah. Kaligrafinya berbeza-beza tetapi dianggap tipikal dengan zaman berkenaan. Bahasa dalam koleksi surat ini merupakan Bahasa Melayu – lingua franca utama Kepulauan Melayu, dicampurkan dengan perkataan-perkataan Arab, Parsi dan Thai. Ini dapat meningkatkan lagi kemudahan akses kepada sesiapa yang tidak memahami Jawi.

Koleksi surat Light ini merupakan koleksi surat Melayu yang terbesar yang diketahui setakat ini. Sentiasa dikaitkan dengan Francis Light, koleksi surat ini dikatakan meliputi tempoh antara 1771 hingga 1794 (23 tahun). Surat-surat ini diwasiatkan kepada King’s College pada tahun 1835 sebelum diserahkan kepada SOAS bila ia ditubuhkan pada tahun 1916.

Dipercayai pemilik awal koleksi surat ini ialah orientalis terkenal, William Marsden selepas dibeli dalam satu acara lelongan di London pada awal tahun 1800 beberapa tahun selepas kematian Light di Pulau Pinang pada tahun 1794. Kini, ia disimpan dalam arkib SOAS di bawah klasifikasi MS40320. Beberapa surat yang ‘tercicir’ dari koleksi ini boleh dijumpai di Perpustakaan British dan Cambridge.

Koleksi surat ini mengandungi 11 jilid dan bagi para pengkaji dan pelajar, tema kajian surat juga pelbagai. Antara tajuk-tajuk menarik ialah sistem perdagangan dan ekonomi pra-kolonial di rantau Nusantara, isu diplomasi dan hubungan antarabangsa, filologi, kosmologi Melayu, suara wanita Melayu, hubungan antara Light dengan Sultan Kedah (Sultan Abdullah Mukarram Shah) dan isu berkaitan Pulau Pinang. Perpustakaan Sendut dan Pusat Kajian Antarabangsa dan Penyelidikan Polisi USM merupakan penjaga koleksi surat ini.

Professor Murad Merican merupakan seorang pensyarah di Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa Universiti Sains Malaysia (USM) dan juga penerima pertama Felo Presiden Kehormat Residen daripada Yayasan Kepimpinan Perdana. Email beliau ialah ahmadmurad@usm.my


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.