Moving Forward As One

Kolaborasi Mcdonald Dan BTS Bukan Yang Pertama

1,248

PayLater by Grab

Baru baru ini kecoh ni media sosial berkenaan dengan McDonald telah berkolaborasi dengan kumpulan penyanyi dari Korea Selatan yang menjadi kegilaan ramai, BTS untuk mengeluarkan satu menu khas, BTS Meal.

Menu ini terdiri daripada chicken mcnuggets, kentang goreng, air bikarbonat dan dua sos istimewa dari Korea. Tiada sebarang perkara yang istimewa tentang menu yang ditawarkan kecuali dua sos tersebut, tetapi yang menjadi perhatian adalah bekas makanan dan minuman yang digunakan. Logo McDonald digandingkan bersama logo BTS di bekas yang berwarna unggu cair.

Dan ada yang sampai menjual semula bekas makanan tersebut dengan harga dua kali ganda. Wow, biar betul!

Yang kita perlu tekan di sini adalah penjenamaan kumpulan tersebut. Dengan jenama yang kuat, sebuah bekas makanan yang tiada nilai juga mampu dijual oleh sebab jenama.

Kolaborasi jenama ini adalah salah satu strategi dalam pemasaran yang banyak dilakukan pada saat ini. Hal ini adalah satu pakatan antara dua jenama untuk memaksimumkan penguasaan dalam pasaran dan keuntungan antara kedua belah pihak. Selain itu, dua buah jenama ini dapat berkongsi kekuatan yang dapat memanfaatkan jenama masing masing.

Antara jenama yang pernah berkolaborasi bersama adalah Nike – Apple, Ford – Tinder dan juga Uber – Spotify. Masing masing berjaya berkongsi dan memanfaatkan pasaran pengguna mereka. Untuk informasi, BTS bukannya selebriti yang pertama berkolaborasi dengan McDonald.

Sebelum ini Travis Scott, seorang penyanyi Rap dan J Balvin yang popular dalam industri muzik Latin juga telah berkolaborasi bersama rangkaian restoran makanan segara itu. Namun, selebriti yang pertama diberi penghormatan oleh McDonald adalah pemain bola keranjang lagenda, Michael Jordan pada tahun 1992. Namun pada tahun lepas, Mcdonald baru sahaja memulakan kembali pemasaran yang agresif dengan kolaborasi bersama selebriti.

Untuk Travis Scott Meal, menu yang disediakan adalah burger Quarter Pounder , kentang goreng bersama sos BBQ dan minuman Sprite. Dikatakan bahawa Travis Scott telah memperoleh anggaran $ 20 juta (FORBES) hasil daripada perjanjian bersama McDonald tersebut. Untuk J Balvin Meal pula terdiri dari Big Mac, kentang goreng dan Oreo Mcflurry. Jumlah perjanjian Balvin bersama McDonald tidak didedahkan, begitu juga dengan BTS.

Apa yang pasti, rangkaian restoran makanan segera ini mendapat keuntungan dari pelbagai segi hasil dari kolaborasi bersama selebriti selebriti tersebut. Artis Amerika, Latin dan Asia sudah dipilih. Adakah selepas ini mungkin selebriti dari Afrika, Eropah atau kawasan Arab pula dipilih untuk mendominasi pasaran di kawasan tersebut? Sama sama kita saksikan

————–

Perlukan tips berkenaan dengan penjenamaan, pemasaran dan perniagaan? Jom sertai telegram channel kami secara percuma!

https://t.me/digitalnextmy

https://t.me/digitalnextmy

https://t.me/digitalnextmy

Ruangan komen telah ditutup.