Pada masa itu, bagi memelihara kebajikan manusia, dewa Anu dan Enlil menamakan aku dengan namaku ini: Hammurabi, si putera taat, yang memuliakan para dewa, demi menyebarkan keadilan di bumi, demi menghapuskan kejahatan, demi menghalang yang kuat dari menindas yang lemah…” (Kod Undang-Undang Hammurabi, Prolog)

Walaupun Kod Undang-Undang Hammurabi adalah salah satu koleksi perundangan yang paling masyhur dari dunia purba, ia bukanlah yang paling tua. Hakikatnya, ia didahului oleh setidak-tidaknya dua buah kod undang-undang lain, iaitu Kod Undang-Undang Ur-Namma (c. 2100 SM, Ur) dan Kod Undang-Undang Lipit-Ishtar (c. 1930 SM, Isin).

Teks-teks Mesopotamia purba ini mungkin tidak memenuhi takrifan moden tentang kod perundangan, iaitu koleksi undang-undang bertulis yang disusun mengikut subjek-subjek khusus. Sebaliknya, teks-teks purba ini hanyalah kompilasi undang-undang yang diukir pada batu.

Walaupun dua kod undang-undang itu tadi usianya mendahului Kod Hammurabi, ia tidaklah bermakna Hammurabi mengambil secara langsung dari undang-undang sebelumnya. Hal ini kerana kod ini masing-masing datang dari entiti politik yang merdeka dan tidak tertakluk antara satu sama lain.

HAMMURABI, PEMERINTAH DINASTI PERTAMA

Siapakah Hammurabi? Hammurabi (memerintah pada 1792 hingga 1750 SM) merupakan pemerintah keenam bagi Dinasti Pertama Babylon. Dalam tempoh pemerintahannya yang panjang, Hammurabi sempat meluaskan empayarnya dan menakluki negara-kota Elam, Larsa, Eshnunna dan Mari.

Dasar perluasan kuasa ini dianggap oleh beliau sebagai misi suci bagi menyebarkan peradaban ke semua bangsa. Dengan menundukkan raja Assyria, iaitu Ishme-Dagan I, dan mengerahkan puteranya agar membayar ufti kepada beliau, Hammurabi berupaya meletakkan Babylon sebagai sebuah kuasa besar di Mesopotamia.

Hammurabi juga memperkemaskan pentadbiran, menaja sejumlah projek pembinaan berskala besar, meningkatkan sektor pertanian, membaiki dan membina semula infrastruktur, memperbesar dan meninggikan tembok kota, dan membina kuil-kuil mewah yang didedikasikan kepada para dewa.

Tumpuannya juga dicurahkan pada bidang ketenteraan dan usaha penaklukan. Namun, menurut tulisan-tulisannya sendiri, matlamat utama beliau dalam berperang adalah untuk meningkatkan taraf kehidupan masyarakat yang hidup di bawah pemerintahannya.

Menjelang waktu kematian Hammurabi, Babylon sudah pun menguasai seluruh Mesopotamia. Walau bagaimanapun, para penggantinya tidak berupaya mengekalkan kekuasaan tersebut.

Hal ini mungkin berpunca daripada bureukrasi yang tidak efektif, di mana ianya merupakan kesan langsung daripada penglibatan Hammurabi secara aktif dalam peperangan serantau sehingga hal itu mengehadkan tumpuannya untuk menubuhkan suatu sistem pentadbiran yang dapat menjamin kelangsungan empayar sesudah kematiannya.

Gambaran terhadap Hammurabi

JENAYAH-JENAYAH DAN HUKUMAN-HUKUMAN

Walaupun empayarnya mengalami kemunduran dengan pantas, Kod Undang-Undang Hammurabi tetap gagah mengharungi peredaran zaman. Namun, hanya pada kurun ke-20 barulah ia ditemukan semula oleh ahli arkeologi. Undang-undang ini memerincikan pelbagai jenis jenayah dan bentuk hukuman yang dikenakan ke atasnya. Sebagai contoh:

Jika kebakaran melanda sebuah rumah, dan hadir seseorang yang membantu memadamkannya lalu orang itu menginginkan barang milik tuan rumah, maka orang itu perlu dicampak ke dalam api kebakaran tersebut.” (Kod Undang-Undang Hammurabi, Undang-Undang, 25)

Selain hukuman yang berbentuk ‘mata dibalas mata’, Kod Undang-Undang Hammurabi juga membenarkan bentuk hukuman lain dikenakan ke atas individu dari kelas sosial yang berbeza-beza. Hal ini dapat dilihat menerusi contoh berikut:

Jika seorang awilu (individu kelas atasan) membutakan mata seorang awilu lain, maka matanya perlu dibutakan. Jika dia mematahkan tulang awilu lain, maka tulangnya harus dipatahkan. Jika dia membutakan mata seorang orang awam atau mematahkan tulangnya, awilu itu tadi perlu memberikan 60 shekel perak. Jika dia membutakan mata hamba milik seorang awilu atau mematahkan tulangnya, dia perlu membayar separuh harga hamba itu (dalam bentuk perak).” (Kod Undang-Undang Hammurabi, Undang-Undang, 196-199)

Melalui contoh ini, dapat dilihat bahawa dalam kes-kes tertentu, hukuman yang dikenakan ke atas si pelaku salah adalah bergantung kepada status sosial mangsanya. Walaupun beberapa bentuk hukuman kelihatan agak kasar dalam kacamata moden – contohnya ‘jika seorang anak memukul bapanya, maka jarinya harus dipotong’ – ia sebenarnya bertujuan untuk menghindarkan mangsa bertindak balas dengan cara yang jauh lebih buruk.

LEGASI YANG BERPANJANGAN

Hammurabi dipuja sebagai dewa oleh rakyatnya. Beliau juga diberikan penghormatan tinggi di seluruh kerajaannya. Jasa-jasa beliau yang diingati secara mendasarnya melibatkan tiga pencapaian utama; iaitu memenangi pep3rangan, menyebarkan keamanan, dan memperjuangkan keadilan.

Namun sesudah beliau mangkat, kenangan terhadap pencapaian ketenteraannya serba-sedikit tenggelam dan beliau lebih diingati sebagai seorang raja yang berbelas kasih terhadap rakyat dan seorang penggubal undang-undang yang cekap.

TERJEMAHAN:

Wu Mingren. (13 Ogos 2018). Hammurabi and his God Given Code of Laws. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/myths-legends/hammurabi-001569


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.