“Adalah perkataan adat itu Bahasa Arab mengantikan perkataan resam daripada bahasa Hindu yang dipakai oleh orang-orang Melayu pada zaman dahulu kala. . . Adapun pada bahasa adat itu dipakai oleh orang Melayu boleh dikatakan dari zaman Sultan Muhammad Shah yang pertama mengadakan adat Melayu seperti yang tersebut dalam Sejarah Melayu dan Hukum Kanun Melaka. . . .”

-Hj. Muhammad Said Sulaiman (1938,1)

Berikut adalah penerangan & susun atur adat menurut Hj. Muhammad Said :

>ADAT SEJADI kebiasaan azali atau mengikut hukum alam, contohnya jika sakit perlukan ubat, jika lapar hendakkan makanan & jika mengantuk perlukan tidur.

>ADAT AGAMA iaitu hukum syariat, misalnya orang yang mati hendaklah dimandi, dikafan, disembahyang & dikebumikan.

>ADAT NEGERI iaitu undang-undang atau peraturan yang diamalkan di sesebuah negeri.

>ADAT MELAYU merupakan perihal resam hidup atau kebudayaan raja & rakyat Melayu.

>ADAT KELUARAN ini ialah adat bangsa lain yang ada hubung kait dengan Bangsa Melayu.

>ADAT DATUK NENEK perkara yang berkaitan adat kekeluargaan warisan terutamanya dalam soal keluarga, contohnya mencari jodoh anak.

 

>ADAT LEMBAGA ialah adat yang disepakati antara dua pihak atau secara umum di dalam masyarakat seperti persetujuan belanja perkahwinan.

>ADAT TERADAT ialah adat yang sudah disepakati oleh golongan masyarakat untuk menentukan cara hidup yang harus dijalani agar aman damai.

>ADAT DIRAJA ialah adat yang berlaku pada majlis-majlis raja, upacara-upacara

khas untuk raja & keluarganya serta bahasa dalam yang dipakai di istana.

 

>ADAT ISTIADAT ialah adat atau ketetapan khas yang dilakukan agar sesuatu

majlis atau upacara berjalan dengan licin & menurut kehendak tradisi.

 

>ISTIADAT MELAYU DENGAN AGAMA seperti upacara tradisi orang Melayu diiringi

doa selamat.

 

>ISTIADAT MELAYU NEGERI atau protokol seperti upacara menyambut tetamu,

menggelar atau mengiring keberangkatan raja.

 

>ISTIADAT MELAYU ialah adat khas yang diperturunankan oleh orang Melayu.

(Sumber : Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka : Kemunculan Dan Kegemilangan )


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.