Kitō Aya: Catatan Seribu Tangisan

3,639

“1 Liter of Tears” ataupun tajuk asalnya, “ichi rittoru no namida (1リットルの涙) adalah merupakan tajuk drama yang pernah ditayangkan di Jepun. Di sana, drama tersebut ditayangkan pada 11 Oktober 2005 sehingga 20 Disember 2005 di saluran Fuji Television.

Malaysia adalah antara negara luar yang berpeluang untuk menayangkan drama tersebut. Tidak silap penulis, drama tersebut pernah ditayangkan pada 4 Ogos 2007 sehingga 20 Oktober 2007 di saluran 8TV.

Secara ringkasnya, drama tersebut mengisahkan tentang seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang bernama Ikeuchi Aya. Beliau telah disahkan menghidapi sejenis penyakit yang bernama “Spinocerebellar Ataxia (SCA)”.

Tahukah anda, watak Ikeuchi Aya lakonan Sawajiri Erika itu merupakan adaptasi daripada kisah sebenar? Watak “Ikeuchi Aya” dalam drama tersebut adalah diilhamkan daripada kisah Kitō Aya. Persoalannya, siapakah beliau?

SIAPAKAH ITU KITŌ AYA?

Kitō Aya adalah seorang remaja perempuan yang biasa. Beliau dilahirkan pada 19 Julai 1962 di wilayah Toyohashi, Jepun. Beliau adalah anak sulung daripada lima adik-beradik. Ibu bapanya iaitu Kitō Mizuno dan Kitō masing-masing bekerja sebagai pekerja pejabat dan jururawat.

Gejala aneh yang dihadapi Aya ketika berusia 15 tahun telah menarik perhatian ibunya, . Di hospital, doktor telah mengesahkan anaknya telah menghidapi penyakit “Spinocerebellar Ataxia (SCA)” ataupun dalam Bahasa Jepun, “Sekisuishōnōhenseishō (脊髄小脳変性症)”.

SCA adalah sejenis penyakit keturunan yang disebabkan oleh kemerosotan fungsi pada kawasan Cerebellum. Kawasan yang terletak di bahagian bawah belakang otak itu berfungsi untuk melaras pergerakan tubuh.

KETIKA BERUMUR 14 TAHUN

Aya telah mula menulis diari ketika umur 14 tahun. Berdasarkan diarinya, beliau diuji dengan pemergian anjing peliharaannya, Mary akibat digigit anjing jirannya yang garang, Tiger. Akhirnya, Aya meneruskan kehidupannya.

Selain itu, diari beliau ada menyebut yang ibu bapanya ketika itu masing-masing berumur 41 dan 40 tahun. Adiknya iaitu Ako, Hiroki, Kentaro dan Rika pula masing-masing berumur 13 tahun, 12 tahun, 11 tahun dan 2 bulan.

KETIKA BERUMUR 15 TAHUN

Aya mengalami penurunan berat badan. Beliau menganggap keadaan tersebut berpunca daripada mengelak waktu makan untuk menyiapkan kerja sekolahnya.

Ketika hendak pergi ke sekolah dalam keadaan hujan, secara tiba-tiba Aya terjatuh. Jarak dari rumahnya ke tempat dia terjatuh adalah 100 meter. Dagunya luka akibat terjatuh di jalanraya.

Kemudiannya, Aya pulang ke rumah dalam keadaan menangis. Dengan kadar segera, ibunya membawa Aya ke hospital. Di hospital yang terletak di wilayah Nagoya, Aya menjalani Imbasan CT.

KETIKA BERUMUR 16 TAHUN

Ibu bapanya membelikan Aya sebuah kerusi roda elektrik. Kerusi tersebut mampu bergerak selaju 5 kilometer sejam. Kelajuan tersebut adalah seperti orang yang berjalan biasa.

Aya cuba duduk di atas kerusi roda tersebut lalu berjalan apabila menolak sedikit butangnya. Beliau menangis kegembiraan kerana dapat keluar dengan bebas setelah sekian lama.

KETIKA BERUMUR 17 TAHUN

Kesemua ahli keluarganya memberi sebentuk hadiah kepada Aya sempena Hari Lahir ke-17. Kesemua hadiah adalah bertujuan untuk meringankan bebannya.

Ibu bapa Aya menghadiahkan buku nota dan set huruf. Adik-adiknya iaitu Ako, Hiroki dan Kentaro nasing-masing menghadiahkan jam pasir, pen dan buku bertajuk “Orang Putih, Orang Kuning” yang ditulis oleh Endo Shusaku.

Pada tahun itu, Aya telah mula sukar bergerak ke merata tempat walaupun dengan memakai kerusi roda.

KETIKA BERUMUR 18 TAHUN

Aya terjatuh di dalam bilik mandi. Ibunya yang bergegas ke bilik mandi terkejut kerana ternampak darah dan air panas yang mengalir. Aya diapit ibunya dengan bantuan Ako.

Aya telah mengalami kecederaan parah di bahagian punggungnya. Di hospital, beliau telah menerima dua jahitan. Dia perlu berada di hospital sehingga jam 9 malam.

Aya yang terbaring di atas katil ternampak ibunya yang sedang sibuk membahagikan ubat-ubatan mengikut dos yang ditetapkan.

KETIKA BERUMUR 19 TAHUN

Makan, menggosok gigi, pergi tandas dan tidur. Itulah aktiviti sehariannya. Aktiviti tersebut dilakukan pada setiap hari.

Jika tidak, Aya akan melakukan latihan kendiri untuk memperlambatkan komplilasi SCA iaitu menjadi lumpuh dan bisu. Antara latihan tersebut adalah meniup harmonika, membaca buku dan berdiri.

KETIKA BERUMUR 20 TAHUN

Ibunya, membelikan kek untuk ahli keluarganya. Namun Aya tiada tenaga untuk memakannya. Untuk merajinkan dirinya, Aya merancang membuat untuk “sit up” sebanyak beberapa kali. Beliau hanya berjaya buat sebanyak satu kali.

Sama ada ibunya, ataupun adiknya, Ako membantu Aya untuk ke tandas. Mereka menarik seluar Aya lalu mendudukkannya ke atas mangkuk tandas. Mereka menunggu di luar apabila Aya menyelesaikan segala urusannya.

Pada suatu hari, Aya ditemui tidak sedarkan diri di dalam tandas. Tekanan Darahnya rendah.

KETIKA BERUMUR 21 TAHUN

Diari ini ditulis oleh ibunya, Kitō Shioka. Kitō Shioka bergegas ke hospital. Doktor memberitahu yang Aya bernafas dalam keadaan sedu. Aya tidak mampu mengeluarkan kahak di dalam kerongkongnya.

Setiap kali Aya mengalami demam ataupun tercekik semasa makan, tahap kesihatannya akan bertambah merosot.

BOLEHKAH SAYA BERKAHWIN?

Aya menerima rawatan di hospital di wilayah Nagoya. Di wad 4A, Aya dikelilingi oleh ramai pesakit dari seluruh negara. Ada yang terlantar di katil, pergi ke tandas dengan kerusi roda. Persoalan timbul sama ada akan menjadi seperti pesakit itu

Aya bertanyakan soalan kepada doktor sama ada dia boleh berkahwin. Aya menerima jawapan yang menyayat hati. Hal ini kerana, beliau perlu mencari orang yang memahami keadaan dirinya.

Seorang pelajar perubatan yang merangkap “crushnya” tidak lagi melawatnya. Aya beranggapan dia terlalu sibuk. Kemudian, Aya meneruskan rehabilitasinya.

Pada penghujung hari di hospital, Aya mengalami tekanan darah rendah. Setiap kali bangun, dia akan berasa mual dan pening kepala.

Salah seorang pesakit di dalam wad yang sama telah pergi untuk selamanya. Aya berasa murung selama beberapa hari lalu kembali ceria.

KETIKA BERUMUR 25 TAHUN 10 BULAN

Diari ini ditulis oleh ibunya, Shioka.

Aya secara tiba-tiba telah koma. Beliau tidak lagi bernafas. Namun, nadinya masih berdenyut. Alat Bantuan Pernafasan dipasang pada diri Aya untuk meneruskan hidup.

Pada masa itu, Aya ditemani oleh ibu bapanya dan kesemua adik-beradiknya. Mereka hanya mampu melihat sahaja. Tidak dapar berbuat apa-apa.

Ibunya teringat akan kata-kata Aya sebelum koma. Aya ingin tidur di atas permaidani bunga sambil mendengar muzik kegemarannya.

Tekanan darahnya mula menurun dan degupan jantungnya semakin perlahan. Tanda riak pada mesin hospital menunjukkan garisan mendatar. Doktor telah mengesahkan yang Kitō Aya telah pergi untuk selamanya.

Pemergiannya dicatat pada jam 12.55 tengah malam pada tarikh 23hb Mei 1988.

AKHIR KATA

Kesimpulannya, itu adalah kisah kehidupan Kitō Aya (1962-1988) secara ringkas berdasarkan catatan diari. Sejak umur 14 tahun, beliau sentiasa menulis diarinya sehingga dia tidak lagi mampu memegang pennya.

Perkataan “Arigatou” yang bermaksud “terima kasih” adalah perkataan terakhir yang ditulisnya sebelum lumpuh sepenuhnya akibat penyakit ini.

Sebelum penulis mengakhiri artikel ini, penulis nak mengatakan yang watak “Asou Haruto” dalam 1 Liter of Tears tidak wujud dalam hidup Kitō Aya.

RUJUKAN:

1 Litre of Tears. Dicapai pada 19 Mei 2020 dari https://m.imdb.com/title/tt1370332/

Spinocerebellar Ataxia. Dicapai pada 19hb Mei 2020 dari https://rarediseases.info.nih.gov/diseases/10748/spinocerebellar-ataxia

The Story of Aya Kito – a Japanese girl who shed 1 litre of tears. Dicapai pada 19hb Mei 2020 dari https://www.thefreakyreader.com/post/the-story-of-aya-kito-a-japanese-girl-who-shed-1-litre-of-tears

“The Complete Diary of Aya – 1 Liter of Tears.”. Dicapai pada 19hb Mei 2020 http://morethanapic.blogspot.com/2012/07/aya-kito-and-her-diary-english.html?m=1

Spinocerebellar Ataxia. Dicapai pada 19hb Mei 2020 dari
https://rarediseases.info.nih.gov/diseases/10748/spinocerebellar-ataxia

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.