Kita Tak Suruh Boikot, Kita Suruh Dahulukan Produk Bumiputera

3,496

Kalau nak kata pasal #BMBF, kita sebenarnya hanya ajak orang Melayu untuk belajar buat ‘preference’.

Dan den tak nampak apa masalahnya dengan ‘preference’? 

Eh sebagai pembeli suka hati kita lah duit kita.

Kalau pun nak sembang supply-chain bagai, konon dengan #bmbf akan menyusahkan peruncit atau kilang Melayu sebab akan menyebabkan pemborong dan pengedar tak nak supply barang kepada orang Melayu sekian-sekian..

Rasanya dengan ledakan digital ni, benda dah berubah, kalau dulu peniaga Melayu nak beli cili atau kentang, dia tak ada pilihan selain ambil dekat pemborong tempatan, tapi hari ni dia sebenarnya dah boleh beli direct dari China atau India hanya dengan deal dekat WeChat atau Alibaba, dunia dah jadi ‘borderless’.

Itu belum cerita pasal ‘supply and demand curve’ lagi,
Kalau nak sembang akan jadi panjang, nak baca versi mudah faham bolehlah baca bebelan Mohamad Jamalee dekat sini:

—-

Bagus soalan abang. Izinkan saya ulas secara umum.

Tak ada isu benda ni. Jangan risau. Ekonomi suatu benda yang hidup. Ia kuasa ‘demand’ dan ‘supply’. Mungkin awalnya saja benda ni berlaku tapi lama-lama ia akan perbetulkan dirinya sendiri.

Macam mana ia perbetulkan diri sendiri? Macam ni:

1. Bila pengeluar, pengedar dan pemborong hentikan ‘supply’ kepada peniaga, bukan peniaga saja terkesan, dia pun sama. Dia pun akan sakit juga.

2. Kita ambil contoh kes 10 orang pengedar hentikan ‘supply’, kita hanya perlukan 1 saja pengedar yang tak tahan tengok ‘demand’ yang tinggi dan akan mula mengedar semula. 9 yang lain ni takkan senyap tengok saja. Mereka pun akan mula mengedar balik. Dalam perniagaan ‘cashflow’ tu penting.

3. Tak ada pengedar, pengeluar dan pemborong dalam negara, kat luar negara banyak saja. Cari saja di luar.

4. Jarang sangatlah orang tak nak ‘supply’ ni. Dia mungkin tak suka ke kita, tapi bila bab bisnes dan duit, yang berlainan ideologi pun dia ok.

Konsep “tak kisah kucing tu oren atau hitam, janji dia pandai tangkap tikus”.

5. Saya sebelum berpindah ke Firdaus Press untuk cetak buku-buku baru ni pun, kilang cetak kami sebelum ni non-Muslim juga. Semua buku dia sebat. Buku Kiri ka, Kanan ka, liberal ka, konservatif ka, buku jawi ka, buku mandarin, semua dia cetak. Takdak isu.

Jadi janganlah kita membebankan otak dan usaha kita dengan perkara-perkara remeh begini. Takkan ke mana.

*bang Mohanep Parman, bukan tuju ke abang tau. saya jawab secara umum sebab saya yakin ramai berfikiran yang sama.

——-

Cumanya yang den hairan, bila ada #BMBF kau risau.

Kononnya akan jadi ‘distruptive’, kacau ketenangan supply and demand siap quote pasal khabar angin sebuah pasaraya kena boikot di Pahang, apa akan jadi pada pekerja-pekerja Melayunya? Tak kesian ke?

Ni nak tanya, ni yang Go-Jek nak masuk ni, sebuah SuperApps yang akan ‘usik’ hampir kesemua local apps yang berkaitan dengan transportation apps macam Dego, MatDespatch, Karhoo dsbnya..

Malah sudah pasti akan merebak lebih dari itu, local services apps ataupun apa-apa marketplace macam kaodim, GoGet, The Lorry, Servis Hero, mudah.my, lelong dsbnya semuanya pasti akan terkesan.

Tak masuk lagi logistik company macam Pos Malaysia, GDEX. Ribuan pekerja, silap-silap berpuluh ribu akan terkesan, takkan diaorang ni takde pekerja Melayu ye dak?

Dah masuk hari ke 5 dah announce pasal Go-Jek ni.

Senyap je den tengok.
.

Terakhir, kalau nak cerita pasal boikot² ni..

Dulu 2012, ada golongan yang memang terang-terangan boikot Gardenia, buat smear campaign, Gardenia dah jadi syarikat kroni. 

Kononnya Gardenia ni dah jadi company roti ‘Bumiputera dan pro Bumiputera bagai.

Hanya semata-mata sebab lepas PadiBeras(Syed Bukhari) take over sebahagian saham Gardenia dan buat keputusan beli tepung buat roti jenama berkenaan dari MFM instead of FFM(Robert Kuok).[1]

Mengamuk bukan main, siap sembang bodoh kita kena simpati dengan Robert Kuok kononnya dia yang bagi subsidi gula, minyak dan tepung yang kita guna, walhal satu dunia tahu kerajaan yang bayar subsidi.

Tak dengar pula ada orang kata apa-apa.

Walhal yang tu terang-terangan boikot based on race dan affiliation on politics.

Ni kita baru sembang ‘preference’ dah meloncat apakes?

RUJUKAN:

[1]When bread has race
https://www.thestar.com.my/news/nation/2012/01/08/when-bread-has-race

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.