Moving Forward As One

Kita Sekarang Boleh Mengawal Komputer Menggunakan Otak Sahaja!

397

Baru-baru ini, kerjasama beberapa buah universiti di Amerika Syarikat berjaya mencipta teknologi yang menghubungkan otak manusia dan komputer tanpa wayar (wireless). Teknologi antara muka otak-komputer tanpa wayar (wireless brain-computer interface, BCI).

Dengan kata lain, manusia telah mampu mengawal komputer hanya dengan menggunakan otaknya sahaja. Perkara ini dapat dibuat dengan menampal peranti pada bahagian otak yang mengawal pergerakan tubuh.

Dalam otak kita, ada bahagian otak dipanggil korteks motor yang bertanggungjawab untuk mengawal pergerakan tubuh kita. Kalau sistem saraf yang menghubungkan ke otak ini putus, kita akan lumpuh. Kalau bahagian otak ini cedera pun, kita akan lumpuh.

Saintis memasang peranti BCI pada bahagian otak ini kepada dua pesakit yang ada kecederaan tulang belakang. Memang tidak boleh bergerak. Hasilnya, hanya menggunakan otak sahaja, mereka dapat mengawal komputer seperti orang normal.

Teknologi ini dibangunkan untuk membantu orang yang lumpuh, yang ada penyakit neuro, yang susah untuk bergerak dan apa sahaja yang membataskan dirinya untuk bergerak.

Sehari dua selepas kertas kajian mengenai teknologi ini diterbitkan, Neuralink telah memasang peranti yang sama teknologinya ke otak monyet. Monyet dapat bermain sejenis permainan Pong tanpa menggunakan joystick pun. Tetapi hanya menggunakan otaknya sahaja.

Sebelum itu, monyet itu telah dilatih bagaimana untuk bermain Pong menggunakan Joystick. Kemudian, ia dapat bermain sendiri tanpa menggunakan joystick.

Telepati (kebolehan mengawal objek dari jauh menggunakan otak) banyak dipaparkan dalam pelbagai fiksyen dan sains fiksyen. Kini, ia telah menjadi realiti dengan pembangunan IoT, teknologi penderia (sensor) dan teknologi BCI.

Ruangan komen telah ditutup.