Kita Pernah Ada Dua PM Bukan Melayu

21,632

https://bit.ky/kombowww

Tun V. T. Sambanthan dan Tun Dr. Ling Liong Sik, dua PM bukan Melayu di bawah sistem sementara.

Bagi orang yang tak tahu, kita pernah ada dua orang Perdana Menteri bukan Melayu. Mereka menjadi PM sementara disebabkan krisis tertentu yang berlaku yang berlaku ketika itu.

Yang pertama ialah Tun V. T. Sambanthan. Beliau pemimpin MIC. Beliau menjadi Perdana Menteri sementara sebab Tun Ismail meninggal dan Tun Razak pula di luar negara waktu itu kerana urusan kerja.

Yang kedua Tun Dr. Ling Liong Sik dari MCA. Beliau menjadi PM sementara dari 4 Februari 1988 hingga 16 Februari 1988. Waktu tu UMNO bawah Tun M tengah ada konflik dalaman dengan Ku Li. UMNO sedang dalam proses diharamkan ketika itu. Selepas tu Ku Li keluar UMNO dan buat Semangat 46.

Jadi kedua mereka ini antara dua bukan-Melayu yang sempat menjadi PM bawah sistem sementara.

Ada beberapa sebab mengapa dekat Malaysia PM Interim ni tak dikira dalam senarai PM yang pernah berkhidmat. Aku tahu kalau US presiden sementara diaorang dikira jugak dalam senarai Presiden.

Secara teknikalnya ada beza antara Acting PM, Caretaker PM dan Interim PM. Tapi semua tiga-tiga PM sementara.

Acting Prime minister – PM yang cover duty PM secara sementara sebab PM yang sebenar tak dapat jalankan tugas atas sebab tertentu. Sama ada ke luar negara atau sakit. Biasanya Timbalan Perdana Menteri yang jadi.

Caretaker Prime Minister – PM yang jadi PM sementara nak tunggu pilihanraya selesai ATAU PM yang dah kalah election tapi masih PM sementara nak tunggu PM baru angkat sumpah. Mungkin korang rasa pelik bahagian ni. Sebab negara kita kecil. Kira peti undi berapa jam selesai. Tapi ada negara besar yang kira peti undi makan masa berhari atau minggu.

Interim Prime Minister – Secara teknikalnya bukan PM. Dilantik untuk menjalankan tugas yang sama dengan PM disebabkan kecemasan tertentu. Biasanya interim ni dia naik jadi PM semata untuk bubar parlimen dan buat pilihanraya baru.

Tapi korang jangan tanya aku itu ke yang Tun M nak buat. Silap hari bulan dia jadi PM Interim paling lama dalam sejarah dunia pun aku tak terkejut dah.

Jadi, lepas ni kalau ada soalan trivia korang boleh jawab kita pernah ada dua PM bukan Melayu.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.