Kita Harus Belajar Dari Kesilapan Singapura Tangani Covid-19

7,316

Saya terkejut bila hari ini Dr Dzul dilaporkan berkata kerajaan patut buat ujian antibodi COVID-19 (serological test) besar-besaran dan bukannya memanjangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) [1]. Saya tak boleh bayang kalau dia masih lagi Menteri Kesihatan.

Dr Dzul, nasihat saya belajarlah daripada keangkuhan Singapura. Ketika kita mula melakukan PKP, Singapura negara terawal mengkritik kita. Kita dituduh ekstrem, tindakan tidak kompeten, merosakkan ekonomi dua negara dan bermacam lagi [2].

Ya. Mereka ada fasiliti kesihatan bertaraf dunia. Rakyat mereka paling berdisiplin dan paling patuh arahan. Ujian besar-besaran dibuat kerana mereka yakin simptom awal dapat dikesan.

Mereka melakukan 72,680 pengujian setakat 7 April 2020. Atau nisbah 12,250 pengujian per sejuta penduduk – antara tertinggi di dunia. Malah nisbah ini sebenarnya lebih tinggi daripada Korea Selatan (9100 ujian per sejuta penduduk)

Tetapi Singapura silap. Mereka gagal mengambil kira faktor luar jangka. Contohnya 88% pesakit COVID-19 sebenarnya tiada simptom / mempunyai simptom minimum. Tetapi masih mempunyai potensi menyebarkan virus kepada orang lain.

Singapura rebah. Kes positif tiada tanda turun. Kadar kesembuhan mereka adalah 23.7%, lebih rendah daripada kita yang mencatat 44%. Akhirnya Singapura terpaksa mengalah dan mengisytiharkan lockdown (mereka panggil Circuit Breaker) bermula 7 April

Tetapi sudah terlambat. Kes mereka menjadi tidak terkawal. Pada 9 April mereka menerima 287 kes positif – lebih tinggi daripada kadar harian paling buruk negara kita.

Singapura menyesal. Lawrence Wong, Menteri Pembangunan Negara mereka mengatakan, “Jika saya tahu virus ini boleh merebak dengan cepat, saya akan melakukan tindakan yang berbeza (daripada sebelum ini iaitu ujian besar-besaran dan amalan social distancing sahaja)”

Bahayanya Singapura sehinggakan BBC sendiri memberi amaran bahawa dunia hari ini sepatutnya mula bimbang dengan trend yang sedang berlaku di negara tersebut. [3]

Jauh berbeza dengan Malaysia. Bukan sahaja PKP yang dijalankan telah berjaya mengurangkan kes-kes aktif malahan usaha dan inisiatif terutama oleh pasukan Menteri ‘Air Masak’ Dr Adham Baba telah berjaya memastikan negara kita bersedia untuk pandemik yang lebih serius

Dengan kurang daripada 2500 kes aktif hari ini, kita masih jauh daripada kapasiti maksimum 7000 pesakit yang boleh dirawat di pusat-pusat kesihatan negara.

Pengujian kes kita juga semakin lama menunjukkan angka yang memberansangkan. Kerjasama daripada Kementerian Pengajian Tinggi Menteri ‘Tik Tok’ dan MOSTI pada akhir Mac membolehkan 10 makmal tambahan digunakan bagi pengujian pada skala yang lebih besar. [4]

https://www.thepatriots.store/store/pra-tempah/

Ia akhirnya menyumbang kepada peningkatan pengujian harian daripada 5,341 pada 29 Mac kepada 12,138 pengujian pada 7 April.

Itulah jasa Air Suam and Tik Tok Dr Dzul.

Ingatlah. Jangan dipandang sangat kehebatan negara luar. Kerana kadang-kadang yang memukau itu cumalah kosmetik yang meliar.

Banggalah dengan negaramu sendiri. Yakinlah dengan bakat tanah air mu ini. Percayalah dengan kesabaran setiap rakyat yang senyum menanti.

Hanya dengan itu perang ini akan kita menangi

#KitaAkanMenang

RUJUKAN:

[1] https://www.thesundaily.my/local/focus-on-mass-testing-instead-of-mco-dzulkefly-HM2248669

[2] https://m.facebook.com/100007423144773/posts/2636549346602478

[3] https://www.bbc.com/news/amp/world-asia-52232147

[4] https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/03/560058/tambah-makmal-ujian-covid-19-metrotv

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.