Kisah Wanita Yang Tinggal Dalam Apartment Orang lain

2,628

Pernahkah korang mengalami kejadian sebegini, iaitu semasa korang sedang lepak-lepak di rumah, sambil menonton televisyen, bermain smartphone mahupun sedang membaca buku, tiba-tiba korang perasan macam ada bayang-bayang manusia yang melintas. Kadangkala, di balik ‘peripheral vision’ korang, ataupun korang boleh merasakan bahawa korang sedang diperhatikan.

Pada 30 May, 2008, seorang lelaki berbangsa Jepun yang menetap di sebuah apartment di Fukuoka, Jepun seringkali mengalami perkara sebegini. Dia bersumpah bahawa sememangnya, banyak kali dia perasan ada bayang yang melintas di belakangnya. Bukan itu sahaja, makanan dan minumannya seringkali hilang, dan keadaan bilik airnya kadangkala basah, seolah-olah ada orang baru sahaja menggunakannya.

Dia berasa keliru, dan sedikit takut. Semasa di tempat kerjanya, dia berbincang dengan rakan-rakannya, dan seperti biasa, mereka mencadangkan kepadanya supaya memasang kamera litar tertutup (CCTV) untuk memerhatikan keadaan di dalam rumahnya. Dia memasang CCTV tersebut di ruang tamu, dapur dan bilik tidurnya. CCTV itu bersambung secara wireless kepada telefon bimbit miliknya.

Beberapa hari kemudian, semasa di tempat kerja, dia nampak akan seorang wanita di dalam rumahnya yang sedang menikmati makanan yang disimpannya di dalam peti ais. Wanita tersebut juga menggunakan bilik airnya untuk mandi. Lelaki tersebut segera menghubungi pihak polis kerana menyangka bahawa rumahnya dipecah masuk oleh perompak.

Polis yang sampai ke apartment berikut mendapati pintu dan tingkap apartment lelaki tersebut berkunci rapi. Setelah mereka berjaya memasuki rumah tersebut, mereka mulai mencari suspek di setiap penjuru di rumah lelaki tersebut, dan akhirnya, mereka menemui seorang wanita yang tinggal di dalam sebuah almari.

Almari tersebut diisi dengan tilam nipis (futon) beserta dengan beberapa botol air minuman dan botol kosong. Perempuan berusia 58 tahun itu bernama Tatsuko Horikawa. Dia sudah mengubahsuai dalam almari tersebut yang membolehkan dia untuk tinggal di dalamnya. Walaupun dia tidak pernah mencuri duit milik lelaki terbabit, polis mengesyaki bahawa dia berpindah randah dan menumpang tidur di beberapa apartment sebelum ke rumah lelaki tersebut.

Perempuan tersebut merupakan warga gelandangan, dan mengikut jurucakap pihak polis, Hiroki Itakura semasa ditanya, “Kami berjaya menemuinya di dalam ruang penyimpanan tilam, di mana dia terkejut apabila kami berjaya menemuinya. Mengikut soal siasat, kami mendapati bahawa dia sudahpun menumpang di rumah lelaki terbabit dalam tempoh melebih setahun. Apa yang ajaibnya ialah ketika ditemui, wanita tersebut bersih dan memakai pakaian yang rapi, sesuatu yang tidak kami jangka untuk orang gelandangan.”

Wanita terbabit ditahan atas kesalahan menceroboh, dan dia kemudiannya diberi tempat tinggal yang betul, sejajar dengan usaha kerajaan Jepun dalam membantu golongan-golongan ini. Jadi, kalau korang selalu nampak bayangan-bayangan melintas tu, apa kata kalau korang periksa almari dan kabinet yang ada di rumah korang tu. Manalah tahu ada yang menumpang. Kalau tiada, ada baiknya korang panggil ustaz ya. Hehehe.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.