Kisah Uthmaniyah Membina Laluan Kereta Api Ke Mekah Dan Madinah

1,789

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Dibina atas perintah penguasa Uthmaniyah, Sultan Abdülhamid II, Kereta Api Hejaz menawarkan kaedah yang lebih moden untuk mengangkut jemaah haji ke Mekah dan Madinah bagi memendekkan tempoh perjalanan yang panjang ditempuh oleh para jemaah melalui kaedah lama menaiki unta mengikut rombongan kabilah. Pembinaan landasan kereta api ini juga berhasrat untuk mengeratkan hubungan di dunia Islam.

Sultan Abdülhamid II yang juga dikenali sebagai Sultan Abdülhamid Han atau Khalifah Abdülhamid dilahirkan di Istanbul pada 21 September 1842 sebagai seorang Shahzade (putera raja) kepada Sultan Abdülmecid I dan Tirimüjgan Kadın. Abdülhamid membesar dari zaman kanak-kanak dan zaman remajanya melalui era Tanzimat (yang digelar sebagai era reformasi) Empayar Uthmaniyah.

Baginda menaiki takhta pada 31 Ogos 1876 sebagai calon yang ‘direstui’ oleh pihak negara terpendam British yang berada di dalam struktur pemerintahan Uthmaniyah dengan sangkaan bahawa Abdülhamid adalah seorang pendokong fahaman liberal. Abdülhamid menaiki takhta menggantikan abangnya yang terpaksa diturunkan takhta kerana masalah mental.

Abdülhamid kini dianggap sebagai sultan Uthmaniyah terakhir yang benar-benar memiliki kuasa mutlak sendiri memandangkan dia adalah sultan dan khalifah Uthmaniyah terakhir yang lantang melawan arus reformasi sistem di Turki yang dibawa oleh pengaruh dari barat.

Abdülhamid juga meneruskan perjuangan bapa saudaranya yang juga bekas sultan yang m4ti secara kontroversi iaitu Sultan Abdülaziz dalam usaha menghalang penularan teori Darwinisme yang turut tersebar di kalangan para bangsawan Uthmaniyah.

Sultan Abdülhamid II

Abdülhamid adalah seorang yang sangat cerdas dan sangat mahir memanipulasi permainan politik sehinggakan dia berjaya mempermainkan pihak negara terpendam yang mengangkatnya sebagai Sultan dengan mengelak dari janjinya untuk membuka kembali sistem parlimen di bawah berperlembagaan.

Baginda dianggap oleh tokoh-tokoh sezaman dan sejawatnya sebagai seorang sultan yang sangat bijak berpolitik. Sebagai contoh, bekas Canselor Jerman, Otto Von Bismarck dilaporkan pernah membuat kenyataan berikut:

“Dari seluruh kebijaksanaan yang ada di Eropah, 90% ada pada Abdülhamid II, 5% ada pada aku, dan 5% lagi ada pada orang lain.”

Pemerintahan Sultan Abdülhamid II boleh dikatakan sebagai zaman yang paling sukar dan penuh cabaran dalam sejarah Khilafah Uthmaniyah dan baginda dikreditkan atas peranannya mengekalkan usia pemerintahan Empayar Uthmaniyah selama 30 tahun, dikatakan, jika Abdülhamid tidak pernah menaiki takhta, kemungkinan Uthmaniyah telah terbubar lebih awal lagi.

Lebih-lebih lagi, kebangkitan semangat nasionalisme di wilayah-wilayah yang berbeza dalam Empayar Uthmaniyah telah dicetuskan oleh berbagai kuasa kolonial untuk melemahkan Uthmaniyah secara strategik dari dalam, yang akhirnya mencipta berbagai fitnah terhadap kerajaan lalu membangkitkan pember0ntakan atas nama kemerdekaan. (rancangan yang akhirnya berjaya).

Kereta api Hejaz

Salah satu kuasa kolonial yang boleh dikatakan kuasa penj4jah yang paling efektif dan aktif dalam menjatuhkan Uthmaniyah adalah Inggeris, mereka berperanan penting dalam memupuk semangat nasionalisme Arab melalui usaha tokoh terkemuka seperti Lawrence of Arabia yang terkenal dengan peranannya dalam memastikan projek landasan kereta api Hejaz akhirnya tidak mencapai matlamatnya melalui kerja-kerja sab0taj dan meletvpkan landasan dan kereta api di beberapa bahagian.

Sultan Abdülhamid II mengangkat dasar “pan-Islam” bagi menentang campur tangan Barat dalam urusan Uthmaniyah dan rasa kesatuan yang ingin dipupuknya dizahirkan melalui pembinaan landasan kereta api Hejaz.

Aspirasi

Cadangan laluan perjalanan kereta api Hejaz ialah bermula dari Istanbul melalui Syria, Palestin dan melintasi sebahagian besar gurun Arab, kemudian akan berakhir dengan tiba di Makkah. Projek kereta api ini menjadi aspirasi utama Sultan Abdülhamid II di atas dua sebab:

  • Mempermudahkan perjalanan Haji: Tujuannya adalah untuk menghubungkan Tanah Suci dan Istanbul dengan lebih baik dan juga mempermudahkan perjalanan jemaah Haji. Sistem kereta api secara drastik akan menjadi transformasi budaya pengangkutan untuk jemaah pergi menunaikan Haji (yang sebelum itu dilakukan dengan menaiki unta atau berjalan kaki) sehingga berupaya mengurangkan jangka waktu (menurut pakar, kira-kira hingga 5 hari) untuk melakukan perjalanan ke Mekah dan Madinah.
  • Memperkukuhkan hubungan dunia Islam dengan Khilafah Uthmaniyah: Sultan Abdülhamid II menyedari faedah sosio-politik di sepanjang laluan kereta api Hejaz kerana ia akan mengeratkan hubungan antara wilayah-wilayah Islam yang berbeza bermula dari Istanbul hingga ke semenanjung Arab. Keperluannya dianggap lebih penting kerana konsep Ummah (umat Islam) sedang tercabar akibat dari kebangkitan nasionalisme di antara pelbagai wilayah Islam bersama dengan penj4jahan dan kolonisasi terhadap tanah-tanah Muslim di seluruh dunia.

Ia juga direka sebagai perancangan untuk memperkuatkan empayar secara ketenter4an dan memperkukuhkan penguasaan Uthmaniyah ke atas semenanjung Arab di mana ia akan memungkinkan pasukan tenter4 sokongan boleh tiba di Tanah Suci Mekah dan Madinah dalam jangka masa yang singkat sekiranya diser4ng mvsuh.

Jurutera dan pekerja semasa fasa pembinaan landasan keretapi.

Abdülhamid meletakkan kepentingan yang paling utama terhadap dua tapak paling suci bagi umat Islam iaitu Mekah dan Madinah. Ia dimulakan dengan kerja-kerja pengubahsuaian di Mekah dan Madinah untuk mengelakkan banjir, dan kemudian laluan perjalanan jemaah Haji juga dititikberatkan dengan hospital dan berek dibina sebagai perhentian di sepanjang laluan untuk jemaah Haji.

Hampir keseluruhan umat Islam dari seluruh dunia mengirim harta kekayaan dan wang simpanan mereka sendiri bagi menyokong usaha Sultan Abdülhamid II ini termasuk majoriti yang beragama Islam di ibu kota Istanbul dan juga Muslim minoriti dari wilayah Balkan seperti Bosnia.

Umat ​​Islam yang tinggal di luar wilayah Uthmaniyah memberikan sumbangan mereka yang besar melalui kedutaan Uthmaniyah di negara yang diduduki. Dari Maghribi, Mesir, India, Afrika Selatan dan Kazan, bahkan di Tanah Melayu dan semua tanah Islam yang dij4jah sebagai koloni oleh Eropah serta seluruh dunia Islam berlumba-lumba untuk menyumbang kepada usaha ini.

Sambutan yang tinggi dalam kempen menderma ke arah merealisasikan projek kereta api ini walaupun berada di tengah-tengah penj4jahan terhadap berbagai tanah umat Islam, menjadikan projek ini sebagai projek yang tidak pernah lagi mampu ditandingi dari segi semangat kesatuan dan kesetiaan umat Islam terhadap Khalifah, malahan penduduk minoriti bukan Islam yang tinggal di Empayar Uthmaniyah turut sukarela menyumbang harta untuk projek kereta api Hejaz.

Stesen kereta api Hejaz di Haifa, Palestin

Kereta Api Hejaz adalah landasan kereta api berukuran sempit (lebih kecil dari kereta api biasa pada waktu itu) dan seperti yang disebutkan di atas, ia direka untuk melakukan perjalanan dari Damsyik ke Makkah, melalui wilayah Hejaz di Arab (Arab Saudi hari ini) dengan laluan cabang ke Haifa (di Palestin) di Laut Mediterranean.

Itu adalah sebahagian daripada rangkaian kereta api Uthmaniyah secara keseluruhan dan tujuan asalnya adalah untuk mengembangkan laluan dari Terminal Haydarpaşa di Istanbul di luar Damsyik ke kota suci Mekah sehingga menghubungkan Istanbul ke Madinah, Mekah dan Yaman melalui Damsyik.

Laluan utama Kereta Api Hejaz

Ia dilancarkan di Damsyik pada 1 September 1900 dan empat tahun kemudian, landasan kereta api telah mencapai sejauh 460 kilometer dan sampai ke kota Ma’an di Jordan moden. Menjelang 1 September 1908 (lapan tahun kemudian), ia berjaya sampai ke tanah Nabi Muhammad S.A.W. di Madinah. Malangnya, rangkaian landasan kereta api Ḥejaz tidak pernah disiapkan dengan sempurna dan tidak sampai ke Mekah kerana tercetusnya Per4ng Dunia Pertama.

Sejak awal permulaannya  lagi, kereta api Hejaz sering diser4ng oleh berbagai suku Arab dan Badwi yang memandang projek ini sebagai satu ancaman terhadap cara hidup nomad dan kepentingan perniagaan serta kedaulatan mereka. Ini termasuk tokoh-tokoh seperti Faisal Bin Hussein (kemudian bersekutu dengan Inggeris).

Kereta api Hejaz juga diser4ng oleh Inggeris melalui bantuan Lawrence of Arabia (pegawai British dan pakar strategik T.E. Lawrence) dan pelbagai orang Arab yang bersekutu dengan Inggeris semasa pemberontakan Arab menentang Uthmaniyah.  Mereka mengeb0m beberapa bahagian landasan kereta api Hejaz untuk menghentikan keupayaan mobiliti tenter4 Uthmaniyah menghantar b4la bantuan.

Seperti disebutkan sebelumnya, Kereta Api Hejaz tidak pernah selesai kerana tercetusnya Per4ng Dunia Pertama. Setelah Sultan Abdülhamid II digulingkan dari takhta pada tahun 1908 oleh Kaum Turki Muda, nama kereta api itu berubah dari Kereta Api Hamidiye-Hejaz kepada Kereta Api Hejaz. Selepas kejatuhan Abdülhamid II, Uthmaniyah tidak lagi berpengaruh kerana pengganti yang menduduki takhta seterusnya tidak memiliki kekuatan yang mutlak atau tidak mengikut jejak langkah Abdülhamid.

Bangkai kereta api Hejaz yang ditinggalkan

Oleh itu kumpulan Turki Muda secara efektif berjaya menguasai pemerintahan Uthmaniyah dengan membentuk Jawatankuasa Kemajuan Dan Kesatuan (C.U.P.) sebagai pemerintah de facto semasa tahun-tahun terakhir Empayar Uthmaniyah, ini secara tidak langsung telah memansuhkan fungsi Sultan dan Khalifah secara ‘tidak rasmi’ sebelum Kesultanan Uthmaniyah dibubarkan sepenuhnya pada tahun 1922 dan diikuti dengan pembubaran Khilafah Uthmaniyah pada tahun 1924 oleh Mustafa Kemal Ataturk.

Jadi, secara teknikalnya Uthmaniyah telah jatuh seawal zaman Turki Muda bangkit lagi jika kita melihat dari saat Abdülhamid selaku Sultan terakhir berkuasa mutlak dijatuhkan.

Dengan semua peristiwa ini berlaku dalam jangka waktu yang singkat, projek landasan kereta api Hejaz menjadi kenangan yang direnung kembali, iaitu warisan dan matlamat yang dimaksudkan bersama dengan pengasasnya (Abdülhamid II) sehingga ia menjadi satu usaha penyatuan dengan hasilnya yang menyedihkan dan baru hendak membuka mata umat Islam pada hari ini.

Antara mereka yang sempat merasai perjalanan di dalam kereta api Hejaz

Semoga warisan dan usaha Sultan Abdülhamid II terus dikenang dan disebarkan kepada generasi akan datang, dan semoga dikurniakan kedudukan yang terpuji di sisi Allah serta diampunkan segala kesilapan dan dosa mereka. Aamiin Ya Rabb al Aamiin.

RUJUKAN:

Tourret, R. (1989). Hedjaz Railway. Tourret Publishing.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.