Moving Forward As One

Kisah Uthmaniyah Membantu Orang Irish Yang Kebuluran!

5,831

Setiap kali terbaca tentang kejadian ini, tentu ramai di antara kita akan teringat kepada sebuah buku yang biasanya diberi kepada pelajar-pelajar sekolah yang lahir di antara 1980an iaitu buku The Potato People. Saya pun dah tak berapa ingat sangat plot cerita buku itu tapi ia berdasarkan kisah tragik yang pernah berlaku di Ireland.

Sekitar lebih kurang 160 tahun yang lalu, semasa b3ncana k3buluran yang dikenali sebagai ‘The Great Famine’ atau ‘The Potato Famine’ di Ireland, Empayar Turki Uthmaniyyah menyumbang £ 1,000 sterling dan tiga buah kapal dipenuhi dengan bekalan makanan, ubatan dan keperluan asas ke Drogheda, Ireland. Ireland menghadapi benc4na kebvluran dan penyak!t antara tahun 1845 dan 1849.

Bencana ini meninggalkan kesan yang besar: sekurang-kurangnya satu juta orang m4ti akibat peny4kit yang berkaitan dengan kebulur4n dan lebih dari satu juta orang Ireland telah melarikan diri, terutamanya ke Amerika Syarikat , England, Kanada, dan Australia. Khalifah negara Islam Uthmaniyyah pada waktu itu, Sultan Khaleefah Abdul Mecid mengumumkan hasratnya untuk menyumbang sebanyak £ 10,000 sterling kepada rakyat Ireland tetapi baginda didesak oleh para menteri dan diplomat Britain supaya mengurangkan jumlahnya dengan menyumbang hanya £ 1,000 sterling, kerana bimbang jumlah yang besar itu akan mengatasi sumbangan dari Ratu Victoria sendiri yang hanya menyumbang £ 2,000 sterling.

Sultan akur dengan kehendak Ratu Victoria itu lalu menyumbang £ 1,000 sterling, tetapi, Sultan mengarahkan secara rahsia operasi penghantaran tiga buah kapal besar yang penuh dengan makanan, ubatan dan keperluan lain. Perkara ini dapat dihidu oleh pentadbiran kerajaan British lalu mereka cuba m3nyekat kapal tersebut dengan melarang kapal berlabuh di pelabuhan Dublin. Tetapi apa yang terjadi adalah di luar jangkaan British, kapal-kapal Uthmaniyyah tersebut rupanya telah tiba lebih awal di pelabuhan Drogheda dan bekalan-bekalan itu telah diangkut ke daratan lalu ditinggalkan oleh para pelayar Turki.

Kisah bersejarah ini menjadi rujukan penting para sejarawan Islam hari ini kerana ia menceritakan berkenaan isu kebajikan dari seorang penguasa Islam kepada negara Kristian. Ia menjadi isu yang amat penting terutamanya pada masa ketika umat Islam sering dituduh melakukan pelanggaran hak asasi manusia.

HUBUNGAN IRELAND-TURKI DAN TINDAK BALAS BRITISH SETELAH PERISTIWA ITU

Bagi memperingati jasa bakti Empayar Uthmaniyyah, pihak gabenor Drogheda telah menambah simbol bulan sabit dan bintang yang amat sinonim dengan identiti bangsa Turki itu ke dalam emblem (macam jata negara) daerah Drogheda manakala logo untuk pasukan bolasepak Drogheda FC telah diletakkan simbol yang lebih menyerlahkan identiti Turki itu.

Hubungan Turki-Ireland menjadi model keamanan sejagat dan ikatan itu masih baik hingga ke hari ini. Ia dianggap sebagai contoh yang terbaik antara dua buah kerajaan yang datang dari latar belakang sejarah ketamadunan yang berbeza baik dari segi geografi yang memisahkan Turki dan Ireland sejauh 4000 kilometer, perbezaan budaya dan pegangan agama , mahu pun bahasa.

Pada tahun 1995, Majlis Perbandaran Drogheda telah mendirikan sebuah plakad tandatangan dan tugu peringatan sebagai simbolik kepada hubungan baik dengan Turki. dan pada tahun 2012, satu projek penggambaran filem diumumkan untuk menerbitkan sebuah filem mengenai kisah bersejarah ini yang diarahkan oleh Omer Sarikaya, dan perancangan awalnya akan dibintangi Colin Farrell dan beberapa bintang Turki. tapi tajuknya aku lupa, kalau tak salah, ia bertajuk ‘FAMINE’, tak tahu apa perkembangan filem itu.

Sejarah ini mendapat banyak t3ntangan dan penafian dari pro-British namun perkara ini disahkan oleh Turki dan Ireland sendiri malahan Ireland menganggap peristiwa kebulur4n terbesar dalam sejarah mereka itu sebagai ‘traged! pembunvhan beramai-ramai oleh British’ .

Sayang sekali, rekod perkapalan yang berkaitan dengan pelabuhan itu samada hilang, dimusn4hkan atau masih belum ditemui. Laporan akhbar mencadangkan bahawa kapal-kapal itu memulakan pelayaran dari Thessaloniki di Empayar Uthmaniyyah merentasi Sungai Boyne pada bulan Mei 1847, walaupun begitu, ada dakwaan pihak yang cuba menjaga ‘maruah’ British menbuat teori dengan mendakwa bahawa sungai itu sedang kering pada waktu itu.

Antara bukti fizikal yang dimiliki adalah surat penghargaan dari bangsawan Ireland mewakili rakyat Ireland kepada Sultan Uthmaniyyah yang kini berada di dalam arkib Istana Topkapı hari ini. Berikut adalah petikan isi kandungan yang tertulis dalam surat ini.

“Sebagai bangsawan dan rakyat Ireland, kami, yang bertandatangan di bawah ini, menyampaikan rasa terima kasih yang amat tinggi dari kami kepada sikap dermawan tanpa ada kepentingan yang ditunjukkan kepada rakyat Ireland yang mend3rita dan kesukaran berkat usaha Yang Mulia (Sultan Abdülmecid), dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada baginda kerana sumbangan yang diberikan sebanyak £ 1,000 yang dihantar untuk memenuhi keperluan rakyat Ireland dan melegakan pend3ritaan mereka. ”

Manakala dakwaan bahawa Sultan Abdul Mecid ingin memberi £ 10,000 adalah kali pertama ditemui melalui buku Life & Times Taylor & Mackay Sir Robert Peel (1851), tetapi buku itu dianggap tidak boleh dijadikan sumber rujukan. Sumber kedua, yang bertarikh 1894, adalah lebih jelas, seorang nasionalis Ireland, William J.

O’Neill Daunt mendakwa telah mendengar sendiri dari mulut anak seorang doktor peribadi Sultan bahawa doktor peribadi Sultan menyaksikan sendiri bagaimana Sultan memang berhasrat sedemikian, tetapi telah dihalang oleh diplomat British, Lord Cowley, memandangkan Ratu Victoria yang hanya menyumbang £ 1000, akan menjadi marah dan merasa t3rhina kerana terdapat kerajaan asing berdaulat yang memberi sumbangan dalam jumlah yang lebih besar dari British”

Menurut sebuah sumber, seorang penyair dan diplomat Turki Yahya Kemal Beyatlı kagum dengan sokongan perwakilan Ireland terhadap delegasi Turki dibandingkan dengan sikap n3gatif yang ditunjukkan oleh perwakilan Eropah yang lain semasa rundingan Perjanjian Lausanne tahun 1923. Dia kemudian mendapat peluang untuk bertanya kepada perwakilan Ireland mengapa mereka menyokong Turki. perwakilan Ireland itu menjawab seperti berikut;

“Setiap orang Ireland seperti saya wajib melakukannya, kami tidak nampak sebarang usaha bantuan dan sokongan dari orang-orang Eropah yang lain ketika kami mengalami kebulvran dan berjuang dengan kemat!an, tetapi nenek moyang kamu mengirim kami sumbangan wang dan kapal berisi makanan, sebilangan besar rakyat Ireland terselamat. Kita tidak boleh melupakan tangan yang berperikemanusiaan yang menjangkau kita pada hari-hari yang sukar.”

Lambang bulan dan bintang pada kelab bola sepak Drogheda United FC

BAGAIMANA KRISIS KEBVLURAN BERMULA DAN BERAKHIR

Di Ireland, di mana majoriti penduduk adalah beragama Katolik, hampir semua hak pegangan tanah dimiliki secara licik oleh kira-kira 10,000 tuan tanah British, kebanyakannya tinggal di Britain pada sekitar abad itu. Tanah-tanah ini disewakan kepada 600,000 petani Ireland. Kerana kepadatan penduduknya yang tinggi, maka sewa juga tinggi. Kebanyakan hasil tanaman diangkut ke England.

Pada tahun 1845, 1 juta tan bijirin dan 258,000 ekor kambing dieksport ke England. Lot tanah yang kecil disewakan kepada pekerja untuk gaji kecil. 4 juta petani dan pekerja menanam kentang, yang merupakan satu-satunya sumber makanan untuk kehidupan mereka. Kebvluran tercetus setelah sumber makanan utama di Ireland itu dir4cuni oleh fungus mikroskopik yang disebut “phytophthora infestans,” yang dibawa atau datang secara semulajadi dari Amerika. Oleh itu, satu pertiga daripada tanaman telah hilang pada tahun 1845.

Kerugian tanaman ini mencapai 90 peratus pada tahun berikutnya. Dan benc4na kebvluran ini mencapai puncaknya pada tahun 1847, apabila orang Ireland yang kelaparan terpaksa memakan benih untuk bertahan hidup. Pada tahun berikutnya apabila benih yang diimport telah digunakan, separuh daripada semaian telah dibazirkan. Walaupun kebulur4n berakhir pada tahun 1851, kebanyakan rakyat Ireland sama ada m4ti atau terpaksa berpindah ke Amerika Syarikat. Oleh itu, populasi 8 juta dikurangkan kepada 5 juta. Mereka yang berhijrah tidak pernah kembali, tetapi meninggalkan cerita dan kenangan yang menyedihkan.

Surat penghargaan dari bangsawan dan rakyat Ireland kepada Sultan Abdulmecid

RUJUKAN:

– The Irish Times
– Archive Islam
– Dailysabah

 

Ruangan komen telah ditutup.