Helmut Schmidt merupakan Canselor Jerman yang diabadikan dalam sejarah sebagai satu-satunya ketua kerajaan digulingkan melalui undi tidak percaya.

Karier politik beliau menjadi serius pada Oktober 1969 apabila diserap masuk dalam Kabinet Willy Brandt sebagai Menteri Pertahanan.

Lima tahun kemudian, Brandt terpaksa meletakkan jawatan sebab skandal pengintipan. Dan Schmidt dijadikan Canselor secara rasmi pada 16 Mei 1974.

Pilihanraya 1976 dan 1980 memberikan Schmidt mandat sempurna. Schmidt menggunakan kaedah Keynes dalam dasar-dasar kewangannya.

Kadar pengangguran ialah masalah paling utama kerajaa Schmidt – dan pengurangan cukai pendapatan dan harta, bersertakan program pelaburan kerajaan menciptakan 300,000 peluang pekerjaan (Walker, et al., 1984).

Untuk mencapai angka ini, Schmidt telah melebarkan defisit fiskal. Tetapi Jerman juga berjaya mengharungi dua krisis bahan api yang merosakkan ekonomi global dalam dekad 1970-an.

Tetapi bermula 1980-an, Schmidt berdepan dengan masalah buatan sendiri. Defisit fiskal telah menyusahkan hidup orang Jerman dengan pemotongan pelbagai jenis subsidi. Manfaat sosial untuk kanak-kanak dan warga emas pun ditarikbalik.

Dan Schmidt berdepan dengan rekahan dalam gabungan partinya sendiri. Kerajaan Schmidt berdiri di atas gabungan Parti Demokratik Sosial (SPD) iaitu parti Schmidt dan Parti Demokratik Bebas (FDP). SPD menentang dasar keselamatan Schmidt yang disokong FDP. SPD menentang pengurangan bajet kerajaan. Dan FDP mahukan dasar penjimatan.

Jadi pada Februari 1982, Schmidt berdepan dengan masalah besar. Pilihanraya 1980 menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara SPD, FDP dan Kesatuan Demokratik Kristian (CDU)/Kesatuan Sosial Kristian (CSU).

Gabungan CDU/CSU mendapat undi sebanyak 237 kerusi tetapi pemimpin Franz-Josef Strauss memerlukan 260 kerusi di Bundestag untuk membentuk kerajaan.

Strauss memerlukan Schmidt (SPD) atau Hans-Dietrich Genscher (FDP) untuk melepasi garisan majoriti. Tetapi SPD dan FDP mengulangi semula pendekatan 1976 untuk kekal di ibu negara Bonn.

Jadi apabila SPD dan FDP berantakan, CDU/CSU pun mendapat manfaat. Undi tidak percaya diusahakan terhadap Schmidt pada February 1982 yang gagal mencapai matlamat.

Kerajaan Schmidt meneruskan mandatnya sehinggalah satu lagi tik4man undi tidak percaya pada 17 September 1982. Kali ini masalah lebih kronik kerana gabungan antara SPD dan FDP telah terburai. Empat menteri FDP meninggalkan kabinet Schmidt.

Dan FDP pula sedang berunding sebuah gabungan bersama CDU/CSU sementara Schmidt mengetuai kerajaan minoriti.

Pada 1 Oktober 1982, Bundestag meluluskan undi tidak percaya terhadap Schmidt. Beliau telah kehilangan majoriti buat julung kalinya dalam sejarah Jerman perkara sebegini berlaku (Eisel, 2012).

Undi tidak percaya ini berlaku kerana FDP sudah tidak lagi merestui dasar ekonomi SPD yang terbelah juga angkara perletakan senj4ta nuclear NATO di Jerman. Kejatuhan kerajaan Schmidt bermakna CDU/CSU bergabung dengan FDP.

Oleh kerana CDU/CSU mempunyai majoriti jauh lebih besar, pemimpin gabungan tersebut dilantik sebagai pengganti. Dalam pilihanraya 1980, Strauss menjadi calon gabungan untuk Ketua Kerajaan.

Beliau sudah tidak lagi ingin memimpin negara, hanya berminat untuk menjadi Menteri-Presiden Bavaria. Maka orang kedua gabungan iaitu Helmut Kohl dilantik Ketua Pembangkang dan kemudian susulan undi tidak percaya Canselor Jerman Barat.

Disebabkan pembentukan kerajaan tidak dibuat berdasarkan majoriti tulen, Kohl menjaminkan pilihanraya pantas dalam masa terdekat.

Schmidt yang digulingkan pada 1 Oktober 1982 berundur daripada SPD, digantikan Hans-Jochen Vogel. Pilihanraya dianjurkan pada 6 Mac 1983, menyaksikan sekali lagi belitan perlembagaan.

Kohl gagal mendapat majoriti dengan 237 kerusi sahaja. Vogel (SPD) menimang 228 kerusi.

Maka CDU/CSU dan SPD sekali lagi perlu mendapatkan Genscher daripada FDP untuk membentuk kerajaan. Kohl mengangkat sumpah kemudian selepas memenangi sokongan FDP.

RUJUKAN:

Eisel, J. (2012, September 28). Deutscher Bundestag – Das Misstrauensvotum gegen Helmut Schmidt. Bundestag. Retrieved from https://www.bundestag.de/dokumente/textarchiv/2012/40797914_kw40_misstrauensvotum_kalenderblatt-209576 (dibantu Google Translate)

Walker, R., et al. (1984). Responses to Poverty: Lessons from Europe. Fairleigh Dickinson University Press. Pp. 163-170.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.