Kisah UAE Yang Cuba Sabotaj Ekonomi Qatar

1,344

Pra-tempah hanya di Shopee

Penyatuan ummah kadangkala hanya wujud dalam kalangan rakyat marhaen. Antara negara walau bagaimanapun mungkin lain, tambah pula di Dunia Arab.

Walaupun sama agama dan bangsa, Arab seolah-olah susah bersatu hati. Saddam Hussein sebelum ini menduduki Kuwait secara haram, yang menyebabkan ribuan kematian.

Walau bagaimanapun zaman sudah berubah, semua pihak tidak mampu lagi berperang secara terbuka. Jadi mereka bermain di sebalik tabir dan tirai pentas.

Qatar telah dipulaukan Dunia Arab sejak 5 Jun 2017 atas dakwaan bahawa kerajaannya menyokong keganasan. Namun faktor utama mungkin kerana hubungan agak mesra antara Qatar dan Iran.

Senang kata Dunia Arab sedang berpe-rang dingin dengan Qatar. Memandangkan Qatar dihimpit kesukaran, Iran dan Turki datang memberi bantuan.

Jadi motif sebenar Dunia Arab sebenarnya gagal. Kekayaan Qatar juga menjadi faktor penyumbang. Hari ini Qatar menjadi mandiri dan berdiri di atas kaki sendiri.

Namun perjalanan Qatar tidak mudah dan liku-liku tekanan dihadapi, meskipun dibenci seluruh Timur Tengah.

Apabila hubungan diplomatik diputuskan, Qatar perlu menyediakan suasana kondusif serta terjamin pada semua pelaburnya. Jaminan ini cuba dicarik-carik Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Bank First Abu Dhabi dan Samba Bank (Saudi) berusaha dengan gigih untuk menjatuhkan keyakinan awam pada bon dan matawang Qatar.

Mereka melancarkan gangguan ini pada riyal Qatar di New York, memanipulasikan maklumat untuk mengaburi mata orang. Umumnya, Qatar mempunyai banyak kepentingan di New York.

Jadi di sini, mereka cuba menyengat tetapi sengatan ini gagal mencederakan ekonomi Qatar hingga boleh merugikan. Hal ini demikian kerana Qatar boleh berbelanja banyak untuk mengikat matawang, sekali gus memelihara ekonomi negara.

Boleh baca di portal ekonomi dan kewangan kami juga, The Outlook. 

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.