Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama adalah individu yang bertanggungjawab menulis cerita Raja Bersiong yang kemudiannya difilemkan pada tahun 1968.

Menurut Jamil Sulong (pengarah filem ini), Tunku sendiri telah mengeluarkan wangnya sendiri sebanyak $750,000 bagi menzahirkan semangat dan kecintaan beliau terhadap sejarah negeri Kedah.

Raja Bersiong merupakan kisah legenda seorang raja yang zalim yang bernama Raja Ong Maha Perita Deria pernah memerintah Kerajaan Kedah Tua di Lembah Bujang. Penggambaran filem ini dibuat di Singapura dan Kedah.

Kelihatan dalam gambar pengarah Jamil Sulong, Art Director A.V. Bapat dan Jaafar Abdullah menghadap Tunku Abdul Rahman di residensi bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan filem Raja Bersiong karya Tunku sendiri.

10 fakta menarik tentang filem Raja Bersiong’

1. Buat julung-julung kalinya penggambaran filem ini menggunakan khidmat pelakon luar, iaitu penari kebudayaan Diraja Thailand – Thai Fine Arts Department.

2. Beratus askar Melayu diambil untuk memegang watak sebagai askar-askar Siam yang berperang dengan orang-orang Kedah dipimpin oleh Brig. Jen. Dato’ Syed Mohammad Al-Saggoff.

3. Filem Raja Bersiong dibuat dalam bentuk filem warna Eastmancolor diterbitkan oleh Malay Film Producations (MFP), milik Shaw Brothers di Singapura. Ia merupakan filem warna ketiga yang dibuat oleh MFP selepas filem Ribut (1956) dan Hang Tuah (1956).

4. Menggunakan khidmat 3 orang pakar teknik dari Jepun: Pengarah bersama – Tokujiro Yamazaki Jurukamera – Ryoichi Arano Pakar Warna & Cahaya – Tokio Matsushita

5. Skrip filem ini mengambil masa yang panjang untuk disiapkan kerana kesibukan Tunku sebagai Perdana Menteri. Pengambaran filem ini pula mengambil masa selama 4 bulan.

6. Walaupun Jamil Sulong dilantik sebagai pengarah rasmi filem ini, beliau dibantu oleh Tokujiro Yamazaki dari Jepun dalam banyak perkara. Babak-babak yang melibatkan adat istiadat orang Melayu sahaja diarahkan oleh Jamil Sulong tanpa melibatkan Yamazaki.

7. Penggambaran hari pertama dibuat di dalam studio berupa sebuah set Istana Raja Kalha yang luas dan hebat.

8. Sebuah kota dibina di Pasir Panjang, Singapura yang menggunakan khidmat anggota tentera Malaysia.

9. Hampir kesemua pelakon dari Malay Film Productions mengambil bahagian di dalam filem ini.

10. Ini merupakan filem terakhir keluaran Shaw Brothers di Singapura. Walaupun Tunku melaburkan kos pengambaran yang tinggi, namun filem ini tidak mendapat sambutan dari penonton dan akhirnya gagal menyelamatkan studio tersebut dan ditutup buat selama-lamanya.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang peminat sejarah filem tanah air. Suka menonton filem-filem Melayu hitam putih, terutama sekali arahan Hussain Haniff dan M. Amin.

Comments are closed.