Sultan Murad V, adalah di antara Sultan yang paling sukar hendak ditemui sumber penulisan tentangnya yang kontemporari dengan zaman dia bertakhta selama 93 hari. Di perpustakaan online kalau ada pun mungkin biografi dia je kot. Padahal kisah dia dinaikkan dan diturunkan takhta tu menarik kot.

Bayangkan, dalam tempoh 93 hari dia memerintah sebagai Sultan dan Khalifah, hanya tujuh hari saja dia memerintah dalam keadaan waras. Selebihnya dia berterusan menjadi gila selepas Sultan Abdülaziz m4ti secara misteri.

Bagi aku dia memang Sultan Uthmaniyah yang agak ‘underrated’. Bukan aku saja, tengok sendiri lah sejauh mana orang berkira nak menulis tentang dia, walau penulisan kontemporari zaman dia pun susah nak jumpa sekarang ni. Kalau dia ni sejenis manuskrip, kedudukan dia tak ubah sekadar nota kaki yang kat bawah tu, bagaikan tak ada keperluan untuk disebut dan tak rugi kalau tak disebut.

Tapi jika dia tak memainkan peranannya sebagai Sultan yang lemah? Mana mungkin Abdülhamid II berpeluang menaiki takhta sebagai penggantinya?

Semasa pemerintahan bapa saudaranya, iaitu Sultan Abdülaziz, Murad ketika itu merupakan calon pewaris takhta kesultanan. Walaupun begitu, dia bagaikan tidak sabar dan sentiasa bersaing dengan Abdülaziz dalam setiap aspek untuk menggantikan bapa saudaranya itu secepat mungkin.

Dia menyertai organisasi Freemason bagi mengumpul pengaruh dengan memenangi hati para bangsawan yang tidak selesa dengan pentadbiran Abdülaziz yang banyak membelanjakan bajet untuk menguatkan armada T3ntera Laut Uthmaniyah. Hampir semua bangsawan di sekeliling Murad merupakan anggota Mason.

Akhirnya, Abdülaziz digulingkan dengan campur tangan ketenteraan berserta fatwa “baginda tidak lagi mempunyai keseimbangan mental”.

Hakikatnya, yang benar-benar akan jadi gila selepas itu adalah Murad sendiri, masalah mental yang menjadi sindrom gila secara kekal akan menyebabkan dia menderita penyakit ini seumur hidupnya. Sungguh jelas sekali hukum karma ini.

Sultan Murad V

Pada abad ke-19, tradisi membvnuh para putera selepas Sultan baru menaiki takhta atau membvnuh calon sultan yang menjadi saingan tidak lagi diamalkan seperti sebelumnya. Tetapi keadaan ini tidak mampu menghalang rasa ketakutan Murad V.

Sultan Abdülaziz menjaga puteranya Yusuf Izzeddin Efendi dan membesarkannya seperti seorang Shahzade. Namun, sebagai kelaziman, Murad Efendi berada di posisi putera mahkota sebagai anggota dinasti terbesar setelah sultan. Kebangkitan Yusuf Izzeddin Efendi agak merisaukan Murad yang akhirmya percaya kononnya Abdülaziz akan menempatkan Yusuf Izzeddin Efendo sebagai pewaris sultan untuk menggantikannya.

Keadaan sebegini pasti mempengaruhi Murad untuk panik dan berusaha menjatuhkan bapa saudaranya dan mengambil takhta secepat mungkin.

Murad miliki segala-galanya, paras rupa, kebijaksanaan, berpendidikan tinggi, romantik, keluarga yang bahagia, namun dia hanya tidak memiliki sifat kejantanan. Murad seorang yang amat pengecut, apabila dia merasa takut, segala kebijaksanaannya akan hilang tiba-tiba.

Ironinya,  pada zaman Murad bangkit, gaya dia seolah-olah seperti seorang sultan yang paling boleh disandarkan dan paling popular dalam sejarah. Tapi orang hanya tahu dia adalah seorang anggota Freemason dan seorang yang gila akibat terkejut dengan kem4tian misteri ayah saudaranya, Sultan Abdülaziz.

Tak ramai orang tahu yang dia menguasai beberapa bahasa asing terutamanya Perancis, kerana dia seorang yang francophile,  dan dia juga adalah seorang pemain piano yang mahir menggubah lagu dalam gaya barat.

Bersama bapa saudaranya, Sultan Abdülaziz, Murad telah melakukan lawatan ke Eropah dan di sana dia mula menjalin hubungan persahabatan dengan Putera Wales, yang kemudian menjadi Raja Edward VII.

Selain itu, dia bahkan menarik perhatian para bangsawan Eropah dengan gaya komunikasinya, Abdülaziz tidak selesa dengan situasi ini, maka baginda merancang untuk menghantar Murad pulang ke Istanbul. Siapa tak bengang kan? Abdülaziz tu Sultan yang pertama menjejakkan kaki ke bumi Eropah atas tujuan diplomasi kot?

Apatah lagi apabila Napoleon III dan Ratu Victoria lebih menunjukkan minat yang mendalam terhadap Murad berbanding Abdülaziz. Semuanya semakin jelas, terutamanya apabila jemputan dan lawatan khas diadakan hanya untuk putera mahkota tersebut.

Ziya Pasha

Di Istanbul, dia menghabiskan sebahagian besar waktunya sebagai seorang Shahzade di rumah ladang di Kurbağalıdere, Kadıköy, yang telah diperuntukkan khas oleh Abdülaziz kepadanya. Dia sering berbual dengan Şinâsi Bey, Nâmık Kemal dan Ziyâ Pasha mengenai perlembagaan, demokrasi dan kebebasan.

Selain Ziyâ Pasha dan doktor peribadinya, Kapoleon Efendi, dia juga sering berkomunikasi dengan Midhat Pasha, pemimpin kumpulan pembangkang yang tidak berpuas hati dengan pemerintahan Abdülaziz. Dalam kes ini, Empayar Uthmaniyah bakal menghadapi pelbagai kesukaran, di saat ini Uthmaniyah telah diracuni ideologi asing yang tidak sesuai dengan budaya timur.

Selama bertahun-tahun, Empayar Uthmaniyah menghadapi pelbagai kesulitan. Krisis Balkan yang bermula dengan pember0ntakan Herzegovina pada 1875, pember0ntakan Bulgaria pada 1876 dan Insiden Thessaloniki pada 6 Mei 1876 yang mengakibatkan pembvnuhan dua konsul membawa kepada perkembangan kuasa asing yang berbahaya.

Apabila kuasa-kuasa besar dari luar sedang bersedia untuk campur tangan dalam pemerintahan Empayar Uthmaniyah, kumpulan pembangkang bertindak menggulingkan Sultan Abdülaziz dan bersedia untuk mengisytiharkan Murad sebagai Sultan yang baru.

Dalam mesyuarat yang diadakan di rumah Midhat Pasha, mereka bersetuju bahawa semakin lama Abdülaziz kekal di atas takhta, semakin berbahaya bagi negara dan diri mereka sendiri, lalu mereka memutuskan untuk mengerah para pelajar bagi melancarkan pember0ntakan. Murad menghantar wang yang diperolehnya dari banker terkenal, Christaki Efendi kepada Midhat Pasha untuk diagihkan kepada pelajar.

Demonstrasi yang dipanggil “Talebe-I Ulùm” (Tuntutan Mahasiswa) atau “Softalar Kıyamı” (Pember0ntakan Pelajar) bermula pada 10 Mei, 1876. Setelah diumumkan bahawa Rüşdü Pasha dilantik sebagai Wazir Agung, Imam-I Sultânî Hasan Hayrullah Efendi sebagai Sheikh-ul Islam, Hussein Avni Pasha sebagai Ser’askeri (panglima tentera) dan Midhat Pasha sebagai Wazir Agung Utama pada 12 Mei, barulah pember0ntakan dihentikan.

Kumpulan yang dipanggil “Erkân-I Erbaa” (Empat Rukun) yang menyokong permvsuhan dengan Abdülaziz ini, diserap menduduki jawatan penting dan bersetuju untuk menggantikan Abdülaziz, mereka menjadi mata-mata dalam istana untuk melaporkan keadaan Sultan kepada Murad Efendi.

Midhat Pasha

Walaubagaimanapun, keputusan untuk melaksanakan peralihan takhta adalah pada 31 Mei, namun ia telah dipercepatkan pada malam 29-30 Mei kerana beberapa isu.

Istana Dolmabahçe dikepung dari darat dan laut, pintu masuk dan keluar ditutup dan talian komunikasi dipotong. Nâzırı Süleyman Pasha yang mengepung istana Dolmabahçe dari darat dengan bat4lion dari pengkalan yang disiapkan di Taşkışla mengerah pelajar sekolah tent3ra dan sedang menuju ke pejabat Putera Mahkota di istana untuk menjemput Murad yang masih tidak mengetahui bahawa operasi itu telah disegerakan.

Murad yang sebelum itu teruja tiba-tiba menggigil ketakutan kerana menyangkakan dia akan ditangkap kerana member0ntak, ini menyebabkan dia tidak mahu meninggalkan biliknya. Akhirnya Süleyman Pasha terpaksa membawa Murad Efendi secara paksa ke balai polis kerana Murad meracau-racau takut dihukvm bvnuh.

Murad hanya berhenti meracau selepas Süleyman Pasha mengeluarkan pist0lnya lalu diserahkan sebagai jaminan kepada Murad. Ketika itu, Hüseyin Avni Pasha datang dari belakang. Tanpa keluar dari kereta, dia hanya mengambil Murad bersamanya dan beralih ke arah jeti.

Kereta yang dinaiki Murad Efendi ditahan beberapa kali oleh t3ntera yang membawa bay0net, kemudian dia dibawa menaiki kapal yang menunggu di jeti dalam keadaan ribut kencang dan hujan lebat. Selepas bertukar tiga buah kapal di tengah laut, dia akhirnya tiba ke jeti Sirkeci.

Hüseyin Avni Pasha membawa pewaris takhta itu ke Gerbang Serasker di Beyazıt. Wazir Agung, Sheikh-ul Islam dan beberapa pegawai negeri lain yang sedang menunggu untuk mengangkat sumpah taat setia kepada Murad yang akan dikenali sebagai Sultan Murad V. Selepas itu, fatwa diumumkan menyentuh mengenai keadaan Abdülaziz.

Sultan Abdülaziz

Dalam keputusan fatwa, ia mendakwa bahawa Abdülaziz sudah gila dan tidak lagi memahami urusan hal ehwal negara. Walaupun ia dinyatakan dalam pengumuman rasmi bahawa menurunkan Abdülaziz adalah hasil bersama “persekutuan rakyat”, gerakan ini sebenarnya direalisasikan dengan rampasan kuasa yang dianjurkan oleh beberapa orang penting.

Kemudian ramai bangsawan dan tentera menyedari bahawa mereka tertipu oleh khabar angin bahawa Abdülaziz telah mangkat apabila sebenarnya bekas Sultan itu dipindahkan ke Istana Topkapı, dan Murad V dibawa ke Istana Dolmabahçe.

Ribuan orang awam berkumpul untuk menyaksikan upacara pertabalannya dengan penuh keyakinan. Hari itu Uthmaniyah adalah sebuah negara yang dianggap mundur, dan kebanyakan rakyat mula mengharapkan perubahan melalui peralihan takhta yang dilihat sebagai petanda baik, lebih-lebih lagi hari pertabalannya berlaku pada hari Selasa, hari yang sama Sultan Mehmed II memasuki Kota Konstantinopel pada tahun 1453.

Tetapi kali ini pepatah “ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi” adalah tidak relevan kerana selepas kejatuhan Murad yang diganti Abdülhamid II, kuah hanya kekal berada bersama Abdülhamid dan tidak pernah tumpah lagi. Dan bekas Sultan yang malang itu menaiki takhta hanya untuk menjalani kehidupan yang tr4gis di hadapannya.

Pertabalan diisytiharkan dengan temb4kan meriam dan upacara angkat sumpah yang akan diadakan untuk pegawai negeri yang berkumpul di istana. Menurut tradisi, Sultan baru sepatutnya bersemayam di atas takhta emas di Istana Topkapı, dan upacara angkat sumpah dilakukan semasa Sultan duduk di bangku takhta itu. Sementara itu, harta benda Abdülaziz dan keluarganya telah dij4rah di istana Dolmabahçe.

Foto yang menghina Sultan Abdülaziz beberapa jam sebelum baginda digulingkan

Walaupun kebanyakan emas dan perhiasan ada yang dibeli oleh ibu Sultan Murad sendiri, sebahagian daripadanya diberikan kepada Christakis Zografos (banker Yunani Uthmaniyah) untuk melangsaikan hutang Murad V yang mencecah 1 juta lira. Selebihnya dikaut oleh beberapa golongan bangsawan.

Sultan Murad V melantik Ziyâ Pasha, yang memainkan peranan penting dalam mengangkatnya ke atas takhta, sebagai ketua pengarang, beliau juga memesan kepada Wazir Agung dan meminta agar Nâmık Kemal dan rakan-rakannya yang telah diasingkan oleh Abdülaziz, agar dipanggil pulang, tetapi permintaan ini tidak dipenuhi.

Dalam masa yang singkat, perbezaan pendapat mula muncul di antara kumpulan Erkân-I Erbaa yang mesyuarat yang diadakan di kediaman Midhat Pasha pada malam 15-16 Jun.

Sultan Murad V merupakan seorang yang berjiwa liberal seumur hidupnya, dipengaruhi oleh pemikiran politik Perancis, dan satu-satunya sultan Uthmaniyah yang menjadi anggota Freemason Lodge Turki. Freemason pada waktu itu tak dianggap sebagai satu organisasi yang misteri dan serius macam sekarang.

Percaya atau tidak, arkib Mason Lodge Turki memiliki senarai keanggotaan di Uthmaniyah pada abad ke-19, yang terdiri daripada bukan setakat Sultan atau Khalifah dan panglima tentera saja, tetapi golongan ulamak, bahkan Sheikh-ul Islam Uthmaniyah sendiri ada yang pernah menganggotai Freemason.

Waktu itu Freemason hanyalah dilihat sebagai sebuah pertubuhan yang menjanjikan peluang untuk ahli politik menempa nama masing-masing termasuklah Murad sendiri.

Personaliti kebaratannya memukau kebanyakan rakyat yang melihat dia akan menjadi pelopor era politik berperlembagaan yang baru di Empayar Uthmaniyah, menghapuskan kuasa mutlak sultan dan membawa rakyat menyertai kemajuan dunia moden.

Dia sudah ada momentumnya sendiri, kerana perlembagaan sudah sedia untuk dilaksanakan, yang diperjuangkan oleh gerakan Turki Muda.

Sultan yang pada hari ini tak diambil kisah oleh sejarawan moden itu, sebenarnya pada zaman dia sendiri popularitinya pernah melebihi tokoh diplomat liberal dan bangsawan Uthmaniyah yang lain di mata masyarakat awam berkat akhbar yang tak henti-henti menyebut namanya.

Bahkan ramai para pemerhati politik di Eropah mula berfikir bahawa “Orang S4kit Eropah” yang nampaknya hampir m4ti akan menerima suntikan baru yang menyegarkan.

Tetapi kehidupan peribadi Murad V hanyalah optimis. Situasi k0nflik semasa peralihan takhta kepada dia telah membuat dia jadi sangat serba salah. Sultan sebelumnya, Abdülaziz, adalah bapa saudaranya yang lantang melawan ideologi Darwinisme hingga baginda bertindak menutup mana-mana akhbar yang menulis tentang teori Darwin.

Kemuncaknya menyaksikan menteri Abdülaziz sendiri iaitu Midhat Pasha juga pernah diusir kerana obses terhadap idea tersebut hingga Abdülaziz mengeluarkan kenyataan: “Mulai sekarang tidak akan ada lagi penerbitan yang akan menulis mengenai monyet seperti Midhat Efendi!”

Malangnya, Sultan Abdülaziz digulingkan melalui kudeta dan konspirasi pembvnuhan yang membuatkan dia kelihatan seperti ‘membvnuh diri’ dengan penuh misteri tidak lama kemudian. Bahkan, baginda difitnah sebagai gila.

Gambaran artis semasa jenaz4h Abdülaziz ditemui

Semenjak itu, Murad V mula meminum arak hingga ketagih teruk. Seorang Sultan sepatutnya kekal teguh dan sentiasa berdiri tegak, tetapi ketika orang-orang kenamaan datang menghadiri upacara angkat sumpah setia kepadanya, dia mula berkelakuan pelik dengan mencium kaki mereka dan merayu seolah-olah mereka semua adalah alg0jo yang hendak menghukvm dia, dia merayu agar tidak dijatuhkan dan dibvnuh.

Sultan Murad V, yang sudah lama diketahui akan penyakitnya, menjadi semakin gugup dan tidak terkawal kerana menghadapi peristiwa mengejut secara berturut-turut. Dia seolah-olah telah hilang kewarasan dan hilang kesedaran kerana peristiwa mengejut yang dia alami semasa dibawa ke Gerbang Serasker pada hari Jumaat.

Oleh kerana tingkah laku yang tidak normal itu kian teruk, akhirnya upacara angkat sumpah terpaksa dipendekkan. Segalanya mula disedari ketika dia mengalami masalah gugup semasa ucapan umumnya yang pertama sebelum solat Jumaat di Masjid Hagia Sophia.

Sultan Murad V yang masih terperanjat dengan kem4tian misteri bapa saudaranya, dipindahkan ke Istana Yıldız. Dia kemudian dibawa kembali ke Istana Dolmabahçe selepas dia beraksi gila di mana dia dikatakan bertindak terjun tiruk ke dalam kolam air di laman istana disaksikan oleh pengawalnya.

Trauma Jiwa

Tingkah lakunya pada hari Jumaat yang kedua mendedahkan bahawa keseimbangan mentalnya benar-benar tidak stabil. Sultan itu kemudian dikurung di dalam istana, tidak dibenarkan bertemu dengan sesiapa pun, dan dia tidak lagi dibawa ke perbarisan setiap hari Jumaat. Upacara Menyarung Ped4ng yang sepatutnya berlangsung di Eyüpsultan tidak dapat diteruskan, duta asing tidak dapat membuat kunjungan hormat kepada Sultan baru.

Para pegawai istana yang cuba menyembunyikan peny4kit dihidapi Murad menyebarkan berita bahawa Sultan hanya mengalami masalah bisul di wajahnya dan terpaksa berkurung, dan oleh itu upacara itu tidak dapat diadakan. Walau bagaimanapun, peny4kit Sultan tetap terbongkar, dan Wazir Agung yang bertindak sebagai pemangku Sultan dan memerintah negara tanpa Sultan menerima kritikan yang berat.

Para ulama bertegas bahawa solat Jumaat tidak boleh dilakukan di sebuah negara yang memiliki seorang raja yang terganggu secara mental. Dalam menghadapi situasi ini, pegawai negeri cuba membawa Sultan menghadiri solat Jumaat sekali lagi. Bertentangan dengan tradisi di mana dua pegawai duduk di hadapan sultan, yang dibawa dengan kereta kuda ke masjid terdekat, manakala Murad duduk meringkuk di sudut bangku.

Dia kembali ke istana Çiragan selepas kembali dari perbarisan sempena solat Jumaat seperti biasa, tanpa menukar pakaiannya, dia tiba-tiba berlari keluar dari bilik, menerjah ke arah tingkap kaca hingga pecah dan hanya berasa tenang setelah dia cuba membvnuh diri dengan terjun dari tingkap itu.

Selepas pemeriksaan lanjut oleh pakar dari Vienna, Sultan Murad V didiagnosis sebagai kegilaan kekal dan tidak mungkin akan pulih lagi. Pada masa yang sama, pengambilan alkohol yang berlebihan pasti menyebabkan kelemahan neurologi semakin bertambah teruk.

Maka ini menjadi satu petanda jelas bahawa dia kehilangan kelayakan memerintah dan takhta harus beralih sekali lagi. Dalam keadaan terburu-buru, Midhat Pasha terpaksa menemui Shahzade Abdülhamid, satu tindakan yang akan dikesali oleh dia sendiri dan semua pihak yang terlibat terutamanya British.

Kesilapan di mana British meletakkan kepercayaan kepada Abdülhamid akhirnya akan menyulitkan harapan menubuhkan sistem perlembagaan Uthmaniyah dan membuka jalan kepada liberalisme.

Selepas menduduki takhta, Sultan Abdülhamid II menempatkan Murad di Istana Çiragan, disitulah dia menikmati sisa hidupnya, namun mvsuh-mvsuh Abdülhamid terutamanya dari golongan Masonik masih mahu mempergunakan Murad, ditambah pula dengan tuduhan dari ibu Murad, Şevkefzâ Kadınefendi yang mendakwa bahawa anaknya sihat dan dia menyebarkan propaganda bahawa Abdülhamid telah merampas takhta secara tidak adil.

Keratan laporan akhbar tentang revolvsi

Untuk menghentikan khabar angin ini, Abdülhamid memanggil delegasi doktor tempatan dan asing untuk memeriksa semula Murad dan menerima laporan yang menyatakan bahawa dia memang s4kit, dan kegilaannya mungkin kekal, maka rawatannya adalah mustahil untuk dilakukan.

Abdülhamid juga kelihatan berpuas hati dengan laporan terbaru ini. Selepas itu, dia ingin mengawal abangnya itu di Istana Çırağan dengan kehidupan yang sederhana di bawah pengawasannya sendiri.  Tetapi Şevkefza Kadın, ibu Murad kekal berpendapat bahawa anaknya masih boleh disembuhkan.

Dengan beranggapan bahawa dia masih boleh menjadi sultan sekali lagi seharusnya berkesan dalam usaha memulihkan anaknya sebagaimana kuatnya kasih dia sebagai seorang ibu.

Namun, tiga bulan kemudian, Murad menerima pesanan rahsia yang meminta dia bersedia untuk dicvlik. Sebuah gerakan rahsia ditubuhkan untuk mencvlik Murad V. Ketua kumpulan itu antaranya adalah İstavridis yang berasal dari Yunani, salah seorang bekas pegawai kedutaan Britain, dan Jüli, seorang pendatang Poland, masing-masing ditangkap ketika cuba memasuki istana dengan berpakaian wanita.

Walaupun setelah perbicaraan diputuskan mereka masing-masing dihukvm pengasingan seumur hidup, namun  mereka telah diampunkan oleh Sultan Abdülhamid II. Berdasarkan keterangan, mereka merancang mahu mencvlik Murad lalu membawanya lari ke Eropah dan memikirkan rancangan untuk mengembalikan pemerintahannya.

Grand Lodge Mason Turki

Setelah penyingkiran İbrâhim Edhem Pasha dari jawatan Wazir Agung, satu lagi kumpulan ditubuhkan untuk tujuan yang sama iaitu mencvlik Murad. Pengasas kumpulan itu adalah Cleanti Scalieri, ketua Lodge Prodos Freemason. Cleanti yang juga seorang pedagang berasal dari Yunani, telah menjalin hubungan persahabatan erat dengan Murad dan berperanan mendaftarkan Murad sebagai anggota Freemason peringkat ke-18 ketika dia masih seorang Shahzade.

Anggota lain kumpulan itu adalah Nakşibend Kalfa, salah seorang pengikut Murad, Ali Şefkati Bey, wakil dari Jabatan Pembaharuan Negeri Şûrâ-yı, dan Aziz Bey, Menteri Yayasan Dewan Negara.

Dengan menggunakan laluan air, dia sering menyusup masuk ke Istana Çırağan dan bertemu dengan Sultan Murad dan Vâlide Sultan. Dia membawa doktor dari Paris ke istana Çırağan dengan laluan yang sama dan memberi rawatan kepada Murad selama seminggu. Scalieri bersembunyi di pejabat kedutaan British setelah percubaannya untuk merekrut penyerang melalui Naqshbandi Kalfa bagi mencvlik Murad V tidak berjaya.

Pakatan Cleanti-Aziz Bey gagal mendapatkan sokongan yang diharapkan dari kedutaan British, nekad memutuskan untuk mengembalikan Murad ke takhta dengan cara membvnuh Abdülhamid dalam satu ser4ngan. Hacı Hüsnü Bey, salah seorang anggota kumpulan itu berpaling tadah dengan memaklumkan kepada sultan melalui utusan Kâşgar bernama Yakub Khan.

Abdülhamid menugaskan Hacı Hüsnü Bey untuk mengumpulkan maklumat mengenai kumpulan itu.  Walaupun mereka beberapa kali melancarkan tindakan untuk melaksanakan pembvnuhan sejak Februari 1878, mereka gagal kerana langkah-langkah khas diambil terlebih awal oleh pemerintah. Sementara itu, “Kes Ali Suâvi” yang tercetus menyebabkan penangkapan Hacı Hüsnü Bey sekaligus melambatkan tindakan kumpulan tersebut.

Meskipun tidak dapat ditentukan dengan jelas samada peristiwa ini yang dikenali sebagai “Kes Çırağan”, mempunyai hubungan dengan kumpulan Scalieri-Aziz Bey, masih ada berbagai spekulasi mengenai isu ini.

Ibu Murad yang sebelum itu telah berputus asa dengan cara rawatan moden, mula mencari kaedah tradisional serta melaksanakan solat hajat. Keajaiban berlaku, menjelang musim panas tahun 1877, Murad mula menunjukkan peningkatan positif.

Sultan Abdülhamid II

Berdasarkan apa yang digambarkan melalui surat ibunya, Murad tidak lagi melihat objek yang orang lain tidak nampak dan dia tidak lagi bercakap dengan dirinya sendiri. Dia bahkan mula membaca buku dan menulis dengan baik. Selera makan dan tidurnya juga tidak teratur.

Şevkefza Kadın hanya kesal kerana dua lagi masalah yang tidak pernah berjaya dipulihkan. Murad tidak mampu memakai dan menanggalkan pakaiannya sendiri. Dan dia tidak mampu pergi ke tandas dan berwudhu’ sendiri. Kerana apabila dia berseorangan, dia bergegas keluar sebelum dia sempat menyempurnakan wuduknya. Ibunya mengharapkan agar biarlah ini menjadi kec4catannya yang terakhir.

Berdasarkan setiap kenyataan ibunya, bekas sultan itu nampaknya semakin hari semakin pulih. Namun, pada tahun 1878, usaha Ali Suavi yang cuba mencvlik Murad dan sekali lagi menjadikan dia sebagai sultan telah menimbulkan kecurigaan Abdülhamid.

Ali Suâvi sebelum itu melakukan cubaan pencvlikan kali ketiga. Kejadian yang dikenali sebagai Kes Çırağan itu mengakibatkan kem4tian Ali Suâvi. Setiap cubaan mencvlik ini mengganggu Abdülhamid. Akhirnya Murad diletakkan di bawah kawalan yang lebih ketat selepas itu.

Membongkarkan kegiatan sulit Freemason di bawah arahan Cleanti Scalieri dan Aziz Bey memakan harga yang tinggi. Apatah lagi Abdülhamid sedang ditekan dengan ancaman kekalahan dalam per4ng melawan Rusia. Dalam kepenatan ini, Abdülhamid terpaksa melaksanakan kawalan mutlak terhadap Murad hingga di tidak pernah lagi keluar dari istana kurungannya.

Difahamkan, Murad yang menghabiskan sisa hidupnya dalam tahanan istana selama 28 tahun itu adalah lebih baik berbanding keadaan semasa zaman dia menduduki takhta. Menurut catatan diari Abdülhamid, segala keperluan abangnya itu tidak pernah diabaikan.

Namun, seiring peningkatan usia dengan masalah diabetesnya yang semakin teruk pada tahun 1904, Mehmed Murad Efendi akhirnya meninggalkan alam dunia yang penuh pergolakan pada 29 Ogos 1904 dan dikebumikan bersebelahan makam ibunya di tapak pemakaman Yenicami.

Murad mungkin seorang sultan Uthmaniyah yang paling lembut, berminat dengan lukisan dan muzik dan menghasilkan beberapa karya. Turut dinyatakan bahawa dia berminat dengan senibina arkitek.

Dia tidak dikenang sebagaimana sultan lain, terutamanya oleh keturunannya sendiri, berikutan penglibatannya dengan organisasi Freemason dan kelemahan terbesarnya adalah arak dan boros yang berlebihan.

Sultan Murad V yang dilahirkan sebagai Mehmed Murad di Istanbul pada 21 September 1840 adalah putera sulung Sultan Abdülmecid I. Ibunya adalah Şevkefza Valide Sultan, seorang wanita etnik Circassian dari suku Ubykh, anak perempuan Mehmed Bey Zaurum dan Cemile Hanım.

Murad bersama adik beradik tirinya, Mehmed Resad (bakal sultan) dan Kemaleddin Bey.

Adiknya, merangkap penggantinya, Sultan Abdülhamid II, yang berpura-pura menjadi seorang yang pro-barat dan konstitusionalis hanyalah mahu meyakinkan negarawan liberal bagi menabalkannya sebagai Sultan, namun, dia adalah Sultan yang akan menjadi lawan sebenar yang bakal dihadapi seluruh kuasa Eropah kemudian.

RUJUKAN:

Palmer, Alan. The Decline and Fall of the Ottoman Empire,

İbrahim Pazan (2007). Padişah anneleri. Babıali Kültür Yayıncılığı.

Hakkı Uzunçarşılı, Reports and Letters of the Treatment and D3ath of Fifth Murad, Belleten X.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.