Dikisahkan pada zaman dahulu, ada seorang yang hebat ilmu kebatinannya yang dikenali sebagai Tun Jana Khatib telah datang ke Singapura. Pada suatu hari, semasa beliau berjalan di Pekan Singapura, beliau telah melalui kawasan yang terlalu hampir dengan istana Raja Singapura.

Semasa melalui kawasan tersebut, Tun Jana Khatib telah melihat seorang perempuan berada di bawah sepohon pokok pinang gading. Maka, beliau pun menggunakan ilmu hikmat yang dimilikinya untuk membuatkan pokok pinang tersebut terbelah dua.

Setiap pembelian buku kami The Patriots di bulan Ramadan akan didermakan kepada Persatuan Cinta Gaza. Beli di: http://bit.ly/TerhempasnyaShopee

Apabila Paduka Seri Maharaja Raja Singapura mengetahui perbuatan Tun Jana Khatib yang mengganggu isterinya itu, maka baginda menjadi sangat murka dan memerintahkan Tun Jana Khatib dihukum mati. Tanpa mendapat keadilan yang sewajarnya, Tun Jana Khatib telah dibawa ke hujung kota untuk dihukum mati. Apabila darah beliau menitik sahaja ke tanah, maka dengan tidak semena-mena jenazahnya telah ghaib dan muncul di Langkawi.

Orang Langkawi telah menguruskan jenazah Tun Jana Khatib tersebut sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah pantun yang berbunyi:

Telur Itik dari Singgora,
Pandan tersandar di batang tui
Darah titik di Singapura,
Badan terhantar di Langkawi.

Pantun klasik ini walaupun pendek, namun sudah cukup untuk menjelaskan mengenai perkara yang dialami oleh Tun Jana Khatib. Pembunuhan Tun Jana Khatib ini mengikut kepercayaan orang dulu-dulu ialah penyebab kepada Singapura diserang oleh todak. Hal ini demikian kerana tidak lama selepas Tun Jana Khatib dihukum bunuh tanpa perbicaraan yang adil, maka ikan todak terus menyerang Singapura.

Serangan todak itu sudah tentu telah menggemparkan penduduk Singapura pada waktu itu sehinggakan baginda Paduka Seri Maharaja telah menaiki gajah untuk melihat keadaan tersebut di Pantai Singapura. Setelah melihat keadaan tersebut yang semakin genting, maka baginda telah memerintahkan supaya penduduk Singapura pada waktu itu untuk berkubu dengan betis.

Malangnya, ia merupakan idea yang sangat buruk kerana telah menyebabkan ramai rakyat Singapura mati terbunuh. Serangan ikan todak pula bukannya semakin berhenti malah semakin rancak! Maka, datanglah seorang budak (Hang Nadim) memberi idea kepada Paduka Seri Maharaja supaya berkubukan batang pisang.

Maka, diarahkan oleh baginda supaya berkubukan batang pisang dan selamatlah rakyat Singapura daripada terbunuh dek serangan todak itu. Tidak lama kemudian, berhentilah serangan todak tersebut. Serangan todak ini berlaku dalam skala yang besar kerana menurut teks Sejarah Melayu, ikan todak tersebut bertimbun-timbun di pantai sehingga penduduk Singapura tidak termakan.

Selepas serangan tersebut berhenti, maka baginda Raja telah bertolak pulang ke istana. Di istana, terdapat pembesar yang menghasut baginda supaya membunuh Hang Nadim kerana bimbang kecerdikan Hang Nadim itu akan menyebabkan mereka kehilangan kuasa. Tanpa berfikir panjang, baginda telah mengarahkan supaya Hang Nadim dihukum bunuh tanpa mengambil sedikit pun pengajaran daripada peristiwa pembunuhan Tun Jana Khatib.

Kerajaan Singapura telah diasaskan oleh Sang Nila Utama iaitu anak kepada Sang Sapurba. Bagindalah orang yang bertanggungjawab membuka Singapura dan memberi nama “Singapura” kepada Temasik. Sejarah Melayu tidak menjelaskan siapa yang bertanggungjawab membunuh Hang Nadim dan begitu juga tiada tarikh yang dinyatakan bila peristiwa Singapura dilanggar todak ini berlaku. Namun, Sejarah Melayu telah memberi “klu” bila peristiwa ini berlaku.

Menurut Sejarah Melayu, anak Paduka Seri Maharaja itu ialah Raja Iskandar Syah (Parameswara) yang berkahwin dengan anak Tun Perpatih Tulus dan mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Raja Ahmad atau Raja Besar Muda.

Selepas baginda besar, baginda telah dikahwinkan dengan anak Raja Sulaiman Syah iaitu Raja di Kota Mahligai yang bernama Tuan Puteri Kamarul Ajaib. Berdasarkan “klu” tersebut, maka kesimpulan yang boleh dibuat ialah Raja Singapura yang membunuh Hang Nadim itu merupakan ayahanda kepada Parameswara sendiri.


Anda sebenarnya sedang membaca salah satu daripada bab dalam buku terbaru kami, KISAH KLASIK TAMADUN MELAYU. Jom beli sementara ada diskaun di Shopee kami: Shopee: http://bit.ly/KisahKlasikShopee


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Sarjana muda pendidikan sejarah UPSI. Kini mengajar di SM Maahad Pontian Johor. Meminati sejarah Melayu terutamanya berkenaan dengan sejarah kerajaan-kerajaan Melayu.

Leave A Reply