Di Barat, terdapat ramai individu terkenal menganut Islam dan terus menjadi ikon pujaan ramai. Siapa tidak kenal nama-nama seperti Muhammad Ali, Yusuf Islam dan Freddie Kanoute yang menjadi inspirasi kepada umat Islam di sana. Tetapi ada satu nama yang bikin ramai melopong apabila mengumumkan pengislamannya pada tahun lepas. Orang yang dimaksudkan ialah penyanyi Ireland terkenal, Sinead O’Connor.

Penyanyi yang terkenal dengan album The Lion and the Cobra dan  I Do Not Want What I Haven’t Got mengumumkan berita tersebut melalui satu twit kepada para peminat pada Oktober tahun lepas. Seminggu sebelumnya, O’Connor yang kini dikenali dengan nama barunya Shuhada Davitt/Shuhada Sadaqat mengumumkan telah meninggalkan agama Kristian. Ini disusuli dengan pengumumannya memeluk Islam dan nama barunya itu.

Dalam twitnya, Shuhada menulis, “Ini ialah satu pengumuman bahawa saya bangga menjadi seorang Muslim. Inilah pengakhiran semulajadi untuk perjalanan pencarian seorang ahli teologi. Semua kajian agama yang dibuat menjurus kepada Islam. Saya akan diberi nama baru. Nama baru saya ialah Shuhada.”

Pengislaman Shuhada dibuat dengan kehadiran ahli teologi Islam dan Pengerusi Majlis Integrasi dan Keamanan Islam Ireland, Sheikh Dr Umar al-Qadri. Selepas beliau mengucap dua kalimah syahadah, Sheikh Umar memuatnaik satu video di Twitter dan menulis, “Penyanyi terkenal dunia Shuhada Davitt @MagdaDavitt77 (#SineadOConnor) telah mengucap dua kalimah syahadah bersama saya di #Ireland. Beliau merasa amat gembira! Masha Allah.”

Shuhada kemudiannya membalas, “Saya asyik tersalah menyebut kalimah-kalimah Arab!! Saya mohon maaf!! Saya akan menyebut dengan betul pada akhirnya. Insya Allah.” Shuhada menyertai senarai artis dan pemuzik yang melafazkan kalimah keramat dua kalimah syahadah seperti Yusuf Islam, Mos Def dan Ice Cube.

Tak lama selepas itu, Shuhada turut memuatnaik beberapa videonya melaungkan azan. Dalam video itu, beliau menambah, “Ini merupakan cubaan pertama saya melaungkan azan. Sesetengah sebutan saya salah kerana emosi membuatkan saya tersasul (berkemungkinan beliau merasa terharu) tetapi akan ada lebih banyak cubaan lain pada masa akan datang.” Beliau menambah lagi, “Mohon maaf atas kesilapan saya dalam azan yang dilaungkan… cubaan pertama. Bila saya mempraktikkannya sebanyak 30 kali, saya akan membuat dunia berhenti berpusing.”

Selain berkongsi pengalaman pengislamannya, Shuhada turut berkongsikan petikan ayat suci al-Quran dan kata-kata positif sejak memeluk Islam. Salah satu twitnya memetik ayat 23, Surah al-Baqarah mafhumnya, “Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.”

Dalam satu twit yang lain, Shuhada turut berkongsi pengalaman mengenakan hijab buat kali pertama. Beliau menceritakan hijab pertamanya itu dihadiahkan oleh rakan baiknya bernama Elaine. Sebaik Shuhada mengenakan hijab buat kali pertama, ia merupakan satu pengalaman yang mencetuskan emosi dan peribadi. Tetapi itu juga membuatkan dirinya merasa gembira. Beliau kemudian memuatnaik gambarnya memakai hijab tradisional berwarna hijau dan meletakkan kapsyen ‘Gembira’.

Semasa ditemubual oleh stesen televisyen RTE pada September tahun ini dalam rancangan The Late Late Show, Shuhada menerangkan perjalanannya menemui Islam, “Idea kembali semula (revert) merujuk kepada idea yang dikaji dalam al-Quran, anda akan sedar bahawa anda sebenarnya sudah menjadi Muslim sepanjang hidup anda dan anda tidak sedar pun. Itulah yang berlaku kepada saya. Saya 52, saya membesar di Ireland yang berbeza dengan Ireland yang wujud hari ini. Ianya sebuah negara yang menekan dari segi agama. Semua orang merasa sedih, tiada siapa yang mendapat kegembiraan dengan Tuhan.”

Dalam temubualnya bersama hos Ryan Tubridy, Shuhada menambah, “Saya memilih Islam sebagai yang terakhir dalam kajian saya kerana saya terlalu prejudis dengan Islam. Ia merupakan cara pemikiran. Anda akan hampir menjadi seorang Muslim tanpa perlu menjadi Muslim sebenar. Seorang Muslim ialah seseorang yang percaya bahawa tiada apa dalam dunia ini yang selayaknya disembah melainkan Allah s.w.t.”

Dalam satu temubual lain dalam Good Morning Britain bersama hos Piers Morgan dan Susanna Reid, Shuhada turut menceritakan reaksi orang terhadap pengislamannya. Reaksi Muslim terhadap pengislamannya rata-ratanya positif dan beliau turut menggambarkan komuniti Muslim sebagai lembut dan penyayang.

Tetapi Shuhada turut mendedahkan sikap prejudis yang diterimanya sebagai reaksi pada pengislamannya. Walaupun mengakui pada awalnya beliau merasa marah dengan sikap mereka ini tetapi lama-kelamaan itu tidak langsung mematahkan rasa bangganya bergelar seorang Muslim. Ini turut ditambah dengan pengalamannya menempuh pelbagai kontroversi semasa bergelar artis sekaligus menjadikannya lebih matang dan tabah walaupun dikecam sesetengah individu.

SUMBER

1. Kelly, Emma. (2019). Sinead O’Connor ‘had so much prejudice about Islam’ before she became a Muslim. Metro. https://metro.co.uk/2019/09/07/sinead-oconnor-much-prejudice-islam-became-muslim-10702376/

2. I Am Birmingham. (2018). Singer Sinead O’Connor converts to Islam and changes her name. https://www.iambirmingham.co.uk/2018/10/25/singer-sinead-oconnor-converts-islam-changes-name/

3. Finn, Rachel. (2019). Sinéad O’Connor: ‘I’ve been Muslim my whole life and didn’t even know it’. Metro. https://metro.co.uk/2019/09/16/sinead-oconnor-ive-muslim-whole-life-didnt-even-know-10752248/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.