Hatta berapa lamanya Pau Gama pun. matilah. Maka Raja Jakanaklah menggantikan ayahanda baginda; baginda beristerikan seorang puteri, Pau Ji Yan Bi namanya; beranak seorang lelaki, Pau Kubah namanya. Setelah Pau Kubah besar, maka Raja Jakanak pun matilah, maka Pau Kubahlah kerajaan menggantikan ayahanda baginda.

Baginda beristerikan anak raja Lakiu, Pau Cin namanya. Maka baginda beranak beberapa orang lelaki dan perempuan. Ada seorang anak baginda perempuan, terlalu baik parasnya; maka dipinang oleh raja Kuci, tiada diberi oleh Pau Kubah, lalu diserang oleh Pau Kuci. Maka berperanglah orang Kuci dengan orang Cempa, terlalu ramai; tiada beralahan.

Pada suatu hari raja Kuci menyuruh pada Penghulu Bendahari Cempa, dibawanya muafakat, diberinya emas dan harta terlalu banyak, maka Penghulu Bendahari Cempa pun kabullah sekaliannya serta dia.

Setelah hari malam maka dibukanyalah pintu kota Cempa oleh bendahari itu, maka segala orang Kuci pun masuklah ke dalam kota Bal, beramuklah dengan orang Cempa. Adapun orang Cempa, setengah melawan dan setengah berlepas anak bininya. Maka kota Bal pun alahlah; Pau Kubah pun mati Maka segala anak raja-raja Cempa dan segala menteri pun larilah, membawa dirinya ke sana ke mari, cerai-berai tiada berketahuan.

(Sulalatus Salatin)

Di sini kita tahu bahawa pada awalnya orang Kuci (Dai-Viet) dan orang Cempa (Champa) berperang tanpa beralahan di antara satu sama lain. Ini menunjukkan kekuatan ketenteraan dan pertahanan Champa amat kuat dan setanding dengan Dai-Viet.

Sekali lagi, dalam banyak catatan riwayat dan sejarah, kekuatan pertahanan tidak menjadi masalah utama. Dalam kes kerajaan Melayu yang sentiasa mengikut perkembangan teknologi senjata dan strategi pertahanan, musuh sukar mengalahkannya.

Ini juga berlaku kepada Champa, sebuah negeri yang kuat di pantai timur Indochina pada masa silam. Dai-Viet sukar untuk menewaskan negeri Champa. Namun apa akal raja Kuci itu?

Yeah…. itu gunanya SI KITOL. Berkali-kali dalam sejarah, jika musuh sukar menewaskan kita, beradu kekuatan bersih satu lawan satu, maka musuh akan menyeru SI KITOL dari kalangan kita sendiri.

Perhatikan: “…Pada suatu hari raja Kuci menyuruh pada Penghulu Bendahari Cempa, dibawanya muafakat, diberinya emas dan harta terlalu banyak, maka Penghulu Bendahari Cempa pun kabullah sekaliannya serta dia.”

Apa raja Kuci buat wahai saudara dan saudari? Raja Kuci tabur EMAS dan HARTA yang terlalu BANYAK. Ini cara klasik tapi tetap berkesan zaman-berzaman untuk mencipta SI KITOL. Maka rundingan dibuat antara pihak Raja Kuci dan Penghulu Bendahari Cempa. Apa yang raja Kuci mahu?

Di sana ada disebut tindakan Penghulu Bendahari Cempa itu membuka pintu Kota Bal, ibukota Champa. Rupa-rupanya pertahanan ibukota Champa amatlah kuat sampaikan pihak raja Kuci terpaksa merasuah Penghulu Bendahari Champa untuk melepasi pertahanan Kota Bal.

Lihat, seperti Srikandi telah tulis, walau kita punya tentera yang kuat, pertahanan yang kebal, pihak musuh atau penjajah akan guna SI KITOL ini untuk menembusi pertahanan tadi dengan menggunakan cara kotor. Tetapi apa boleh buat, dalam peperangan, musuh mesti dijangka akan mengamalkan apa jua cara yang ‘machiavelli’.

Maka untuk kekal bertahan merdeka seribu tahun lagi atau seterusnya, bangsa Melayu mesti mengawal sumber manusianya dari di-‘hijack’ menjadi SI KITOL. Ini mungkin memerlukan satu perhatian khusus untuk mengkaji watak ini di sepanjang sejarah dan cara mengatasinya, jika tidak, pisang berbuah 18 kali pun, sejarah tetap mengecop watak SI KITOL ke dahi nasib buruk kalian, dek kerana gagal belajar apa-apa dari sejarah.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pelajar (tetap belajar dan terus belajar) dan kini tenaga pendidik dalam bidang sejarah, beliau adalah peminat tegar sejarah dan telah mencurahkan sepenuh kebaktiannya dalam sejarah terutama sejarah Melayu. Telah menulis lima buah buku bertemakan kepentingan sejarah, kritikan sejarah dan analisis sejarah Melayu.

Comments are closed.