Dalam filem atau kartun, kita selalu ditayangkan kisah manis di antara Si Jelita (The Beauty) dan Si Haiwan (The Beast). Tetapi kisah sebenarnya di sebalik dua individu ini mempunyai pengakhiran yang tidak menggembirakan seperti yang selalu ditayangkan oleh Disney.

Perkenalkan Pedro Gonzales. Dilahirkan di Tenerife, Sepanyol pada tahun 1537. Dia membesar sebagai kanak-kanak yang tidak normal. Tubuhnya menumbuhkan bulu terlalu tebal dan kerana itu, dia dikenali sebagai ‘wildman’.

‘Wildman’ adalah makhluk dari mitos Zaman Pertengahan yang digambarkan sebagai lelaki separuh manusia dan sepauh haiwan. ‘Wildman’ ini dipercayai akan bertukar menjadi makhluk ganas pada waktu malam. Kadangkala memakan kanak-kanak hidup-hidup.

Kisah Pedro bermula pada waktu malam selepas pertabalan Raja Henry II ketika pertengahan kurun ke-16. Pedro merupakan hadiah kepada raja, iaitu ‘wildman’ yang dikurung.Kehadiran Pedro menimbulkan keterujaan dalam kalangan tetamu yang hadir. Pedro diletakkan di dalam penjara bawah istana untuk pemerhatian lanjut.

Ketika di dalam penjara, para doktor dan para akademik memeriksa Pedro. Mereka menemui Pedro bukan seorang yang liar seperti jolokannya ‘Wildman’. Pedro sebenarnya seorang kanak-kanak normal berusia 10 tahun yang mempunyai terlalu banyak bulu, iaitu keadaan yang kita kenali hari ini sebagai ‘congenital hypertrichosis’. Keadaan ini yang turut dikenali sebagai sindrom ‘wereworf’ adalah sangat ganji (rare). Cuma 50 kes ditemui pada zaman pertengana dan Pedro adalah kes pertama.

Pada masa itu, manusia yang mempunyai fizikal yang pelik akan dilihat sebagai status orang kaya. Terima kasih kepada keadaan fizikal Pedor kerana raja melihat Pedro sebagai aset kekayaannya. Sebagai bahan eksperimen, Pedro dididik sebagai seorang bangsawan dan dibenarkan mempunyai nama Latin iaitu Petrus Gonsalvus. Mereka menemui bahawa Petrus seorang yang cepat belajar, dapat menguasai tiga bahasa dengan pantas. Petrus juga berkemampuan memegang jawatan dalam Istana (court).

Pada tahun 1550, Raja Henry II men!nggal kerana kec3deraan. Dia telah meninggalkan seorang janda, Catherini dari Medici. Catherine pula mahu melihat sekiranya lebih banyak ‘Wildmen’ dapat dihasilkan sekiranya Petrus berkahwin. Jadi, Catherine buat keputusan mahu mengahwinkan Petrus dengan sorang wanita cantik yang juga bernama Catherine. Catherine dan Petrus tidak akan besua muka sehinggalah pada waktu perkahwinan.

Majlis perkahwinan mereka tidak diketahui, tetapi spekulasi menyatakan para doktor telah mengintip malam pertama Petrus dan Catherine. Mereka mahu melihat sekiranya Petrus bertukar menjadi ‘Beast’ ketika melakukan hubungan s3ksual. Mereka juga mahu melihat sekiranya ‘The Beauty’ (Catherine) selamat daripada persetubuhan tersebut. Ramai orang terkejut yang akhirnya ‘Beauty’ jatuh cinta kepada ‘Beast’ dan mereka meneruskan perkahwinan yang bahagia. Tetapi Pemaisuri kecewa apabila dua anak lelaki pertama Petrus tidak mewarisi fizikal ayahnya yang banyak bulu.

Anak-anak pasangan tersebut yang lain seramai lima orang iaitu dua lelaki dan tiga perempuan mewarisi sindrom ‘werewolf’ daripada ayah mereka. Keluarga Petrus mendapat populariti dan dibenarkan mengembaran di seluruh Eropah dan hidup bersama para bangsawan. Mereka memutuskan untuk menetap di Sepanyol di mana mereka memberikan sokongan kepada Duke Parma. Duke tersebut membenarkan Petrus menguruskan harta tanah yang terdapat di berhampiran Parma.

Anak-anak Petrus juga dijadikan sebagai hadiah kepada keluarga-keluarga kaya. Anak perempuannya, Antonetta, dijadikan sebagai bahan mainan dalam kalangan gundik-gundik Duke. Tidak mudah bagi Petrus dan Catherine untuk melepaskan anak-anak mereka dan dilayan seperti objek. Mereka tak mampu berbuat apa-apa.

Petrus dan Catherine seterusnya menetap di Lake Bolsena di Itali, di mana mereka mengakhiri hidup mereka dengan tenang. Petrus meninggal pada tahun 1617 dan Catherine pada tahun 1623. Pada waktu kem4tiannya, Petrus tidak ditanam bersama dengan manusia lain, iaitu di tanam di tanah suci dalam kepercayaan Kristian. Sehingga pengakhiran hidupnya, dia masih dilayan sebagai binatang, bukan manusia.

RUJUKAN:

  1. The Real Couple Beauty And The Beast. https://www.elitereaders.com/real-couple-beauty-and-the-beast-petrus-gonsalvus-catherine/

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.