Kisah Samy Vellu Dan Khalid Yunos Turunkan Bendera Indonesia Di Kedutaan

7,116

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Masa konflik antara Malaysia-Indonesia waku konfrantasi dulu, kita semua tahu yang Khalid Yunus dan Samy Vellu yang masing-masing berumur 20 dan 27 tahun siap panjat kedutaan turunkan bendera Indonesia, lalu menaikkan bendera Malaysia. Tapi ada kisah menarik.

Maka jadilah gambar ikonik seperti diatas, KY + Samy Vellu adalah geng yang menurunkan simbol pancasila dari anjung bangunan kedutaan dan ganti dengan bendera Malaysia. Kau tau diaorang buat apa lepas tu? Depa heret bendera tu naik skuter dari Jalan Ampang smp rumah Tunku kat Jalan Dato’ Onn.

Bila sampai rumah Tunku depa suruh Tunku keluar, mula mula Tunku tak nak, diaorang paksa usung dan suruh Tunku pijak bendera pancasila tu. Tapi Tunku being Tunku, dia tak nak pijak. Bila Tunku tak nak pijak, kau tau apa depa buat? Depa dukung Tunku letak terus atas bendera tu.

KY kata time tu Tunku sebut,”awatlah hampa buat aku macam ni” sambil air matanya bergenang keluar. Dia kata dia nampak air mata Tunku tergenang tetapi tak tahu sebabnya sama ada kerana terpaksa melakukan sesuatu yang bertentangan dengan jiwanya atau kerana terharu dengan dorang.

Lepas tu, memang kecohlah keluar paper semua Tunku pijak Pancasila. Soekarno apa lagi tunjuk mengamuk dan kutuk perbuatan Tunku yang konon dah pijak lambang negara Indonesia dan guna peluang ni dengan lancarkan gerakan Ganyang Malaysia.

Dan Indonesia menjual kisah ini konon kerana Pancasila kena pijak, maka ser3ngan dilakukan. Padahal, ia adalah peristiwa yang berlaku akibat orang Indonesia sendiri yang membakar kedutaan Malaysia di Medan dan Jakarta.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.