https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Kisah Salasilah Keluarga Black Dalam Harry Potter

1,679

Novel Harry Potter and Sorcerer Stone mula memperkenalkan kita dengan Draco Malfoy. Dalam novel Harry Potter and Chamber Of Secret pula menceritakan dengan lebih lanjut berkenaan keluarga Malfoy.

Novel Harry Potter and Prisoner Of Azkaban pula memberi gambaran seorang banduan merangkap bapa pembaptisan Harry Potter, Sirius Black. Harry Potter and Goblet Of Fire menceritakan watak Bellatrix Lestrange secara sipi-sipi dan Harry Potter and Order Of Phoenix memperkenalkan watak Nymphadora Tonks.

Sebenarnya, keempat-empat keluarga ini berkait antara satu sama lain melalui ibu dan bapa kandung mereka.

Dimulai dengan keluarga Black. Black merupakan salah satu keluarga berdarah asli atau berdarah suci yang digelar Pure-Blood.

Pollux Black dan Irma Crabbe merupakan pasangan yang kejam. Black secara tradisinya ialah keluarga yang sangat jahat. Mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Cygnus Black, Walburga Black dan Alphard Black.

Cygnus kemudiannya berkahwin dengan Druella Rossier dan mempunyai tiga anak perempuan kesemuanya. Bellatrix Black, yang sulung. Andromeda Black yang tengah serta Narcissa Black yang bongsu.

Bellatrix Black kemudiannya berkahwin dengan Rodolphus Lestrange dalam mengekalkan tradisi perkahwinan bahawa Pure-Blood hanya dengan Pure-Blood sahaja. Dia juga menukarkan namanya menjadi Bellatrix Lestrange.

Andromeda Black berkahwin dengan seorang Muggle, Ted Tonks. Maka, Andromeda dibuang keluarga kerana tidak berkahwin dengan seorang ahli sihir Pure-Blood. Mereka dikurniakan seorang anak bernama Nymphadora Tonks. Namanya bertukar menjadi Andromeda Tonks.

Akhir sekali, Narcissa Black berkahwin dengan Lucius Malfoy, salah seorang ahli sihir Pure-Blood dan dikurniakan anak lelaki bernama Draco Malfoy yang terkenal. Namanya bertukar menjadi Narcissa Malfoy.

Walburga Black berkahwin dengan Orion Black, sepupu keduanya. Dia mendapat dua orang anak, Regulus Black dan Sirius Black. Kedua mereka ialah orang yang baik dan berpekerti mulia, bukan seperti ibu bapa mereka.

Akhir sekali, Alphard Black. Alphard Black merupakan adik yang paling baik, lebih baik dari Cygnus atau Walburga. Sewaktu Sirius dihalau keluar dari rumah, Alphard sempat mewariskan sebahagian emasnya kepada Sirius. Perbuatan yang dianggap baik ini mendapat tentangan dan dibuang keluarga Black.

Berbalik ke zaman kini, Draco Malfoy dalam meneruskan legasi perkahwinan Pure-Blood dan Pure-Blood, dia mengahwini Astoria Greengrass, dan dikurniakan anak bernama Scorpius Malfoy.

Astoria meninggal dunia sewaktu Scorpius masih bersekolah di Hogwart. Setelah menginjak dewasa, Scorpius kemudiannya berkahwin dengan Rose Granger-Weasly, anak perempuan Ron Weasly dan Hermione Granger.

Nymphadora kemudiannya berkahwin dengan Remus Lupin, bekas profesor di Hogwart. Dikurniakan anak bernama Edward Lupin, Nymphadora dan Remus m4ti dalam pertempuran Battle Of Hogwart. Edward menjadi anak pembaptisan Harry Potter dan setelah dewasa, dia berkahwin dengan Victoire Weasly, anak perempuan Bill Weasly and Fleur Delacour.

Berdasarkan novel Harry Potter and Curse Child, Bellatrix Lestrange mendapat anak bersama Tom Riddle a.k.a Lord Voldemort dan dikurniakan seorang anak bernama Delphini Riddle.

Delphini Riddle kemudian dimasukkan ke Azkaban setelah dia membvnuh menggunakan sihir Avada Kedavra terhadap Craig Bowker Jr.

Secara jelasnya:

Bellatrix Black + Rodolphus Lestrange

Bellatrix Black + Tom Riddle = Delphini Riddle

Narcissa Black + Lucius Malfoy = Draco Malfoy + Astoria Greengrass = Scorpius Malfoy + Rose Granger-Weasly

Andromeda Black + Ted Tonks = Nymphadora Tonks + Remus Lupin = Edward Lupin + Victoire Weasly

Sirius Black

Regulus Black

Sebenarnya, keturunan Edward dan Scorpius akan bertambah. Mungkin mereka boleh terkait tetapi nampak dengan jelas keluarga Black sukakan Weasly.

Artikel dikirimkan oleh MYpotterhead untuk The Patriots. 

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.