Kisah Rasulullah S.A.W Dan Haiwan

915
views
1)Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه و آله و صحبه و سلم juga amat berbelas kasihan kepada haiwan serta menganjurkan berbuat kebaikan kepada haiwan.

2)Antara bukti kasih sayang Baginda terhadap haiwan ialah menjaga haiwan tunggangan Baginda dengan baik serta memberikan nama kepada mereka.Baginda mempunyai berberapa haiwan peliharaan,iaitu;

a)Seekor unta betina, diberi nama Al Qashwa’ atau juga dipanggil sebagai Al Adhba’.

b)Kuda yang diberi nama As Sakb

c)Kambing yang susunya diperah sebagai minuman baginda,diberi nama Al Ghaythah

d)Baghal (haiwan kacukan kuda dan keldai) diberi nama Ad Duldul

e)Keldai yang diberi nama Al Ya’fur

Adapun kisah yang menyatakan baginda mempunyai kucing,tidak dapat saya temukan riwayat yang sabit,meskipun berstatus dhaif setakat ini sepanjang pembacaan dan penelitian.Wallahu A’lam.

3)Baginda melarang dari melastik burung dengan tujuan suka-suka dan bukan untuk berburu.

4)Baginda juga melarang dari membunuh katak,dan menyatakan bunyi katak adalah bentuk tasbih katak kepada Allah.

5)Baginda juga melarang dari membakar haiwan hidup hidup dengan tujuan untuk membunuhnya.

6)Seorang wanita pernah disabdakan Baginda akan berada dalam neraka kerana menzalimi kucing yang dipeliharanya

7)Seorang sahabat dari golongan Ansar,pernah ditegur dengan keras oleh Baginda kerana tidak memberi makan unta tunggangannya dengan baik,sehingga unta itu datang dan mengadu kepada Baginda dalam keadaan menangis.

8)Seorang sahabat juga ditegur dengan sabda Baginda “Apakah engkau ingin membunuhnya dua kali?” kerana dia telah mengasah pisau sembelihannya di hadapan haiwan yang akan disembelihnya

9)Baginda juga melarang dari menunggang haiwan tunggangan terlalu lama sehingga akan memenatkan haiwan tersebut.

10)Baginda juga pernah menegur sahabat yang telah mengambil anak burung dari sarangnya,sehingga menjadikan ia terpisah dari induknya.

Rujukan;

1)Wasail Wusul ila Syamailur Rasul,
Qadhi Yusuf An Nabhani رحمه الله رحمة وسعة

2)Muhammad صلى الله عليه و سلم Al Insan Al Kamil,
Al Allamah Dr Sayyid Muhammad Alawi Al Maliki رحمه الله رحمة وسعة

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here