Di Malaysia, orang yang hilang seringkali dikaitkan dengan bunian. Malah ada pendapat yang mengatakan sesiapa yang bersetuju untuk terus tinggal bersama bunian, mereka tidak akan mampu kembali lagi ke dunia sebenarnya. Sampai ke hari ini kita sendiri tidak tahu sejauh mana kebenarannya.

Jangan terkejut kerana di Jepun juga terdapat orang yang hilang tanpa dapat dikesan. Setakat tahun 2015, sebanyak 82000 kes orang hilang telah dilaporkan dan hanya 2000 sahaja yang tidak ditemui selepas laporan dibuat. Persoalannya kenapa terdapat begitu banyak kes orang hilang di Jepun, adakah sebab mereka semua terperangkap di alam bunian?

Adakah orang Jepun pun kena culik dengan bunian ke?

Jawapannya adalah budaya johatsu yang sudah berakar umbi dalam masyarakat Jepun sejak sekian lama. Budaya ini membolehkan orang Jepun mengambil keputusan untuk menghilangkan diri daripada keluarga dan rakan-rakan atas pelbagai sebab. Antaranya adalah seperti single, selalu kena reject, hutang, kehilangan pekerjaan dan bermacam lagi.

Menurut seorang pengamal budaya johatsu, dia terpaksa menghilangkan diri setelah dipecat oleh majikan, Pada mulanya dia cuba hidup seperti biasa bagi mengelakkan keluarganya tahu bahawa dia secara rasmi sudah menjadi pemetik anggur. Bagi memastikan rahsianya tidak pecah, dia berpura-pura pergi kerja dan lepak di tepi jalan selama berjam-jam.

Tapi bagi dia, duduk di tepi jalan tanpa arah tuju membuatkan jiwanya terseksa. Jadi pilihan yang ada hanya menghilangkan diri untuk memulakan hidup baru. Jadi ke mana arah tujuan kesemua penggemar budaya johatsu ini?

Terdapat dua bandar yang akan dituju oleh mereka untuk memulakan hidup baru iaitu Sanya di Tokyo dan Kamagasaki di Osaka. Kedua-dua bandar ini dikawal sepenuhnya oleh Yakuza dan mereka yang tiba tanpa sebarang dokumen pengenalan diri bebas untuk mencari pekerjaan tanpa gangguan pihak berkuasa. Kepada anda yang single dan selalu kena reject, bolehlah pergi kedua-dua bandar ini. Mana tahu anda akan mudah memperolehi jodoh.

Sebelum itu kalau nak tahu lebih banyak perkara menarik selain budaya johatsu, boleh baca KITAB TAMADUN JEPUN. Kami yakin anda semua tak kan rugi malah akan turut mengajak rakan membaca sekali. Boleh di Shopee: https://shopee.com.my/The-Patriots-Kitab-Tamadun-Jepun-i.238336777.17556954102

Seterusnya nak pergi ke dua bandar ini untuk memulakan hidup baru bukan mudah kerana terdapat beberapa perkara perlu diambil kira. Paling penting sekali, mereka perlu berhubung dengan Yonige-ye iaitu sekumpulan individu yang bertanggungjawab menawarkan perkhidmatan menghilangkan diri.

Memiliki fungsi yang seakan-akan sama seperti agensi pelancongan, Yonige-ye akan membantu mereka melarikan diri tanpa dapat dikesan. Bayarannya pula mengikut kepada permintaan pelanggan iaitu diantara RM1800 sehingga RM15000. Bayaran pula akan menjadi lebih mahal jika Yonige-ye terpaksa berurusan dengan kes-kes berat seperti individu yang berhutang. Gila betul orang Jepun ini, bantu orang nak melarikan diri pun masih lagi boleh buat duit.

Melihat kepada ekonomi dan kehidupan masyarakat Jepun, pasti ramai beranggapan orang Jepun menghilangkan diri kerana tidak tahan dengan cara kerja. Ini kerana cara kerja di Jepun memang sangat teruk. Sekali pandang memang nampak baik kerana anda perlu sentiasa memberikan yang terbaik dan jangan pernah puas dengan kejayaan. Hal ini telah membuatkan orang Jepun tertekan kerana perlu bekerja melebihi limit.

Ironinya menurut Yonige-ye, ramai yang menggunakan khidmat mereka adalah terdiri daripada mangsa keganasan rumah tangga. Kebanyakannya adalah isteri yang selalu dibeduk oleh suami sehingga menyebabkan mangsa mengambil keputusan untuk melarikan diri. Tapi ada juga kes-kes terpencil yang ingin menghilangkan diri tanpa sebab. Mungkin mereka terdiri daripada orang-orang single yang selalu kena reject.

Akhir kata, beli juga buku terbaru kami bawah imprint fiksyen kami. Ada pra-tempah dan harga diskaun sedang ditawarkan untuk para pembeli. Beli di webstore kami.
Pencari Cincin Sakti: http://bit.ly/CincinSaktiStore
Sate Untuk Jembalang: http://bit.ly/SateJembalangStore
Kombo: http://bit.ly/komboPCSSUJ

Kesimpulannya jumlah orang hilang semakin meningkat di Jepun setiap tahun. Mungkin ini antara perkara yang perlu dibayar untuk Jepun menjadi negara maju. Bagaimana pula dengan Malaysia, adakah perkara yang sama akan terjadi jika kita mencapai status negara maju kelak? Kalau jadi pun memang kasihan asyik bunian sahaja yang kena tuduh.

RUJUKAN:

Hincks, J. (2017, Mei 2). Do stressed-out Japanese really stage elaborate disappearances? On the trail of the Johatsu or ‘evaporated people’. Time. Dipetik daripada https://time.com/4646293/japan-missing-people-johatsu-evaporated/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply