Cerita pasal cuLtUral aPpROPriAtion ni, teringat kes tahun 2018 dulu ada Cina US sound minah salleh yang pakai qipao (cheongsam). Tapi tu Cina US yang terlebih woke. Cina normal tak triggered pasal benda macam tu.

In fact, di China dan even di Malaysia hari ini, orang dah tak ambil kisah sangat pasal cheongsam dan samfu, malah ada gerakan untuk menggantikan cheongsam dan samfu dengan Hanfu yang dianggap sebagai pakaian Cina Han yang asli.

Cheongsam dan samfu sebenarnya diilhamkan oleh pakaian etnik Manchu. Nama alternatif cheongsam iaitu qipao pun dinamakan sempena nama alternatif Manchu, Qiren (旗人).

Manakala Cina macam Xi Jinping, macam aku, macam kawan2 kau yang bernama Lim, Goh, Tan tu semua etnik Han. Cuma kat Malaysia kami jarang refer diri sebagai Han sebab orang2 selatan (Kantonis, Hokkien, Foochow dll) lebih selesa dengan nama orang Tang (唐人). Complicated kan.

Han ada pakaian tradisional sendiri yang telah pupus pada tahun 1644, tahun Manchu menawan China dan mendirikan Dinasti Qing. Manchu memaksa orang Han tukar pakaian dan gaya rambut ikut style diorang.

Gaya rambut lelaki Han yang asal yang berbentuk bun diubah jadi tocang.

Pakaian Hanfu yang berkolar luas kiri tutup kanan diubah jadi kolar sempit.

Tujuan Manchu adalah untuk melenyapkan identiti Han & mengasimilasikan Han, kira macam “cultural genocide”.

Jadi apabila Dinasti Qing digulingkan pada tahun 1911, orang Han semua terus potong tocang sebagai tanda merdeka dari pemerintahan Manchu. Cuma tak buat gaya bun balik.

Kadang tengok orang buat cultural show pakai topi sekali dengan tocang untuk gambarkan “pakaian tradisional Cina”. Tu kalau dapat kat kaum yang woke memang habis dikecam. Nasib baik most Cina tak woke.

Malah pakaian Manchu pun diubahsuai jadi cheongsam dan samfu jadi pakaian adat Cina pasca-Qing. Hanfu tak pula dihidupkan balik sebab dari segi praktikaliti kurang. Macam mana nak buat kerja dengan lengan lebar boleh muat kucing.

Tapi memasuki abad ke-21, fenomena Hanfu mula muncul. Bila sesuatu bangsa dah lepas fasa survival, dia akan mula fikir soal identiti, mula korek sejarah silam.

Ada persamaan juga dengan tren memakai busana dan tanjak tahun-tahun kebelakangan. Mungkin ada yang rasa kelakar dan duk perlekehkan, tapi kalau Cina China pun buat, apa salahnya orang Melayu buat kan?


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.