Wuhan di China walaupun kini sudah terkenal sebagai tempat bermulanya cetusan koronavirus yang menyebarkan wabak penyakit COVID-19 ke seluruh dunia, namun masih ada sesuatu yang mungkin menarik dan boleh dimanfaatkan penggemar sejarah, iaitu Muzium Provinsi Hubei.

Ditubuhkan pada tahun 1953, Muzium Provinsi Hubei terletak di Daerah Wuchang di Wuhan, tidak jauh dari pantai barat Tasik Timur Wuhan. Muzium ini menyimpan koleksi lebih dari 200.000 jenis harta khazanah negara China, antaranya ialah satu set lonceng gangsa kuno (Bianzhong), koleksi artifak dari makam Marquis Yi dari Zeng dan makam di Baoshan.

Muzium Provinsi Hubei

Namun, salah satu artifak yang mungkin paling menarik perhatian dunia dan dianggap sebagai objek penting dalam sejarah ketamadunan China adalah Pedang Goujian, nilai dan kepentingan artifak bersejarah ini menyamai penemuan kompleks pemakaman Maharaja Qin Shi Huang bersama patung-patung Terracotta.

Sepanjang sejarah peradaban dunia, terdapat banyak penemuan artifak senjata purba seperti pedang yang memiliki ciri-ciri tersendiri bergantung kepada zaman dan tamadun masing-masing. Tetapi agak jarang berlaku penemuan sebilah pedang purba yang ditemui dalam keadaan yang amat sempurna semenjak penemuannya di tapak ekskavasi hingga saat ini.

Pedang Joyeuse

Contoh beberapa penemuan yang terkenal adalah Pedang Joyeuse, salah satu pedang paling terkenal dimiliki Louvre, yang dipercayai asalnya dimiliki oleh “Bapa Eropah” iaitu Charlemagne, raja Franks dari tahun 768 mer4ngkap maharaja Kristian pertama Empayar Rom Suci.

Joyeuse didakwa mampu berubah warnanya puluhan kali pada waktu siang, sayangnya, pedang ini telah berkali-kali diubahsuai sepanjang hayatnya sejak ia ditemui sehingga sukar untuk memastikan apakah pedang itu mengekalkan kualiti asalnya.

Satu lagi contoh adalah Pedang Bercabang Tujuh dari Jepun, yang ditemui di kuil Isonkami di Jepun. Para sarjana Jepun percaya bahawa ia merupakan hadiah dari raja Baekje di barat daya Korea kepada pemerintah Jepun semasa pemerintahan Permaisuri Jingū. Bentuknya ditafsir sebagai mewakili motif pepohonan Korea yang turut ditemui pada beberapa artifak diraja yang lain.

Pedang Bercabang Tujuh

Walaupun begitu, ketika ia dikeluarkan dari kuil, pedang itu berada dalam keadaan yang agak teruk. Ini hanya dua dari beribu peninggalan khazanah luar biasa dalam bentuk relik senjata yang pernah dimuliakan sebagai ‘harta suci’ pada zaman dahulu.

Namun, tamadun China purba telah meninggalkan sebilah pedang yang mungkin mengatasi kesemuanya dari segi kualiti asalnya yang masih kekal terpelihara sehingga kini iaitu Pedang Gouijan.

Ketika pedang Gouijan ditemui di sebuah makam purba pada tahun 1965, ia terletak bersebelahan dengan rangka manusia, namun, nampaknya pedang ini melawan kelaziman arus zaman kerana ia ditemui dalam keadaan yang sempurna tanpa ada sedikit kesan karat pun di permukaannya dan bilahnya masih sangat tajam seolah-olah ia baru sahaja ditempa ketika hari penemuannya.

Ahli arkeologi menganggarkan bahawa usia Pedang Gouijan adalah kira-kira sekitar 2,500 tahun. Pedang kuno itu ditemui pada tahun 1965 semasa tinjauan tapak arkeologi di provinsi Hubei di China, ia ditemui di dalam salah satu daripada kira-kira 50 pemakaman yang diekskavasi.

Pedang ini agak unik, material asasnya dibuat dari bahan-bahan gangsa, logamnya juga mengandungi unsur-unsur lain yang menguatkan lagi struktur ketahanan dan kekuatannya, seperti tembaga, besi, timah, dan sulfur, sementara bahagian bilahnya yang tajam dibuat dari timah.

Tidak pernah terjejas walaupun telah melalui lebih dari 2 milenium lamanya di dalam kotak yang terdedah kepada kelembapan, kajian saintis mendapati, ternyata kepekatan unsur sulfur dan tembaga yang lebih tinggi telah memberikan daya ketahanan yang melindungi pedang ini daripada berkarat.

Pedang ini adalah salah satu contoh pedang Jian yang paling awal ditemui, sejenis pedang lurus dengan dua belah mata bilah, ia sudah lama wujud dalam lipatan sejarah China dan kepentingannya dalam tamadun China diterjemahkan melalui kisah-kisah mitologi dan cerita-cerita rakyat bangsa ini. Pedang Goujian ini berukuran 22.9 inci panjang dan merupakan pedang yang ditempa khusus sebagai pedang diraja.

Pemegang atau hulunya diikat dengan sutera berwarna biru hijau. Kedua-dua sisi bilah pedang itu mempunyai ukiran berbentuk rombik hitam serta tulisan yang memaparkan lapan karakter dalam bahasa Cina kuno. Pakar-pakar sejarah dan linguistik mengambil masa yang agak lama untuk menghuraikan maksud karakter itu.

Menurut My Modern Met, karakter cina kuno itu diterjemahkan sebagai dua frasa iaitu “Raja Yue” dan “pedang ini ditempa untuk kegunaan peribadinya.”  Sebilangan besar sejarawan China percaya bahawa pedang itu milik Goujian, Raja Negara Chu semasa era Dinasti Zhou.

Antara tahun 510 SM dan 334 SM, ketika wilayah Yue masih wujud, berpuluh orang raja sedang menduduki takhta. Setelah penyelidikan yang lebih lanjut, sejarawan bersetuju bahawa pedang itu milik Raja Goujian, yang memerintah dari tahun 496 hingga 465 SM, maka sejarawan bersepakat menggelar pedang itu sebagai Pedang Goujian.

Raja Goujian memerintah ketika China purba sedang melalui zaman pergolakan, tetapi zaman itu juga merupakan zaman di mana teknologi pembangunan senjata di seluruh negeri sedang meningkat, sehingga munculnya produk yang mem4tikan dan tidak dapat dirosakkan seperti pedang peribadinya.

Wilayah ini kerap menghadapi ser4ngan dari kerajaan serantau pada tahun-tahun awal pemerintahan Raja Goujian, tetapi dia berjaya mengulangi kemenangannya dan dikenali sebagai seorang penguasa yang terkenal dan rendah diri.

Pedangnya hari ini dianggap sebagai khazanah negara Republik Rakyat China; bagi masyarakat tradisionalis Cina, mereka sering membandingkan kisah Raja Goujian itu dengan kisah Raja Arthur bersama pedang Excalibur nya.

Manakala, sebagai lawan kepada Pedang Goujian, Tombak Fuchai pula adalah tombak milik Raja Fuchai dari negeri Wu, pesaing utama Raja Goujian dari Yue. Ia ditemui di Jiangling, Hubei pada bulan November 1983.

Tombak Fuchai

RAJA GOUJIAN DARI NEGARA YUE

Berkaitan dengan Goujian, pemilik pedang berkualiti tersebut. Semasa awal pemerintahan Raja Goujian sekitar abad ke-5 SM, negara Yue berada dalam keadaan yang tidak menentu. Sebuah lagi kerajaan dari negara jiran, Wu, telah berjaya menaklvki Kerajaan Chu dan mula mengalihkan perhatiannya terhadap negara Yue pula. Raja Goujian ketika itu baru saja mewarisi takhta ketika negara sedang berada dalam keadaan kacau bilau.

Helü, Raja Chu dan Wu, tidak membuang masa terus menyer4ng angkatan tenter4 Goujian yang diketuai oleh Goujian sendiri. Walaupun kekurangan dari segi jumlah kekuatan tenter4 dan persenjataan, Goujian berjaya menundukkan Helü, dan pertarungan diatur. Goujian memiliki kelebihan dari usianya yang masih muda dan gagah, sekaligus berjaya membunvh Helü ketika pasukannya mula berundur.

Tugu Goujian

Anak kepada Helü, Fuchai, kemudian mewarisi takhta Raja Wu, dia tidak pernah sesekali memaafkan Goujian atas kem4tian bapanya. Setelah membina dan menstruktur kembali kekuatan tenter4nya, dia bertindak menyer4ng Negara Yue. Gagal menguasai pertempuran ini, Raja Goujian akhirya menyerah kalah.

Goujian, isterinya, dan orang kanannya, Fan Li, diperhambakan oleh Fuchai, dan salah seorang penasihat Fuchai, Wen Zhong, mengambil alih kuasa pemerintahan negara Yue yang telah kalah. Selama tiga tahun Goujian hidup dalam tawanan, sifat Fuchai yang berjaga-jaga dan mementingkan kepentingan sendiri semakin berkembang.

Dia sangat yakin yang dia mendominasi sepenuhnya pengaruh bekas Raja Yue itu di bawah telunjuknya hingga mengabaikan penasihatnya ketika mereka memberi peringatan agar jangan terlalu selesa dan merasa yakin. Fuchai amat mempercayai kesetiaan Goujian, lantas dia membebaskan mantan raja itu, isterinya, dan Fan Li dari tahanan untuk kembali ke Yue sebagai subjek kepada kerajaan yang diperintahnya.

Fan Li

Semasa kembali sekali lagi sebagai pemerintah, Goujian dan isterinya menunjukkan nilai-nilai kepimpinan sosialis dengan turun padang bersama-sama rakyat biasa dari kelas petani yang bekerja di ladang.

Ia bukan sekadar bertujuan untuk menunjukkan beliau seolah-olah konsisten dan sentiasa berada di bawah radar Fuchai sahaja, tetapi dia mengambil kesempatan itu untuk menyelami dan memahami nasib para petani sementara Fan Li bersiap sedia untuk hari pembalasan dendam kesumat.

Cukai tidak lagi dinaikkan, dan peraturan baru ditetapkan untuk memaksimakan kadar kelahiran yang menarik perhatian para petani. Goujian mengizinkan Fuchai untuk meraih keuntungan atas rundingan perdagangan dan dengan bebas menghantar wanita-wanita cantik untuk menjadi gundik kerajaan Wu.

Xi Shi

Fan Li melatih wanita-wanita ini dalam seni tarian dan cara untuk menghibur dan melayani lelaki-lelaki bangsawan Wu. Salah seorang gundik tersebut, Xi Shi, dilatih secara khusus untuk melayani Fuchai hingga Fuchai benar-benar mabuk cinta padanya, Fuchai mengabaikan tanggungjawab dirajanya dengan menghabiskan semua masa dan hartanya untuk projek pembinaan yang memberi manfaat kepada Xi Shi.

Untuk pengetahuan, Xi Shi merupakan salah seorang daripada “Empat Simbol Kejelitaan China Purba” iaitu Xi Shi, Diao Chan, Wang Zhaojun dan Yang Guifei.

Manakala seluruh menteri kabinet kerajaan Wu di bawah Fuchai turut sama dilalaikan oleh para gundik penggoda yang dikirim oleh Fan Li, hingga menyebabkan Wu mula mengalami kemerosotan.

Bencana kemarau menambahkan lagi keadaan yang sudah semakin buruk. Apabila Fuchai terpaksa memohon sumber biji-bijian dari Goujian, dia diberi biji-bijian yang direndam dalam air panas mendidih yang mungkin sesuai untuk dimakan tetapi tidak akan tumbuh bercambah jika ditanam.

Goujian telah berjaya meletakkan Fuchai ke dalam posisi yang tepat sebagaimana diperlukan dan dikehendaki Goujian. Maka Goujian dan pasukan tenter4nya segera melancarkan ser4ngan balas dendam. Sebagai raja yang kalah kerana kelalaian sendiri, Fuchai merasa amat terhina lantas mendorong beliau untuk membunvh diri sendiri.

Malangnya, akibat dari Goujian yang hidup dalam tahanan selama bertahun-tahun sebelum itu telah memberi kesan negatif kepadanya dan dia mula hilang kepercayaan dan mula mempersoalkan kesetiaan para penasihatnya sendiri hingga berlaku penentangan tanpa asas yang kukuh.

Memandangkan semakin ramai para pegawai atasan yang dihukum m4ti oleh Goujian, Fan Li yang merasa terancam bertindak melarikan diri, beliau dilaporkan turut membawa Xi Shi bersamanya.

Goujian meninggal dunia pada sekitar tahun 465 SM dan digantikan oleh anaknya Luying. Kerajaan Yue tidak pernah lagi berjaya mengembalikan zaman kegemilangannya hinggalah kemudiannya Yue ditaklvk oleh Kerajaan Chu bersama dengan Kerajaan Wu yang sekaligus semua aturan mula kembali berdaulat seperti yang sepatutnya walaupun berlaku di tengah-tengah Zaman Negeri-negeri Berper4ng (Warring States) yang kemudiannya menjadi medan penyatuan seluruh negeri-negeri China di bawah kuasa hegemoni Dinasti Qin.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.