Kisah Puteri Santubong Dan Puteri Sejinjang

13,062

Kerajaan kuno di gunungan
Jauh di pedalaman hutan
Makhluk liar berajakan bunian
Segalanya indah dan menawan


Denyutan nadi khatulistiwa

Sarawak, bumi tercinta. 

Langit membiru menadah keagungan. Air terjun memutih, sungai yang deras dan bumi menghijau. Puteri kayangan, penuh keajaipan – turun ke bumi melihat kehidupan seharian manusia, memastikan keharmonian yang berterusan dan kedamaian sejagat. 

Paling menawan di kalangan peri perkasa ialah srikandi terulung, Puteri Santubong dan saudara kesayangan, Puteri Sejinjang. Keabadian digalas, keperibadian yang tinggi, kedua-dua sama cantik dan rupawan. 

Pada suatu hari, Raja Kayangan, memanggil  Puteri Santubung dan Sejinjang ke istana. “Lihat di sana,” kata Raja sambil menuding jari ke cermin ajaib. Tiba-tiba terlihat kesemua kejadian di bumi. “Sesungguhnya manusia bertelagah merugikan semua makhluk lain. Di Pasir Kuning, padi di sawah dibiarkan. Di Pasir Puteh, tenunan tidak terusik. Hentikan pertempuran yang merugikan dan tidak bermakna itu. Rebutkan tanah tiada kesudahannya. “

“Tetapi ingat, jangan sehingga berbalah kekuatan sesama sendiri – nanti bala menimpa, dan anakanda puteri berdua tidak dapat pulang ke kayangan ini.”

Santubong dan Sejinjang kemudian memakai baju lelayang dan meluncur di angin turun ke bumi. Dari pandangan di awangan, Puteri Santubong melihat huru-hara dan kemarahan yang bertali-arus. Puteri Sejinjang mendengar segala tempik sorak di bumi. 

Pasir Puteh hancur dek peperangan berterusan. Orang kampung, penenun berzaman, kini membiarkan tenun berharga tersadai di bawah tangga.  Pasir Kuning yang dulunya kaya dengan sawah padi, kini padang jarak padang tekukur. Penduduk kampung memilih untuk berebut sempadan. 

Ibu dan anak menangis hiba ketika keris dan pedang bertempur. 

***

Semua seteru dengan tiba-tiba melihat chahaya di awang-awangan. Puteri Santubung yang anggun dan Puteri Sejinjang yang jelita itu menghampiri mereka. Kris dan parang jatuh di tengah medan perjuangan. 

Apabila kedua puteri berkata-kata, semua yang hebat berperang tiba-tiba tunduk malu.  Santubong menasihati penduduk kampung pulang ke rumah dan keluarga mereka. Kesemuanya melihat tenun pecah dan sawah padi terbengkalai di belakang rumah. 

Isteri dan anak-anak pula, keluar dengan harapan bapa mereka pulang ke rumah.  Akhirnya mereka semua kembali membina semula keluarga. Perkampungan aman sentosa. Perdagangan bertambah rancak. Santubong dan Sejinjang, dihormati oleh semua rakyat jelata. 

Santubong menjaga kebajikan Pasir Puteh, yang semakin lama semakin makmur. Puteri Santubong akhirnya jatuh cinta dengan seorang putera. Tidak dijangka, Sejinjang juga telah menjadi kekasih kepada putera yang sama.  

Santubong, yang sebelum ini telah mendedahkan isihatinya kepada Sejinjang, merasa dikhianati. Dia pun melangkah ke Pasir Kuning di tengah-tengah pesta menuai dan menuduh saudara kandungnya pengkhianat. 

Rakyat  ketakutan melihat Puteri Santubong dan Sejinjang  bertarung antara satu sama lain dalam kemarahan. 

Tujuh hari petir dan halilintar 
Dahsyat sabung menyabung
Bumi bagai digegarkan dipaksinya

Sejinjang pula membalas serangan Santubong bertubi-tubi. Raja Dewa terjaga dari lamunan. Kekecohan di bumi telah mengganggunya.  “Tak ingatkah pesanan ku, Santubong dan Sejinjang?” Raja Kayangan bertempik. Namun semua sudah terlambat. Sumpahan sudah tidak dapat dielakkan lagi. 

Santubong tiba-tiba tidak dapat menggerakkan kakinya lagi.  Sejinjang pula melarikan diri dari gunung – malu pada Raja Kayangan dan hanya berhenti menangis di tepi laut apabila tiba-tiba menyedari dia tidak dapat bergerak lagi. 

Gunung-ganang perlahan-lahan menyelubungi Santubong. Dan darah dari luka Sejinjang menjadi pulau. Ditakdirkan untuk menjadi raja-raja besar menjaga keamanan di dunia, Puteri Santubong, Puteri Sejinjang hanya kini tinggal kenangan. 

Puteri Santubong, Puteri Sejinjang 
Penjaga Gunung Negeri Sarawak 
Mana sik ada yang boleh dilawan 
Anak pak dewa turun Kayangan

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.