Tanggungjawab harus diutamakan dalam setiap syarikat, tidak kira jenis industri. Peringkat atasan dan bawahan berkongsi amanah tersebut, yang mencerminkan tanggungjawab syarikat.

Sektor logistik hari ini menumpang rahmat daripada arus globalisasi yang menghubungkan dunia tanpa sempadan.

100 tahun lalu, barangan Amerika Syarikat tidak mungkin boleh tiba di Tanah Melayu melalui satu pesanan daripada sebuah rumah kampung.

Tetapi hari ini, kemustahilan sudah menjadi kenyataan dengan Amazon misalnya menerima tempahan antarabangsa.

Logistik bergantung pada penghantar barangan yang sebenarnya posmen versi dinaiktaraf. Jika dulu posmen menghantar surat, mereka menjadi perantara untuk barangan.

Asalnya tempahan hanya boleh dibuat menggunakan telefon sahaja. Hari ini Internet menyediakan platform untuk tatapan produk dan pembayaran atas talian.

Semuanya bagaikan mengalir sangat licin, terkekang hanya akibat halangan kerajaan antarabangsa sahaja.

Pengguna menikmati manfaat yang luar biasa. Tetapi ada satu masalah di sebalik nikmat ini, yang semakin jelas apabila COVID-19 melanda.

Amazon sebagai contohnya menerima tempahan terlalu banyak pada musim ini. Jadi gergasi berkenaan ingin mengambil 100,000 pekerja baharu (Selyukh, 2020).

Instacart yang menghantar barangan runcit pula mahu mengambil 300,000 pekerja baharu (O’Brien, 2020). Kedua-dua gergasi mahu pekerja baru bagi memenuhi permintaan yang melonjak.

Walau bagaimanapun, pekerja-pekerja sedia ada tidak berpuas hati.

Mereka kemudian melancarkan mogok untuk menuntut 1) gaji semasa cuti sa-kit, 2) penutupan gudang untuk tujuan pembersihan (apabila tutup, gaji berjalan) dan 3) gaji penghantar barangan dinaikkan sebagai bukti syarikat menghargai golongan dianggap wira (Selyukh & Bond, 2020).

Bukan Amerika Syarikat sahaja yang sedang berdepan dengan isu sebegini. United Kingdom tidak terkecuali.

Pekerja Royal Mail ialah sebuah syarikat yang selalu mengadakan mogokan.

Bagaikan sudah menjadi tradisi, kerana syarikat mungkin tidak memenuhi kehendak pekerja. Tetapi dengan keadaan COVID-19, mereka menuntut sanitasi untuk menjaminkan kesihatan setiap pekerja.

Mereka cuma hairan dengan pelaksanaan sanitasi syarikat. Apabila seorang pekerja didapati positif COVID-19, van digunakan terus dibersihkan syarikat Clean Safe.

Tetapi bangunan Royal Mail itu sendiri dibersihkan oleh seorang anggota sanitasi yang memegang kain dan botol penyembur (Lynch, 2020).

Kebersihan ialah isu utama. Satu masalah yang menimpa Brazil kali ini ialah kebajikan pekerja. São Paulo sebagai contohnya sedang tenggelam dengan masalah buruh sebegini.

Ramai dalam kalangan pemandu logistik bekerja selama sembilan jam sehari tanpa masa untuk makan petang apatah lagi cuti mingguan. Mereka bekerja untuk syarikat seperti iFood, James, Loggi, Rappi dan UberEats.

Setelah sekian lama, mereka akhirnya hilang sabar dan melancarkan mogok terhadap pengurusan yang terlalu men-indas (Mural, 2020). Majoriti melaporkan pendapatan terjejas sepanjang COVID-19.

Masalah Dalam Negara

Teknologi Internet telah membawa arus pendigitalisasian yang memudahkan pembelian secara atas talian.

Rakyat Malaysia bergantung pada syarikat penghantar barangan untuk melengkapkan pesanan ini. Salah satu syarikat ialah J&T, yang didakwa mengurangkan gaji pekerja baru-baru ini (Palansamy, 2021).

Sektor logistik memang sangat mencabar. Barangan terlalu banyak hingga melimpah perlu disusun mengikut zon penghantaran.

Setelah kosong, deruman lori melimpahkan semula kawasan penurunan barang. Inilah pusingan tanpa henti yang menggerakkan jentera logistik. Tetapi punca utama jentera ini bergerak ialah kepercayaan orang ramai.

Apabila J&T terpalit dengan dakwaan barangan dirosakkan, ini benar-benar menguji integriti operasi. Malah J&T sendiri tidak boleh menafikan tentang hal ini, kerana Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (MCMC) telah mengeluarkan amaran terhadap J&T.

MCMC menggesa supaya J&T cepat memperbaiki prosedur pengurusan barangan (Hakim, 2021).

Terlalu banyak dakwaan dibuat terhadap J&T.

Bukan setakat berlaku kasar terhadap kotak. Ada yang mendakwa bungkusan mereka dibuka. Sikap tidak profesional sebegini telah melanggar asasi amanah bawahan dan atasan yang mencerminkan tanggungjawab syarikat.

Topik perbualan panas di Internet pula menyentuh tentang pengurangan komisyen, satu-satunya justifikasi mudah sekalipun gagal mewajarkan tindakan pekerja J&T.

Tujuh daripada pekerja J&T telah membuat permohonan maaf, dengan syarikat menafikan isu dalaman dan pengurangan gaji – malah tiada mogokan langsung, menurut J&T (Fuad, 2021).

Jika benar, tentu sekali orang ramai boleh menghela nafas lega. Tetapi melihat keadaan semasa, ini mungkin memakan masa… tambah pula orang ramai berhijrah ke J&T untuk mengelakkan masalah logistik bersama PosLaju.

Apa yang pasti, J&T telah membuat penafian. Dan sekarang syarikat perlu memastikan itulah penafian terakhir bagi tempoh akan datang.

RUJUKAN:

Fuad, F. (2021, Februari 7). Tujuh pekerja J&T Perak baling barang mohon maaf. Berita Harian.

Hakim, H. (2021, Februari 10). “Improve Handling Procedures or Face RM300,000 Fine”, MCMC issues warning to J&T after viral incident. The Rakyat Post.

Lynch, D. (2020, April 8). Didcot postmen walk out on (ditapiskan) due to coronavirus safety worries. Oxford Mail.

Mural, A. (2020, November 10). Brazilian food delivery drivers (ditapiskan) against employers, citing poor working conditions. Global Voices.

O’Brien, S.A. (2020, Mac 23). Instacart plans to hire 300,000 more workers as demand surges for grocery deliveries. CNN Business.

Palansamy, Y. (2021, Februari 7). Courier company J&T Express explains staff’s (ditapiskan) handling of parcels caught on viral video (VIDEO). Malay Mail.

Selyukh, A. (2020, Mac 16). Amazon to Hire 100,000 Workers to Meet ‘Surge in Demand’. NPR.

Selyukh, A., & Bond, S. (2020, Mac 30). Amazon, Instacart Grocery Delivery Workers Demand Coronavirus Protection and Pay. NPR.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.