Komunisme telah meninggalkan suatu legasi pahit untuk diharungi sehingga hari ini. Walaupun Kesatuan Soviet telah jatuh, badinya masih lagi ada.

Kejatuhannya meninggalkan sebuah dunia unipolar dimana semua menuruti tapak Amerika Syarikat dalam pengimarahan demokrasi, globalisme dan kapitalisme.

Ia merapatkan silaturahim sesama negara, sekaligus memudahkan koronavirus.

Bagi Peru pula, kesan komunisme sebenarnya meruncing sedikit berbeza. 17 Mei ialah tarikh yang sangat penting dalam sejarah Peru.

Republik Amerika Selatan ini bergolak dengan sebuah pep3r4ngan saudara yang berlarutan sehingga hari ini.

Ia bermula apabila Shining Path dan Túpac Amaru Revolutionary Movement bertindak untuk member0ntak kuasa kerajaan Peru pada 17 Mei 1980.

Pep3r4ngan ini menyuburkan tanah untuk menabur benih koronavirus. Ratusan ribuan orang terpaksa lari daripada kawasan-kawasan kampung dimana dua organisasi komunis tersebut bermaharajalela (Albertus, 2020). Dan jumlah besar ini mencuba nasib di ibu negara Lima, untuk hidup dalam keramaian tanpa akses kesihatan yang baik.

Kawasan-kawasan penempatan pelarian sebeginilah yang menjadi zon-zon merah semasa koronavirus melanda.

Dan pada 15 Mei 2020, statistik koronavirus Peru telah memintas China (The Santiago Times, 2020), negara asal kedatangan virus ini yang angka laporannya masih lagi dalam keadaan musykil (Davidson, 2020).

Pihak berkuasa juga tidak mampu untuk mengusahakan penjarakkan sosial atas cara hidup di Peru. Sebuah perintah kawalan pergerakan 15-hari diisytharkan bermula 16 Mac.

Ramai dalam kalangan pelancong Amerika, Australia, British, Israel dan Mexico turut terkandas kerana pembatalan automatik semua penerbangan. Dan tiada siapa dibenarkan keluar selepas 8 malam hingga 5 pagi.

Seorang lelaki dikepung 12 kereta polis sebelum ditangkap hanya kerana membuang sampah di luar waktu.

Orang lelaki hanya dibenarkan keluar pada Isnin, Rabu dan Jumaat. Manakala perempuan pula diberikan izin bagi hari Selasa, Khamis dan Sabtu.

Kedua-dua ini hanya atas urusan makanan, ubat dan perbankan. Tiada siapa dibenarkan keluar hari Ahad.

Semua usaha yang dilaksanakan Peru gagal menghalang kemaraannya dalam rajah statistik. Dan kluster paling besar mereka bertempatkan di sebuah kedai buah dimana 80% peniaga didapati positif.

Kebolehjangkitan di lima kedai barangan basah lain pula didapati dalam lingkungan 50%. Dan Presiden Martín Vizcarra tidak dapat menutup kedai ini untuk mengekalkan jaminan makanan.

Hanya pihak pertahanan dan polis sahaja boleh dihantarnya untuk mengawal keadaan dengan cara pengambilan suhu setiap orang.

Apa yang Peru cuba halang malangnya berlaku. Kuarantin tidak berkesan langsung, kerana pusat penularan berada di tempat yang dibenarkan – kedai barangan basah.

Dan Peru dijangka melepasi paras 100,000 positif dalam sehari lagi selepas memintasi China. Kadar kem4tian pun berada dalam lingkungan 2,648 orang pada 17 Mei.

Dengan kadar semasa, tidak pelik pun jika Peru tenggelam dengan jumlah 200,000 orang sebelum masalah ini benar-benar selesai. Mungkin Peru boleh berasa bangga dengan pengendalian Vizcarra.

Berbeza dengan Presiden Andrés Manuel López Obrador (Mexico) dan Jair Bolsonaro (Brazil), Martín Vizcarra, Presiden Peru tidak memperlekehkan koronavirus.

Selepas mendapati punca penularan sebenarnya berpusat di kedai-kedai barangan basah, Peru hanya perlu bertindak lebih drastik lagi dengan mengamalkan penjarakkan sosial, kebersihan tangan dan pemakaian pelitup sepenuhnya – mungkin dengan pihak ketenteraan sebagai perantara rakyat dan perniagaan.

Vizcarra sudahpun mengumumkan bahawa semua pekerja terlibat di kedai zon panas perlu digantikan. Buat masa sekarang, hanya masa saja dapat menyelesaikan masalah.

RUJUKAN:

Albertus, M. (2020, Mei 15). Peru’s civil w4r left it vulnerable to the p4nd3mic. Retrieved from (Request Link).

Davidson, H, & Beaumont, P. (2020, April 23). China coronavirus cases may have been four times official figure, says study. The Guardian. Retrieved from https://www.theguardian.com/world/2020/apr/23/china-coronavirus-cases-might-have-been-four-times-official-figure-says-study

The Santiago Times. (2020, Mei 16). COVID-19 cases surpass 84,000 in Peru. Retrieved from https://santiagotimes.cl/2020/05/16/covid-19-cases-surpass-84000-in-peru/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.