Ini bukan pemain gitar bass kumpulan Malaikat Maut yang ‘kokak’ kepala itik serati dalam filem Rock Oo itu ya. Orang dalam gambar ini merupakan salah seorang lagenda Rock terkemuka dengan imej yang paling ganas, brutal, gruesome, iaitu Ozzy Osbourne, yang dulunya merupakan vokalis kumpulan Black Sabbath.

Pada 20 Januari 1982, di konsert di Des Moines, Iowa, penyanyi kumpulan Black Sabbath, Ozzy Osbourne telah mengg!git seekor kelawar hingga terpvtus kepalanya. Memetik kenyataan dari biografi Black Sabbath: Symptom Of The Universe, Osbourne menyangkakan kelawar itu kelawar mainan sehinggalah dia tersedar apabila sayapnya mulai mengepak-ngepak. Namun penonton yang bertanggungjawab melempar kelawar itu ke atas pentas, Mark Neal mengatakan kelawar itu telah mati sebelum Osbourne mengambilnya.

Neal yang berusia 17 tahun pada tahun 1982, mendedahkan bahawa dia membawa kelawar ke konsert Ozzy Osbourne dengan meletakkannya di dalam beg plastik kemudian melemparkannya ke pentas. Ozzy mula gelisah apabila menyedari kepala kelawar itu telah putus dan dikeluarkan dari mulutnya yang telah ‘kokak’ kelawar tersebut. Selepas tamat persembahan, dia terus pergi ke hospital tempatan untuk mendapatkan suntikan rabies.

Sebenarnya kelawar bukanlah haiwan pertama yang kehilangan kepalanya akibat ‘kokakan’ Osbourne. Hanya satu tahun sebelum itu dalam pertemuan dengan eksekutif CBS Records, Osbourne didakwa telah mengg!git sampai putvs kepala bukan satu, tetapi dua, merpati hidup, perkara ini didedahkan penulis Black Sabbath sendiri iaitu Mick Wall, yang pernah bekerja sebagai penerbit untuk kumpulan itu.

Wall menulis bahawa Osbourne telah merancang untuk melepaskan tiga ekor merpati ke udara sebagai gimik pada pertemuan itu tetapi dia telah m4buk sebelum pertemuan berlangsung dan ditambah lagi dengan kemarahan beliau terhadap seorang PR dari label itu.

Wall berkata Osbourne memberitahunya bertahun-tahun selepas fakta itu:

“Aku mengeluarkan salah seekor daripada burung mrpati dari sangkarnya dan mengg!git kepalanya hingga pvtus hanya untuk mendiamkan bunyi dia yang bising, kemudian aku melakukannya lagi dengan burung merpati yang seterusnya, kemudian aku meludahkan kepala merpati itu ke atas meja. Sebab itulah mereka menghalau aku keluar. ”

Jadi kita boleh nampak signifikan isu ini:

– Sekali lagi saya tegaskan, arak itu memabukkan lagi menjahanamkan.

– Ozzy Osbourne bernasib baik sebab tak terkena jangkitan virus Corona

– Walaupun Osbourne ni brutal gila, tapi dia tetap mementingkan kesihatan dirinya terlebih dahulu dengan terus mendapatkan suntikan rabies selepas meng’kokak’ kepala seekor kelawar malang.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.