Kisah ini diriwayatkan oleh Ibnu Saad dan ianya berlaku pada tahun Ke-empat Hijrah. Pada ketika itu seorang sahabat Nabi yang bernama Amru bin Umayyah Ad-Dhamri telah memb.unu.h dua orang dari Kabilah Qilab. Dan ketika itu, Rasulullah SAW telah memberi perlindungan kepada Kabilah Bani Qilab ini.

Maka sebagai ganti dari perbuatan itu, baginda SAW telah bersetuju untuk menjatuhi hukuman Diyath ke atas sahabat yang berkenaan. Untuk membayar Diyath ini baginda SAW memohon bantuan daripada Yahudi Bani Nadhir. Dan Yahudi Bani Nadhir bersetuju untuk membantu Rasulullah SAW sebagaimana yang dipersetujui didalam Piagam Madinah.

Pada ketika itu, Rasulullah SAW dan sahabat telah berdiri di tepi dinding atau tembok Bani Nadhir. Dan ketika itu, Yahudi Bani Nadhir merancang sebuah pengkhianatan ke atas Rasulullah SAW. Seorang pemuka Yahudi yang bernama Amru bin Juhash Al-Nadhri berkata: “Aku akan naik ke atas rumah dan aku akan h.em.paskan batu besar ke atasnya.”

Pada ketika itu, Salam bin Miskam telah menegur perbuatan Amru bin Juhash ini dengan mengatakan “Jangan kamu lakukan kerana Allah akan menyampaikan kepadanya tentang apa yang kamu rancangkan dan ini adalah pencabulan perjanjian yang telah kita metrai bersamanya.”

Rancangan jahat Yahudi Bani Nadhir itu telah sampai ke pengetahuan Baginda SAW. Lantas, Rasulullah SAW bingkas bangun dan berlalu pergi dari perkampungan Bani Nadhir itu. Kemudian, Rasulullah SAW mengirim utusan ke perkampungan Bani Nadhir. Pesanan itu berbunyi: “Kamu mesti keluar dari negerimu kerana kamu telah merancang sebagaimana yang telah kamu cuba laksanakan. Aku tempohkan kepada kamu sepuluh hari. Sesiapa di antara kamu yang masih ternampak lagi di Madinah ini akan dip.eng.gal lehernya.”

Mendapat perintah itu, Yahudi Bani Nadhir bersiap untuk keluar dari Madinah.Tiba-tiba datang Abdullah bin Ubai bin Salul kepada mereka dan menyatakan supaya jangan keluar dari negeri ini dan pertahankan perkampungan mereka di dalam kubu-kubu pertahanan mereka. Abdullah bin Ubay juga menjanjikan 2 000 orang tentera yang siap bersama mereka.

Mendengar hal itu,Yahudi Bani Nadhir tidak jadi untuk keluar dari Madinah bahkan mereka melakukan persediaan untuk menghadapi pasukan Muslimin. Rasulullah SAW mula menyediakan pasukan untuk menyerbu perkampungan Yahudi Bani Nadhir. Rasulullah SAW tiba di perkampungan Yahudi Bani Nadhir dan mengepung perkampungan Yahudi Bani Nadhir.

Pemimpin Yahudi Bani Nadhir masih mengharapkan bantuan yang dijanjikan oleh Abdullah bin Ubay bin Salul kepada mereka. Namun, bantuan yang dinanti tidak kunjung jua tiba. Akhirnya,mereka meminta untuk berunding dengan Rasulullah SAW. Mereka meminta agar diberi perlepasan seperti perintah yang diterima mereka dahulu.

Namun, Rasulullah SAW menolak permintaan mereka dan Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka agar membawa keluar nyawa mereka dan harta yang dapat diangkut dengan unta mereka sahaja tidak termasuk dengan senjata. Maka Yahudi Bani Nadhir pun akur dengan perintah itu dan mereka keluar dari Kota Madinah disebabkan pengkhianatan mereka kepada Rasulullah SAW.

RUJUKAN:

Fiqh Sirah – Sheikh Muhammad Said Ramadan Al-Buti (Terbitan Dewan Pustaka Fajar)

Sang Yatim Janji dan Kemenangan yang Dijanjikan – Prof Dr Muhammad Sameh Said

Artikel dikirimkan oleh Muqri Nizam untuk The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Comments are closed.