Sebut saja petugas barisan hadapan, ramai membayangkan pasukan kesihatan, pasukan keselamatan, orang peruncitan dan seumpamanya. Tetapi kita kadang-kadang terlupa bila menguruskan soal pengebumian mangsa Covid-19, penggali kubur juga merupakan petugas barisan hadapan. Dedikasi mereka menguruskan jenazah pesakit walaupun terpaksa bekerja tanpa mengira masa dan memakai pakaian perlindungan diri (PPE) sememangnya mengagumkan.

Atas sebab itulah, sempena sambutan Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1443H baru-baru ini, Roslee Ali, 63, dipilih sebagai Anugerah Tokoh Frontliner. Mengikut keterangan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), beliau bekerja sebagai penggali kubur di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah KL-Karak Taman Selaseh sejak 2011.

Bila ditanya apa yang mendorongnya memilih kerjaya ini, Roslee memberitahu ia didorong oleh keinginannya menziarahi kubur isterinya apatah lagi kawasan perkuburan itu berhampiran dengan kediamannya. Selain itu, beliau juga tidak terikat dengan kekangan waktu bila bekerja. Sebelumnya, semasa bekerja sebagai tukang paip, kadang-kadang Roslee pulang lewat ke rumah walaupun mendapat pendapatan lumayan.

Walaupun sudah mencecah usia 60-an, Allah memberinya kudrat untuk menggali 40 buah liang lahad sehari. Bagi Roslee, apa yang dilakukannya ialah memastikan jenazah diuruskan dengan baik memandangkan perjalanan manusia ke alam barzakh berbeza-beza.

Kebiasaannya, rutin menggali kubur beliau bermula pada jam 7.00 pagi. Tetapi pada satu malam tahun lepas, Roslee menerima panggilan telefon yang memintanya untuk membantu menguruskan jenazah pesakit Covid-19. Pada ketika itu, hatinya tersentuh walaupun sudah biasa menguruskan pengebumian jenazah.

Rajah 1: Roslee mula menggali kubur sekitar 7.00 pagi. Sumber: Astro Awani

Tetapi lama-kelamaan, bila sudah berniat untuk membantu orang, maka menjadi tugasnya untuk memastikan ia dibuat sebaik mungkin. Mungkin kerana niatnya itu, Allah memelihara Roslee daripada dijangkiti pandemik penyakit itu.

Antara cabaran bila menggali liang lahad ialah keadaan tanah yang berbatu dan faktor cuaca. Tetapi dengan pandemik Covid-19, ia menjadi lebih mencabar lebih-lebih lagi bila beliau perlu menyarung PPE dan tidak menghampiri ahli keluarga untuk tempoh tertentu untuk mengelak penularan jangkitan.

Rajah 2: Roslee semasa memakai pakaian PPE

Sejak pandemik bermula, Roslee akan balik pada jam 8.00 malam sebelum mandi dan masuk dalam bilik. Beliau hanya akan keluar untuk makan bersama keluarga dan tidak bercampur dengan anak-anak. Dan Roslee merasa lega apabila mendapat tahu salah seorang anaknya telah menjalani ujian saringan dan disahkan negatif sekaligus menunjukkan beliau tidak membawa pulang jangkitan ke rumah.

Bila ditanya tentang pengalaman memakai PPE semasa bekerja, beliau mengakui ia merupakan satu penyiksaan. Antara kesan yang dapat dilihat selepas memakai PPE ialah berat badannya susut, sentiasa berpeluh dan merasa tidak cukup nafas. Dan ia lebih mencabar apabila terdapat kelewatan semasa menguruskan jenazah. Kelewatan sebegini kadang-kadang memaksa beliau memakai PPE lebih lama.

Bila ditanya tentang pemilihannya sebagai Tokoh Frontliner, baginya, penerimaan anugerah itu lebih kepada mewakili semua petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus bekerja menangani pandemik Covid-19. Bagi Roslee, semua ini tidak akan terhasil tanpa bantuan rakan-rakan penggali kubur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kementerian Kesihatan (KKM), kelompok sukarelawan dan JAWI.

Mengikut rekod Bahagian Pengurusan Dakwah Jawi, sebanyak 3,011 jenazah COVID-19 diuruskan oleh jabatan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT). Daripada jumlah tersebut, 1,660 merupakan jenazah lelaki manakala 1,351 lagi merupakan jenazah wanita.

Selain Roslee, seorang lagi penerima anugerah khas berkenaan ialah Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan, Dr Ismuni Bohari. Bagi anugerah Tokoh Korporat pula, ia dirangkul oleh Pengarah Urusan Ramly Food Processing Sdn Bhd, Datuk Dr Ramly Mokni. Sementara personaliti televisyen dan penulis lirik terkenal Ahmad Fedtri Yahya pula mendapat anugerah Tokoh Pendakwah Kreatif.

RUJUKAN:

Muhamad, Hasimi. (2021). Tokoh Ma’al Hijrah: Niat saya hanya satu, nak uruskan jenazah sebaik mungkin – Penggali kubur. Astro Awani.

Sumber gambar: Astro Awani


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.