Flatland: A Romance of Many Dimensions adalah kisah tentang kehidupan pelbagai bentuk berdua dimensi (2D). Dalam dunia 2D ini, pelbagai spesis yang hidup berasaskan bentuk, dari garis lurus sehinggalah bentuk yang sempurna bulat.

Kisah ini dikarang oleh Edwin A. Abbott, seorang ahli teologi dan paderi dari England. Kemudian karyanya dijadikan dalam bentuk filem. Anda boleh tonton sendiri di YouTube.
Dalam dunia 2D ini, terdapat hierarki berdasarkan bucu yang mereka miliki.

Semakin banyak bucu, semakin tinggi status sosial. Bentuk bulat merupakan penguasa di dunia 2D. Kalau ibu bapa berbucu empat, anaknya akan berbucu lima. Jadi, umumnya, untuk sampai ke bucu paling banyak sehingga dapat bulat memakan banyak generasi.

Watak utama dalam kisah ini ialah Arthur, berbentuk segi empat yang kehidupanya normal dan bekerja di pejabat. Cara makhluk 2D melihat tidak sama dengan cara kita melihat. Disebabkan mereka kurang satu dimensi, penglihatan mereka agak terbatas.

Apabila mereka melihat antara satu sama lain, mereka hanya nampak satu garis lurus. Ibarat kita melihat buku dari bahagianya sisinya (tulang buku). Jarak dekat dan jauh dilihat oleh makhluk dua dimensi ini berdasarkan kecerahan. Kalau rakannya menjauh, kecerahannya semakin malap. Kalau makin dekat, kecerahannya semakin tinggi.

Mahu dipendekkan cerita, suatu hari Arthur didatangi bentuk sfera bernama Spherius. Kita fahami bentuk sfera ialah 3D sama seperti kita.

Apabila Spherius turun ke dunia 2D, Arthur tidak dapat melihat Spherius dalam bentuk sfera, tetapi berbentuk garis lurus juga tetapi yang berbezanya ialah bentuk saiz lilitan (circumference) Spherius berubah-ubah di mata Arthur kerana Spherius bergerak ke atas dan ke bawah di dunia dua dimensi itu.

Kalau kita bayangkan bentuk sfera, kita boleh nampak bentuk sfera dari kutub utara hingga kutub selatan mempunyai lilitan berbeza. Semakin menghampiri kutub, lilitan sfera semakin kecil. Lilitan di garisan katulistiwa merupakan lilitan terpanjang.

Spherius boleh hilang daripada pandangan Arthur sekelip mata sahaja kerana kemampuan Spherius untuk keluar daripada dunia 2D ini. Hal ini yang mengejutkan Arthur kerana makhluk-makhluk bulatan lain tidak bersifat seperti itu. Arthur tidak dapat bayangkan bagaimana sifat kejadian Spherius kerana sifatnya 2D yang terbatas.

Makhluk bulat tidak boleh berubah saiz lilitan dan tidak mampu hilang sekelip mata. Tetapi Spherius berbeza.

Setelah Spherius datang bertemu Arthur, dia membawa Arthur ke dunia 3D. Di dunia 3D, barulah Arthur dapat melihat Spherius sepenuhnya dalam bentuk sfera, lalu menganggap Spherius seperti dewa kerana bentuk bulatannya yang amat sempurna.

Kejadiannya lebih sempurna daripada mana-mana makhluk dua dimensi yang pernah dia jumpa. Tujuan utama Spherius bertemu dengan Arthur ialah untuk membawa mesej kepada dunia 2D akan kewujudan dunia 3D. Umumnya, Arthur dianggap sebagai penyampai (messenger) ataupun nabi kepada Spherius.

Di dunia 3D, Arthur menyedari bagaimana makhluk 3D melihat makhluk-makhluk dunia 2D iaitu mereka (makhluk 3D) dapat melihat rangka dan organ tubuh makhluk 2D. Makhluk 3D dapat melihat segala perbuatan makhluk 2D tanpa pengetahuan makhluk 2D itu sendiri.
Sembunyi di mana-mana pun, makhluk 3D tetap boleh nampak.

Apa yang dituturkan oleh makhluk 2D, didengari oleh makhluk 3D tanpa pengetahuan makhluk 2D. Makhluk 3D boleh muncul bila-bila masa dan di mana-mana sahaja secara tiba-tiba tanpa amaran di dunia 2D. Arthur mula menyedari betapa tidak sempurnanya dia kerana berbentuk leper dan hanya mempunyai satu mata leper.

Hal ini dapat anda bayangkan seperti permainan video Pac-Man yang 2D. Anda 3D dapat mengetahui di mana hantu bersembunyi. Dapat tahu makanan di mana. Kalau anda jadi Pac-Man, anda takkan tahu di mana benda-benda ini semua berada kerana keterbatasan sebagai makhluk 2D.

Arthur pernah meminta Spherius membawanya ke dunia empat dimensi (4D) ataupun lima dimensi (5D), tetapi Spherius menyanggah dimensi itu tidak wujud dan mustahil untuk wujud. Hal ini sama speerti apa yang berlaku di dunia Arthur yang 2D. Semua makhluk 2D tidak mempercayai adanya makhluk yang lebih tinggi dimensinya daripada mereka.

Sehinggakan, ketika Arthur membawa risalah 3D, dia dihukum penjara oleh penguasa 2D.
Sekiranya makluk dimensi lebih tinggi dari 3D turun ke Bumi, kita tidak akan faham bagaimana sifat kejadiannya sama seperti Arthur yang tidak dapat faham bagaimana sifat kejadian Spherius. Kita hanya dapat memahami apabila kita sendiri diangkat atau naik ke dimensi tinggi untuk melihat makhuk tersebut.

Kalau sifat kejadian kita lebih tinggi dimensinya daripada makhluk-makhluk lain, kita mempunyai kemampuan yang tidak dapat dibayangkan pun oleh mana-mana makhluk yang rendah dimensinya daripada kita.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.