Kalau lihat perkembangan sosial semasa, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia melemparkan suara yang berbunyi keras. Sesiapa yang enggan berbahasa Melayu (atapun sekurang-kurangnya faham bahasa Melayu) tidak layak untuk menetap di Malaysia.

Secara amnya, hujah tersebut berkiaskan keluar jika tidak suka dengan warisan Melayu. Dan rakyat keramaian tidak tuju terhadap semua minoriti pun – hanya khusus kepada yang lantang tidak bertempat iaitu golongan kuat mempersoalkan, mempertikaikan dan mempersendakan apa-apa saja berkaitan Melayu.

Perkara ini bukanlah satu perkara yang baharu. Status Islam, kedudukan monarki dan keistimewaan Bumiputera telah lama dicemuh, lebih-lebih lagi dengan adanya Melayu yang mengangguk. Dari segi perubatan, kanser perlu dibuang sebelum menjadi lebih parah. Secara sosial pula, perkara serupa pernah dibuat.

Hari ini seberapa ramai yang mengenali Lim Lian Geok? Nama ini mungkin telah ditelan zaman bagi sesetengah pihak. Melayu lebih mengenali Ong Boon Hua berbanding Lian Geok. Untuk memahami peranannya, haruslah diteliti dahulu sebuah pusat pro-vernakular di Kuala Lumpur. Terletak di Jalan Maharajalela, Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG (akronim sempena namanya) mendirikan sebuah tugu yang sedang melihat ke arah Dataran Merdeka.

Tugu ini melambangkan peringatan untuk Lian Geok yang mempunyai dua sisi dalam sejarah: (1) pemelihara institusi (menurut pro-Cina) dan (2) penghasut tegar yang menyusahkan negara. Lian Geok ini sebenarnya manifestasi kepada masalah yang menghantui negara sampai sekarang. Pengalamannya sebagai guru di sebuah sekolah Cina Confucius telah memangkinkan akar perjuangan demi guru-guru bergaji rendah.

Dan pada tahun 1951, beliau merupakan antara yang mengasaskan Dong Jiao Zong. Cadangan British untuk menubuhkan sistem pendidikan negara (Penyata Barnes 1951) di Tanah Melayu yang lebih cenderung dengan unsur-unsur tempatan ditentang habis. Matlamat British pun jelas – sistem ini diniatkan untuk menyelaraskan pendidikan negara tanpa memerlukan sekolah-sekolah vernakular. Bahasa Melayu dan Inggeris pun diutamakan bagi kepentingan masa depan. Dan apabila bangsa Cina menentang, British pun akur dengan membuka tawaran tiga bahasa pula.

Kegagalan Penyata Barnes 1951 ini turut juga berlaku pada ambang kemerdekaan. Jika sebelum ini dahi British berkerut memikirkan penyelesaian, masalah ini kemudian dijadikan perhatian Tun Abdul Razak selaku Menteri Pendidikan. Dengan matlamat yang sama, beliau mengorak langkah kedua yang dikenali sebagai Penyata Razak pula.

Penyata Razak dipautkan sebagai penyelesaian berkompromi daripada Penyata Barnes dan Penyata Fenn-Wu (yang disokong minoriti). Bahasa Melayu dijadikan pengantar, sambil mengutamakan pendidikan bahasa-bahasa lain pun. Cuma di peringkat pendidikan menengah, hanya Melayu atau Inggeris sahaja diutamakan. Penyata ini kemudian digelar sempena nama Rahman Talib pula.

Seperti yang boleh dijangka, Lian Geok menentang Penyata Rahman Talib ini kerana mewajibkan persekolahan menengah diajar dalam pengantar Melayu atau Inggeris (LLG, 2013). Perjuangan Lian Geok yang bersalutkan kesamarataan juga mempunyai dakwaan-dakwaan ng3ri, bahawasanya dia bergiat mengh4sutkan rakyat benci terhadap Yang Di-Pertuan Agong dan kerajaan (Perak Today, 2011).

Akibat tindakan-tindakannya, Kementerian Dalam Negeri yang diketuai Senator Leong Yew Koh sendiri membuat tindakan drastik. Kerajaan telah membatalkan kewarganegaraan bagi Lim Lian Geok, suatu tamparan hebat terhadap semangat pro-Cina. Meskipun dibatalkan, Lian Geok masih dibenarkan tinggal di Malaysia sehingga ke akhir hayat. Majlis pengebumiannya disertai 10,000 orang Cina.

Walaupun telah lama pergi, kesan daripada perjuangan Lian Geok masih boleh dilihat. Memandangkan Lian Geok masih ada di Malaysia selepas dilucutkan kewarganegaraan, pengaruhnya dalam Dong Jiao Zong tentu sekali kuat. Pada tahun 1975, Dong Jiao Zong telah menentang arahan supaya UEC dibatalkan. Bukan itu sahaja ditentang – Dasar Kebudayaan Negara dan Rancangan Sekolah Integrasi pun ditolak juga.

Penentangan perlantikan guru-guru bukan berbahasa Cina pada 1987 pula telah memangkinkan Operasi Lalang. Dan sampai hari ini, apa yang berubah? Tidaklah terlampau untuk katakan bahawa roh dalam sosok tubuh Dong Jiao Zong ialah Lim Lian Geok sendiri.

Baik atau buruk, biarlah realiti membicarakannya. Malaysia perlu bersatu. Penentangan Melayu terhadap Lian Geok bukanlah dalam rekabentuk perkauman pun sebenarnya. Lian Geok tidak dibenci kerana namanya Lian Geok. Sejujurnya tidak tepat pun untuk mengatakan Lian Geok dibenci Melayu.

Cuma mengaplikasikan perjuangan Dong Jiao Zong dalam naratif moden, mempersoalkan Jawi misalnya sangatlah tidak profesional sepertimana menggunakan laras bahasa Cina dalam industri pekerjaan.

RUJUKAN:

LLG. (2013, December 19). Summary of Lim Lian Geok’s Struggle. Retrieved from https://llgcultural.com/en/summary-of-lim-lian-geoks-struggle/

Perak Today. (2011, May 31). Apakah kita masih buta? Retrieved from https://peraktoday.com.my/2011/05/apakah-kita-masih-buta/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.