Menurut sumber tradisi, kota Rome ditubuhkan oleh Romulus pada kurun ke-8 Sebelum Masehi. Sejarahwan Rom yang bernama Livy mencatatkan bahawa kota Rome membangun dengan pantas dan membentuk pertahanan yang ampuh sehingga mampu menahan s3r4ngan suku-suku lain di sempadan.

Namun pada waktu itu, 4nc4man utama Rome bukanlah datang dari luar, sebaliknya dari dalam. Para pengikut Romulus kebanyakannya lelaki. Walaupun kian lama populasi kota Rome kian bertambah, populasi wanita dalam kalangan mereka agak sedikit.

Keadaan ini melahirkan kebimbangan kalau-kalau kemegahan Rome hanya dapat bertahan selama satu generasi tanpa legasinya dapat diwariskan.

Pada mulanya, warga Rome cuba menjalinkan persekutuan dan memohon hak perkahwinan daripada suku-suku jiran mereka. Perutusan demi perutusan dihantar, namun semuanya berakhir dengan kegagalan kerana kesemua suku itu berasa tiada kepentingan untuk membantu warga Rome.

Ada pula yang berasa khuatir kalau-kalau pertumbuhan kuasa Rome bakal meng4nc4m kedudukan mereka kelak. Lantaran menerima reaksi sedemikian rupa, Romulus pun mengambil tindakan yang lebih drastik demi menjamin masa hadapan kotanya.

Romulus menyaksikan penculikan gadis-gadis Sabine

Kisah dimulakan dengan sebuah keraian yang dikenali sebagai Consualia. Menurut Plutarch, keraian tersebut diasaskan oleh Romulus sendiri. Kononnya, Romulus pernah menemukan sebuah altar yang tersembunyi di bawah tanah, dibina sebagai dedikasi buat dewa Consus, iaitu dewa nasihat atau Penunggang Neptune.

Bagi meraikan penemuannya itu, Romulus pun mengasaskan Consualia, iaitu satu hari keraian yang dipenuhi dengan upacara sembah k0rb4n serta permainan dan pertunjukan awam.

Romulus turut menjemput suku-suku jiran untuk bertandang ke Rome dan menyertai keraian tersebut. Salah satu suku jiran yang memenuhi undangan itu adalah suku Sabine. Menurut Livy, kesemua warga Sabine, termasuk wanita dan kanak-kanak, datang mengunjungi kota Rome.

Dalam keraian tersebut, Romulus menyiapkan satu isyarat buat warga Rome yang apabila isyarat itu dilakukan, mereka diperintahkan supaya menerpa dan mencvlik gadis-gadis sunti Sabine.

Menurut Plutarch, hanya dara pingitan sahaja yang dicvlik, kecuali Hersilia yang sudah pun berkahwin. Tambah beliau lagi, pencvlikan wanita-wanita Sabine ini tidaklah dilakukan atas dasar nafsu syahwat sebaliknya kerana keinginan yang kuat untuk menjalinkan persahabatan dengan suku tersebut

Sebahagian lukisan tentang peristiwa pencvlikan ini menggambarkan ada gadis Sabin yang rela menerima.

Akan tetapi, tindakan ini hanya menyalakan api p3p3rangan antara warga Rome dan suku Sabine yang tentunya naik berang apabila anak-anak dara mereka diambil secara paksa. Selepas habis kesemua sekutu Sabine ditewaskan, Rome mendepani suku Sabine itu sendiri.

Namun pada waktu itu,gadis-gadis sunti Sabine sudah pun menerima nasib mereka sebagai isteri warga Rome dan masing-masing berdukacita dengan pep3r4ngan yang berlangsung antara dua pihak itu.

Maka, dalam salah sebuah pert3mpvran yang tercetus, gadis-gadis Sabine berdiri di tengah-tengah medan dan memujuk suami mereka di barisan Rome dan ayah serta saudara-mara mereka di barisan Sabine supaya meleraikan perg4dvhan dan menghentikan pep3r4ngan.

Mereka turut menyalahkan diri sendiri sebagai punca pep3r4ngan dan lebih rela m4t1 daripada melihat pertumpahan d4r4h berlaku antara suami dan keluarga mereka.

Dek terkesan dengan kesungguhan mereka, pasukan Rome dan Sabine pun meleraikan pers3ngk3taan dan memeterai perjanjian damai. Mereka kemudian bersatu di bawah panji Rome sekaligus meneguhkan lagi kekuasaan dan pengaruh kota itu.

RUJUKAN:

Wu Mingren. (2 Februari 2015). The Rape of the Sabine Women. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/news-history/rape-sabine-women-002636


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.