Kisah Nigel: Si Burung Yang Bertepuk Sebelah Sayap

1,031

Pernah tak kau tunggu bertahun-tahun untuk seseorang yang kau suka tu, sukakan kau balik? Kau dah buat macam-macam untuk dia. Kau usaha bertahun-tahun untuk mendapatkan dia. Tapi hasilnya menghampakan. Ini kisah cinta burung bernama Nigel yang “bertepuk sebelah tangan / sayap”.

Nigel adalah nama yang diberikan kepada seekor burung laut dikenali sebagai Australasian Gannet. Nama saintifik bagi burung ini ialah Morus serrator.

Peta sebaran Australasian Gannet

Untuk bertahun-tahun lamanya, Nigel menetap bersendirian di kawasan tebing Pulau Mana.

Pulau yang terletak berhampiran New Zealand ini tidak berpenghuni dan tanpa pemangsa. Seterusnya menjadikan ia lokasi yang sesuai dijadikan kediaman bagi Morus serrator.

Sedikit sejarah mengenai Pulau Mana, pulau ini pada suatu ketika dahulu pernah menjadi kediaman kepada ribuan burung Australasian Gannet.

Namun setelah lokasi ini diserang oleh haiwan perosak yakni tikus, kesemua burung mula tinggalkan pulau ini untuk mencari kediaman baru.

Sepasukan saintis dan sukarelawan kemudian menjalankan usaha bagi menghapuskan populasi haiwan perosak tersebut, melalui kaedah perangkap dan taburan racun tikus.

Akhirnya populasi tikus berjaya dibasmi sepenuhnya.

Seterusnya, saintis ingin membuatkan supaya burung Australasian Gannet ini kembali menjadikan Pulau Mana ini kediamannya.

Sebagai langkah dan usaha pemuliharaan Pulau Mana, pada tahun 1997, 80 buah (ekor) replika burung yang diperbuat daripada konkrit telah diletakkan di pulau tersebut.

Ini dilakukan bagi menarik perhatian atau mengumpan Australasian Gannet untuk kembali menetap di pulau tersebut.

Mengapa saintis letakkan replika burung konkrit?

Ini kerana burung akan menetap di suatu lokasi itu sekiranya terdapat burung lain di lokasi tersebut.

Aku bagi analogi mudah kita nak pilih restoran tempat untuk kita makan.

kalau restoran tu ramai orang, kita cenderung untuk berfikiran bahawa masakan di restoran tu sedap.

Selain daripada replika konkrit, saintis turut memasangkan sistem pembesar suara yang dikuasakan oleh panel solar untuk memainkan panggilan dan bunyian burung kosa bagi menarik perhatian burung ini.

Untuk tampak lebih realistik, pasukan saintis dan sukarelawan turut mengecat batu dan kawasan berhampiran replika konkrit itu bagi menyerupai kesan tahi burung.

Akhirnya, selepas 20 tahun iaitu pada tahun 2013, seekor burung Australasian Gannet “termakan umpan” dan ia adalah Nigel.

Nigel adalah Morus serrator pertama yang kembali menjadikan Pulau Mana sebagai kediamannya dalam masa 40 tahun.

Untuk beberapa tahun lamanya, Nigel hidup bersendirian di pulau tersebut.

Terbaru: Fiksyen Mahakarya

Kesunyian ini lama kelamaan telah membuatkan Nigel “jatuh cinta” dan memilih salah satu daripada burung konkrit tersebut untuk dijadikan pasangan.

Dalam masa itu juga, saintis dan sukarelawan hanya memerhatikan sahaja kelakuan Nigel yang tanpa penat lelah mencuba untuk memikat pasangannya yang “berhati batu” itu.

Nigel turut diperhatikan membina sarang demi untuk memikat pasangannya. Sarang itu diperbuat daripada dedaun, rumpai laut dan ranting-ranting yang telah dikumpulkan oleh Nigel.

Tahun demi tahun terus berlalu..

Nigel seringkali dilihat mencuba untuk merapikan bulu dan cuba berkomunikasi dengan batu yang tidak berperasaan itu dalam usaha untuk memikatnya.

Tanpa disedari Nigel, cintanya itu tidak berbalas..

Beberapa tahun kemudian, pada suatu hari, kesunyian Nigel terubat seketika setelah seekor lagi burung Australasian Gannet datang ke pulau tersebut.

Tetapi ia burung jantan. Kumpulan saintis menamakannya Norman.

Dua ekor burung jantan sudah tentulah tidak boleh membiak kan.

Sehubungan itu, mereka berbuat keputusan untuk mengecat semula replika burung konkrit untuk mengembalikan warnanya.

Mereka juga menukar rakaman kepada panggilan dan bunyian burung Australasian Gannet yang baru, serta mengalihkan pembesar suara ke lokasi yang lebih tinggi di atas bukit.

Usaha ini membuahkan hasil kerana tidak lama kemudian, pada Disember 2017, 3 ekor burung kosa lain telah datang ke pulau tersebut.

Saintis dan sukarelawan terlibat mengharapkan supaya Nigel bersosial dan membiak dengan kumpulan burung yang baru tiba itu.

Bagaimanapun, sebagai boyfriend yang setia, Nigel enggan meninggalkan pasangannya dan sentiasa berada di sisi burung konkrit itu.

Nigel berada di atas manakala 3 ekor yang lain berada di bawah.

Komitmen Nigel dalam hubungan “cinta” ini dibuktikan apabila pada satu hari, ia ditemui m4ti dalam sarang bersebelahan pasangan konkritnya setelah 5 tahun menetap di pulau tersebut.

Puisi kumpulan sukarelawan Friends of Mana Island untuk Nigel.

You stayed awhile on Mana Island,
Attracted by your concrete mates
You built a nest, you did your best
But only Norman dropped on by.

We weeded, we painted, we sprayed guano around.
We hoped you’d find the real thing.
Three newbies arrived, a Christmas surprise,
But suddenly you are gone.

RIP “no mates” Nigel.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.