Kisah Nasionalis Menjaga Khazanah Sejarah Mereka

217

“The nationalists managed to take only 3,824 boxes with them, much fewer than were transferred from Beijing when the objects took to the road. However, those boxes included a great deal of the most valuable objects. A total of 16,176 crates went to the Palace Museum in Beijing.”

Sepatutnya kita di sini memiliki sikap begini. Menyelamatkan artifak sejarah walau apa jua keadaan sekalipun. Walau dalam damai dan perang, walau berebut kuasa sekalipun.

Tapi jiwa dan otak segelintir dari kita terutamanya para pemimpin dan pihak-pihak yang dipertanggungjawabkan untuk hal-hal begini masih terjajah, pemalas, lembab, beku dan skema.

Bukan sahaja tidak peka warisan, premis atau artifak bersejarah sedia ada yang musnah atas nama pembangunan, malah nak ‘reconstruct’ balik entiti bersejarah macam istana, kapal (contohnya Mendam Berahi) dan premis (seperti candi, tembok, tapak bersejarah) pun punyalah berkira. Nak naikkan kapal dagang purba di Sungai Batu punyalah kedekut.

Indonesia jumpa perahu purba je dalam tanah, punyalah excited dia korek. Adakah kita miskin? Tak, kita kayaraya, duduk bawah macam-macam mineral, kat laut ada minyak, tanah subur. Macam mana Korea Selatan boleh ada peruntukan untuk binabalik istana-istana raja mereka (binabalik, bukan pulihara) ketika ekonomi mereka sedang meleset akibat perang saudara.

Macam mana Thailand boleh pulihara semua bangunan-bangunan bersejarah dia, malah bina banyak contoh-contoh senibina Thai pada bangunan-bangunan baru dikala kita bina replika istana Melaka pun ala kadar je padahal ada perinciannya dalam manuskrip, ada lakarannya dalam simpanan Eropah. IDENTITI tu teramatlah penting sampai Filipina kecoh nak berindentitikan Melayu.

Bagaimana China boleh kekalkan Kota Larangan? Bagaimana India boleh kekalkan Red Fort? Bagaimana Jerman boleh kekalkan Istana Neuschwanstein atau Jepun kekalkan Istana Himeji adalah sikap dan pemikiran yang perlu dipelajari.

Benda ni sama dengan bagaimana Jepun boleh menjadi kuasa Asia pada abad ke-19 ketika kita masih jauh mundur ke belakang? Boleh cabar kuasa Eropah, malah kalahkan Rusia serta kemudiannya British di Asia Tenggara! Jepun makan ikan makan nasi sama macam kita. Jepun makan mi segera, kita pun sekarang makan mi segera. Ada dua mata, dua lubang hidung, dua telinga satu mulut.

Jadi apa bezanya? Sebabnya Jepun belajar bersikap dan berfikir seperti negara-negara Eropah yang maju. Kemajuan material ‘bundle’ sekali dengan sikap memelihara sejarah dan identiti. Bersekali dalam satu silibus. Itulah ilmu ghaib yang kebanyakan kita di sini masih tak paham.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.