Peminat cincin mesti minat citer ni!

Abu Burdah anak Abu Musa Asyaari pakai cincin berukiran dua ekor singa menjaga seorang bayi. Cincin ni diwarisi dari ayahnya yang juga sahabat Nabi. Ayahnya dapat masa kempen ketenteraan di Tustar. Setepatnya diambil dari jenazah Nabi Danial!

Apa cerita di sebalik pahatan cincin itu?

Kisahnya berkaitan Nabi Danial. Ada seorang raja yang dapat ramalan, akan lahir seseorang yang bakal memusnahkan kerajaannya. Ahli sihir diraja tu siap bagitau tarikh sekian-sekian bayi tersebut dilahirkan. Apa lagi, Raja terus perintah semua bayi laki-laki pada tarikh tersebut dibunuh tanpa simpati. Bayangkan, baby tak berdosa pun dihukum mati. Kejam!

Danial lahir pada tarikh yang diramalkan. Nak elak daripada baginda terkorban, mak ayahnya masuk ke hutan dan tinggalkan di situ. Kemudian mereka pulang ke kota untuk elakkan syak wasangka. Dalam hati memang sayang, tapi kalau Danial ditemui tentera di kota, pasti akan ditikam atau dilemaskan. Jadi, mereka bertawakkal kepada Tuhan, moga-moga bayi mereka selamat sejahtera.

Keesokan hari, setelah semuanya reda, mereka pergi semula ke hutan. Degup di jantung berdetak laju. Apakah bayi mereka masih hidup atau sudah dibaham binatang buas di rimba belantara?

Alangkah terkejutnya, bila mendapati Danial dijilat oleh dua ekor singa!

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Ajaibnya, binatang buas tersebut tidak membaham bayi montel yang ditinggalkan. Malah dua singa itu menjaga dan melindunginya daripada bahaya. Singa pulak yang jadi babysitter! Inilah irhas yang berlaku kepada Nabi Daniyal, sebagai petunjuk yang esok lusa baginda bakal menjadi Rasul kepada Bani Israil. Irhas merupakan perkara mencarik adat yang berlaku kepada seseorang sebelum kenabiannya.

Maka setelah Nabi Danial dewasa, baginda mengukir peristiwa ini di cincinnya. Kenapa? Supaya baginda sentiasa ingat nikmat besar yang telah Allah kurniakan kepadanya. Adatnya, singa pantang jumpa makanan, pasti dibaham. Dengan kuasa Allah, singa yang sifatnya pemangsa telah berubah menjadi penjaga baginda.

Dipendekkan cerita, pada suatu masa ada seorang raja yang kafir bernama Darius. Dia membenci agama tauhid Bani Israil. Raja Darius memerintahkan semua rakyat jelata menyembah dirinya sebagai Tuhan. Siapa yang ingkar akan dipenjarakan atau dibunuh. Nabi Danial antara yang ditangkap raja.

Pada satu hari, Darius melempar Danial ke lubang berisi singa!

Singa-singa yang lapar itu mengaum sebaik saja Nabi Danial menyertai mereka. Tentera-tentera Darius menyangka ngauman singa bagi menakutkan mangsa walhal singa-singa tersebut menyambut ramah kedatangan baginda. Seumpama trompet yang menyambut raja!

Singa-singa yang tadi menunjukkan taringnya, kini mengatup mulut. Dengan hormat ia mendekati Nabi Danial dan menjilat baginda. Singa termasuk keluarga kucing dan digelar kucing besar dari genus Panthera. Macam mana manjanya kucing dengan tuan, macam tu jugak lah manja singa dengan Nabi Danial. Tidak dimakan, hanya diteman. Tidak dijamah, malahan ramah.

Walaupun telah terselamat daripada singa, baginda dicoba pula dengan kelaparan. Berhari-hari Nabi Danial dengan singa-singa tidak dibagi makan. Sekali lagi, baginda berdoa kepada Allah agar dibukakan jalan keluar.

Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Armiya di Jerusalem bagi membantu Nabi Danial di Babylon. Jarak antara dua negeri ini lebih 1,000 km. Kalau ikut adat, tak sempat nak hantar makanan, dah mati kebuluran. Namun Allah menyuruh juga baginda pergi membantu. Tentang bagaimana caranya, biar Allah yang buat. Berjalan saja.

Dengan kuasa Allah, Nabi Armiya dapat sampai ke tempat Nabi Danial dalam masa yang singkat. Baginda membawa aneka makanan dan dihulurkan dari atas lubang. “Siapakah itu”, tanya Danial. “Saya Armiya, Allah mengutusku kepadamu”, jawabnya.

Begitulah mukjizat dari Allah, singa yang buas menjadi jinak dan jarak yang jauh menjadi dekat.

Ahli Kitab di zaman Turki Uthmaniah pernah sebut, “ulama Umat Muhammad seumpama Nabi-nabi Bani Israil.” Hal ini terbukti pada Ibnu Umar, seorang sahabat dan periwayat hadis terkenal. Aisyah pernah memujinya, “Tak seorang pun mengikuti jejak langkah Rasulullah di tempat-tempat pemberhentiannya, seperti yang telah dilakukan Ibnu Umar.”

Pernah sekali, ada seekor singa yang menghalang jalan orang ramai. Ibnu Umar pun turun dari unta dan mendekat ke singa tersebut. Tanpa disangka-sangka, dia menggosok telinga singa tersebut macam tengah nego. Tak lama lepastu, singa pun blah. Orang ramai tanyalah, apa yang dia buat? Ibnu Umar terus bagi sebuah hadis: Rasulullah SAW pernah bersabda, “Jika manusia hanya takut kepada Allah, maka tidak ada hal lain yang bisa menguasainya.”

 


 

KITAB TAMADUN YAHUDI masih dalam promosi DISKAUN RM10. Beli sekarang di: bit.ly/kitabtamadunyahudi

Korang kalau berminat nak tahu lagi mendalam pasal Yahudi, jemput baca KITAB TAMADUN YAHUDI. Link: bit.ly/kitabtamadunyahudi

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply