Kisah Muawiyah Dan Al-Hajb (Pegawal Istana)

0
917
views

Sesungguhnya khalifah Muawiyah adalah pemimpin Islam yang pertama sekali menubuhkan al-Hajib bagi mengawal pintu istana. Tugas mereka adalah melaporkan kepada Khalifah akan tetamu yang ingin berjumpa dengannya maka Khalifah yang akan membuat keputusan sama ada membenarkan mahupun melarang.

Golongan Al-Hajib yang dipilih ini harus mengetahui nasab , kedudukan dan taraf seseorang. Menurut sejarah terdapat 4 orang bekas hamba Muawiyah yang ditugaskan melakukan perkara ini seperti Abu Ayyub, Shafwan dan Saad. Walaupun sesetengah golongan memandang negatif perbuatan Khalifah Muawiyah ini namun sejarawan islam yang bernama Ibn Khaldun di dalam tarikh Ibn Khaldun (2/49-50) memandang perbuatan ini dengan positif iaitu beliau berkata:

“Perkara pertama yang digunakan oleh para khalifah adalah pintu untuk menutup dirinya dari masyarakat kerana mereka khuatir pengkhianatan Khawarij dan lainnya sebagaimana dialami oleh Umar, Ali, Muawiyah dan Amr bin al-Ash dan lainnya. Di samping membukan pintu itu membuatkan orang beresak-esak, di pintu mereka dan menyibukkan mereka dari tugas penting. Maka khalifah menunjuk orang untuk mengatur kedatangan masyarakat kepadanya dan orang tersebut disebut dengan Hajib.”

Penjelasan ibn Khaldun ini menunjukkan pembaharuan yang dilakukan oleh Khalifah Muawiyah amatlah diperlukan kerana nyawa khalifah sentiasa diancam oleh golongan Khawarij dan Syiah yang sentiasa mengancan nyawanya. Selain itu kedudukan Syam yang berdekatan dengan wilayah Rom Byzantine juga turut menyebabkan Khalifah Muawiyah terdedah kepada ancaman ini.

Khalifah Muawiyah telah melihat 3 khalifah sebelum ini dengan mudah dibunuh oleh kelompok penentang akibat sistem kawalan keselamatan yang lemah. contoh kewujudan sistem ini dapat dilihat melalui catatan Ibn Abdi Rabbih di dalam Al-Aqd al Farid 1/68 iaitu pada suatu hari Al-Ahnaf bin Qais dan Muhammad bin Al-Ay’ats berdiri di pintu khalifah Muawiyah yang pertama, Al-Ahnaf telah diizinkan terbih dahulu untuk masuk namun Muhammad bergegas sehingga dia mendahului Al-Ahnaf dan masuk sebelumnya.

Apabila Khalifah Muawiyah melihat perkara itu dia berasa sedih dan marah. Dia berkata pada Ahnaf “Demi Allah aku tidak mengizinkannya sebelummu sebaliknya aku ingin engkau masuk sebelumnya, sebagaimana kamiengurusi perkara-perkara kalian, kami juga memperhati adab sopan santun kalian. Seseorang tidak mempercepatkan langkah kepadku kecuali dia merasakan kekurangan pada dirinya.”

Rujukan:

Daulah Umawiyah oleh dr.Yusuf al-isy (edisi terjemahan pustaka al-kauthar 2013)al-a’lam al-islami fi al-ashr al-umawi oleh Prof Dr Abdussyafi muhammad Abdul Lathif
(edisi terjemahan pustaka al-kauthar 2014)

Muawiyah bin Abu Sufyan Sakhsiyatuhu wa asrahu al-dawlah al-Sufyaniyah oleh dr.ali muhammad al-shalabi (edisi terjemahan darul Haq 2012)