Kisah Menarik Di Sebalik Sungai Ganga Di India

0
2623
views

Sungai Ganga yang letaknya di penghujung di Teluk Benggala dan perjalanan yang diambil dari hulunya ialah sejauh lebih dari 2500 kilometer untuk sampai ke sini. Sungai ini bermula dari pergunungan Himalaya pada ketinggian sekurang-kurangnya dalam 3870 meter, lalu air hulu sungai ini menyembur dari sebuah glasier yang menyerupai mulut lembu, yang dalam bahasa Hindi disebut Gaumukh, dan membentuk sebuah aliran sungai bernama Bhagirathi.

Sekitar 214 kilometer dari hulu sungai itu, Bhagirathi bertemu dengan aliran sungai lain, Alaknanda, di daerah Devaprayag. Kedua aliran sungai ini bersama dengan aliran sungai Mandakini, Dhauliganga, dan Pindar bergabung menjadi Sungai Ganga.

Sungai Ganga inilah yang mengalir ke arah tenggara melintasi benua kecil India dan bertemu dengan sungai-sungai besar lainnya seperti Yamuna di Allahabad, India, dan kemudian sungai besar Brahmaputra di Bangladesh. Gangga dan anak-anak sungainya, yang menyebar bagaikan kipas, mengairi seperempat dari keseluruhan wilayah India. Di sini juga bercambahnya peradaban India yang mengagumkan itu dalam sejarah.

Rangkaian sungai ini mengalir di daerah seluas 1.035.000 kilometer persegi dan menampung sekitar sepertiga penduduk India, yang sekarang berjumlah lebih dari 1 Billion nyawa. Di Bangladesh, Sungai Ganga adalah sangat luas dan bentuknya seumpama laut kecil sehingga mampu dilalui oleh banyak kapal. Kemudian, Sungai Ganga ini terpecah menjadi beberapa sungai besar dan kecil, sehingga membentuk salah satu delta terbesar di dunia.

Dalam agama Hindu, Sungai Ganga ialah sebuah sungai suci yang menyimpan seribu kisah disebaliknya. Penganut Hindu percayai bahawa sungai ini mampu membasuh segala dosa penganutnya. Namun, semua kepercayaan itu datang daripada sebuah mitologi yang berkaitan dengan sebuah kerajaan purba India yang bernama Ayodhaya yang kononnya suatu masa dahulu diperintah oleh seorang raja bernama Sagara yang mempunyai 60, 000 orang anak.

Suatu hari ini, sang raja mahu melakukan sebuah ritual bernama Ashwamedha yagna yang membawa maksud ritual mengorbankan kuda untuk melambangkan keunggulan sang raja ke atas pemerintah yang lain di India ketika itu. Ritual ini melibatkan penghantaran kuda-kuda terbaik Sagara ke segala peluduk bumi. Sesiapa yang mahu mencabar keunggulan si raja haruslah menghentikan kuda sebagai bentuk cabaran. Ketika ini, Dewa Indra melihat melihat kuda-kuda terbaik Sagara tidak dicabar oleh sesiapa pun telah mengambil keputusan untuk menyorokannya pada sang pertapa bernama Kapila.

Waqaf Saham

Berita kehilangan kuda-kuda terbaik Sagara akhirnya sampai ke telinganya. Maka, diarahkan putera-puteranya untuk mencari sang kuda sebelum berjumpa dalam jagaan Kapila. Menjangkakan bahawa Kapila ialah seorang pencuri yang mencuri kuda-kuda ayahanda mereka, maka putera-putera Sagara ini pun memaki hamun Kapila, dan menjadikannya sangat marah dengan kesombongan dan keangkuhan putera-putera ini. Akhirnya, Kapila menyumpah putera tadi menjadi abu.

Sagara ada merayu kepada Kapila supaya melepaskan mengangkat sumpahan Kapila ke atas anaknya, namun Kapila meletakkan syarat ia hanya akan berlaku kalau Sungai Ganga dari syurga mengalir ke bumi, lalu aliran Sungai Ganga itu mengena abu-abu anak Sagara. Syarat itu hanya direalitikan beberapa tahun kemudian apabila pewaris kepada raja Sagara, iaitu Raja Bhagiratha apabila permintaannya untuk melihat Sungai Ganga mengalir di bumi menjadi kenyataan berkat perkenan Dewa Brahma dan Shiva.

Namun menurut para dewa, dek kerana sungai itu berasal dari syurga, maka aliran sungainya bersifat membinasakan kalau dibiarkan mengalir tanpa kawalan dan penuh kebebasan. Namun, masalah itu diatasi apabila Dewa Shiva bersetuju untuk memastikan sungai itu mengalir di antara helaian rambutnya. Dewa Shiva juga memberitahu bahawa aliran sungai itu akan mengikuti setiap jejak yang pernah dijejak oleh Raja Bhagiratha. Tempat pertama di mana aliran Sungai Ganga menjejak bumi dikenali sebagai Gangotri.

Selebihnya, sungai Ganga mengalir mensuburkan tanah-tanah disekitar sungai tersebut. Aliran sungai tersebut juga dikatakan telah mengenai abu setiap anak raja Sagara, lalu membeaskan roh mereka ke syurga dengan aman.

Selain itu, Sungai Ganga juga disembah sebagai Dewi Ganga. Berdasarkan mitologi Hindu, dewi Ganga ini anak kepada Himavat yang dikatakan merupakan personafikasi yang digunakan ke atas Gunung Himalaya. Dewi Ganga kemudian berkahwin dengan seorang raja bernama Shantanu. Daripada perkahwinan ini, Dewi Ganga dikatakan telah melemaskan 7 anaknya ke dalam air. Apabila ditanyakan oleh sang raja kenapa Dewi Ganga bertindak sedemikian, jawapannya adalah kerana dia telah ditakdirkan untuk melahirkan entiti yang bersifat ketuhanan yang dipanggil vasus, dan ia adalah sebuah malapetaka sekiranya vasus dilahirkan sebagai manusia. Jadi, untuk melepaskan mereka daripada sumpahan ini, satu-satunya cara adalah dengan melemaskan mereka ke dalam sungai.

Pengganut Hindu mempercayai bahawa setiap sapaan aliran Sungai Ganga, mampu membasuhkan dosa silam manakala hirupan air dari Sungai Ganga kepada orang yang sedang nazak, akan membawa roh peminumnya berjaya diselamatkan. Kalau abu pengganut Hindu itu diletakkan di dalam sungai Ganges, dipercayai bahawa abu mereka akan bebas dari kitaran dilahirkan semula. Setiap penganut Hindu mempunyai matlamat untuk sekurang-kurangnya abu mereka disemadikan di dalam Sungai Ganga dan berharap selepas proses pembakaran jasad mereka, saudara-mara mereka akan menyebarkan abu mereka di dalam sungai yang dianggap suci ini.

Hari ini, Sungai Ganga dilawat oleh ribuan manusia dari seluruh dunia terutama di kota seperti Rishikesh, Haridwar, Allahabad dan juga Varanasi. Lagi-lagi ketika festival utama dunia seperti Kumbh Mela, apabila salah satu perhimpunan paling besar pernah dunia lihat berlangsung di sini. Pelbagai jenis pengorbanan dilakukan untuk Sungai Ganga seperti bunga, buah-buah bahkan duit.

Rujukan:
All About History: Myths And Legends. (2016) Imagine Publishing Ltd

Previous articleUlamak Melayu Sarawak Tersohor Sepanjang Zaman
Next articleHospital Medan – Rusuk Utama HADR
Graduan Diploma dalam bidang Mass Com ini meminati bidang sejarah sejak bangku sekolah lagi. Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 12 buah buku (setakat April 2017). Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.