Secara fitrah, manusia memerlukan makanan untuk memperoleh tenaga sepanjang hidup, sama ada untuk bekerja, bersukan, atau apa-apa aktiviti memerlukan tenaga. Makanan yang harus dihadam ialah bersifat organik dan mempunyai zat-zat yang penting seperti protein, karbohidrat, vitamin, dan sebagainya.

Namun begitu, wujud golongan manusia ini di mana dia berupaya memakan apa saja selain makanan organik, sama ada dietnya memang sebegitu rupa ataupun demi memuaskan sikap ‘mengidam’ makanan yang aneh. Salah satunya ialah warga Perancis ini. Namanya ialah Michel Lotito, antara golongan manusia aneh yang dietnya memakan kapal terbang.

Pada umur sembilan tahun, Lotito dilaporkan memakan kaca dan bahan logam. Dalam rekod Guinness World Records (GWR), Lotito memegang gelaran ‘Lelaki Mempunyai Diet Paling Aneh’ sejak tahun 1959, selepas beliau sedar yang dia pertama kali mengunyah kaca yang berkecai dari gelas kaca selepas meminum air.

Aksi beliau memakan kapal terbang dalam rancangan ‘Guinness Book of Records’. (Sumber: Reddit)

Lotito yang juga digelar dengan nama ‘Monsieur Mangetout’ yang bermaksud ‘Encik Memakan Apa Saja’ mendakwa sepanjang hidupnya beliau telah memakan 8 buah basikal, 8 buah troli pasar raya, 7 buah televisyen, 6 buah lampu siling chandelier, 2 buah katil, sepasang ski (alat meluncur salji), sebuah kapal terbang ringan jenis Cessna, dan juga sebuah komputer. Tambahan lagi, beliau adalah satu-satunya manusia yang memakan kesemua keranda.

Sangat gila diet Lotito ini! Bagaimana dengan tubuh badannya? Adakah tubuh badan Lotito mampu membuktikan bahawa beliau mampu memakan bahan tidak organik ini?

Ingin baca bagaimana Jepun cuba menjajah China dan Korea pada waktu silam? Beli buku terbaru The Patriots Kitab Tamadun Jepun di: http://bit.ly/KitabTamadunJepun

Para ahli gastroenterologi (mengkaji sistem pencernaan serta penyakitnya) telah melakukan pemeriksaan sinaran X-ray terhadap badan Lotito. Pemeriksaan tersebut menunjukkan lapisan perut beliau lebih tebal berbanding manusia lain dan mampu memakan hampir sekilogram bahan logam dalam sehari. Namun, pihak GWR tidak mendedahkan bukti sinaran X-ray tersebut, menjadikan penonton tertanya-tanya akan kesahihan tersebut.

Lotito juga memakan seluruh komputer selain kapal terbang. (Sumber: 9gag)

Dalam rancangan televisyen berjudul ‘Ripley’s Believe It Or Not’, Lotito direkodkan pernah memakan sebuah kapal terbang ringan Cessna 150, di mana beliau mula memakan satu per satu bahagian kapal terbang pada tahun 1978 dan selesai pada tahun 1980.

Banyak lagi laporan berkenaan ‘Monsieur Mangetout’ terutamanya akhbar Kanada iaitu The-Leader Post pada tahun 1978. Dalam artikel tersebut, Lotito memakan 6 kilogram basikal yang telah dikerat bahagiannya selama 12 hari, namun beliau tidak memakan pedal, pemegang, dan gear. Tambahan lagi, beliau memakan 100 keping pisau razor, 2 buah pinggan, dan sekeping kaca sebagai hidangan sampingan.

Masuk tahun 1980, Lotito mula perasan tebiat anehnya telah dijadikan sebagai hiburan, lantas jadikan tebiatnya sebagai satu bisnes lumayan. Beliau akan dibayar dengan $1000 dalam sehari (lebih kurang RM12,000) untuk menunjukkan aksi tebiat memakan, termasuklah melontar dart di belakangnya, nyalakan api di bahagian kukunya, dan cubit kulit bahagian bawah lengan menggunakan playar.

Yang anehnya, badan Lotito tidak mengalami kesakitan selepas memakan bahan logam yang sekian lama menjadi sebahagian dari dietnya. Jika manusia memakan bahan yang tidak dapat dicerna, badannya akan mengalami keracunan seperti keracunan bahan logam. Tambahan pula, bahagian sudut logam yang tajam akan mencederakan bahagian organ dalam sistem pencernaan seperti oesophagus, kemudian berlaku pendarahan dalaman.

Aksi Lotito memakan bahagian basikal. (Sumber: Webnation Africa)

Dengan bahayanya memakan bahan logam, Lotito mempunyai cara yang unik bagi memastikan beliau mampu memakannya. Beliau biasanya sapukan ‘makanannya’ dengan minyak mineral sebelum mengunyahnya. Kadang-kadang beliau memotong bahan logam dan bahan tidak dicerna sehingga cebisan-cebisan, kemudian campurkan dengan air mineral.

Ingin baca mengenai sejarah Islam di India? Beli buku terbaru The Patriots, Mughal: Mutiara Islam Di India di: http://bit.ly/PraTempahMughal

Walaupun ramai warga dunia masih sangsi dengan keanehan diet Michel Lotito ini, ternyata kita harus terima kewujudan golongan sebegini. GWR dan Ripley’s Believe It Or Not telah tonjolkan tebiat pemakanan ‘Monsieur Mangetout’. Jadi, jangan hairan jika wujud lagi manusia-manusia yang mempunyai sama dietnya dengan Lotito.

RUJUKAN:

Dapcevich, M. 7 March 2022. Meet Michel Lotito, the Man Who Ate an Entire Airplane … or So He Claimed. Snopes.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply