Semua maklum jika ada kontak rapat dengan orang yang dijangkiti Covid-19 atau baru pulang dari luar negara, memang nasib badan perlu dikuarantin selama 14 hari.

Pada yang pernah melaluinya, itu merupakan prosedur biasa yang perlu ditempuhi bagi memastikan tahap kesihatan mereka terjaga. Tetapi bagi seorang lelaki ini, dia terpaksa dikuarantin bukan sekali tetapi tiga kali.

Perkara ini menimpa seorang penduduk Jining, Shandong bernama Xiong. Lelaki ini menjadi bualan hangat warga maya China apabila menghabiskan separuh bulan Februari dan separuh bulan Mac untuk tempoh kuarantin. Sehinggakan media tempatan menggelarnya ‘beli satu dapat dua’.

Portal Oddity Central melaporkan kali pertama dia dikuarantin di pangsapurinya ialah pada 8 Februari, dua hari selepas pulang dari Filipina. Dia dilarang meninggalkan rumahnya 14 hari tetapi bernasib malang apabila arahan itu ditambah lagi dua kali sehingga menjadikan keseluruhan tempoh 50 hari.

Dalam video yang tular di media sosial, Xiong mendedahkan selepas berkurung dua minggu, barulah dia dapat keluar dari rumah. Tetapi malang menimpa dalam bentuk jirannya yang baru pulang dari Korea Selatan.

“Ketika itu, saya melangkah keluar pintu dan ada jiran yang baru pulang dari Korea Selatan. Dia datang ke arah saya diikuti seorang pekerja kesihatan dan meletakkan saya kembali ke sini (di dalam rumahnya) selama 14 hari lagi,” katanya dalam video itu.

Tahu itu merupakan prosedur standard, Xiong menurut arahan dan menjalani kuarantin diri buat kali kedua selama 14 hari lagi hanya kerana bertembung jirannya di pintu.

“Saya mengira 14 hari berlalu dengan cepat. Saya berbaring di lantai tanpa melakukan apa-apa sepanjang hari. Kemudian, dengan berakhirnya tempoh kuarantin itu, tiba-tiba abang saya pulang dari Singapura dan saya dikenakan kuarantin selama 14 hari lagi.

“Saya hanya terbaring di lantai hampir 50 hari tanpa melakukan apa-apa,” katanya.

Mungkin ada yang tergelak mendengar kisah Xiong ini tetapi di sebalik kelucuan dan kisah malang yang menimpanya, sekurang-kurangya dia patuh kepada arahan kuarantin. Jadi semasa PKP berjalan, patuhi arahan pihak berkuasa dan sentiasa menjaga kebersihan diri jika mahu membantu negara menewaskan Covid-19.

RUJUKAN:

Agensi. (2020). Kurung 50 hari. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/utama/2020/04/565069/kurung-50-hari

Spooky. (2020). Buy One, Get Two Free: Unlucky Man Quarantined Three Times in a Row. Oddity Central. https://www.odditycentral.com/news/buy-one-get-two-free-unlucky-man-quarantined-three-times-in-a-row.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.