Semalam naik artikel di TP mengenai Mafia Itali bantu masyarakat Itali masa wabak. Ini sebijik seperti apa yang organisasi Yakuza pernah buat ketika Jepun sedang dalam kancah P3rang Dunia Kedua. Memberi makan dan membantu orang yang memerlukan ketika Jepun sedang bergelut di pentas perang.

Selepas kalah p3rang pula, Yakuza membantu Jepun kembali bangkit, memberi makanan percuma kepada yang hilang keluarga dan tempat tinggal akibat pengeb0man berterusan oleh Tentera Berikat. Yakuza juga menggajikan guru-guru, membina sekolah, membuka perniagaan dan menguasai industri-industri tempatan, memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Ini sama dengan apa yang Hong Kong triads pernah buat, melindungi komuniti China yang lari dari Tanah Besar dan berlindung di Kowloon sekitar 50an hingga 70an. Mereka mentadbir sendiri kawasan-kawasan ini, kerana British sendiri ketika itu mengamalkan ‘polisi lepas tangan’ ke atas kawasan-kawasan triads ini.

Mafia Itali ada sentimen kekeluargaan yang kuat dan mereka sedar bahawa manfaat berbaik dengan komuniti adalah satu bentuk pelaburan kepada imuniti organisasi mereka apabila semuanya kembali aman kelak.

Ini adalah apa yang lama mereka praktikkan sejak mereka wujud zaman kemerosotan ekonomi yang mengesankan Itali selepas Perang Dunian Pertama dan lebih teruk pula apabila rejim fasis Musollini mula memerintah sekitar 20an.

Bahkan Sinaloa Cartel yang semua tahu perniagaannya apa, amat terkenal membantu komuniti setempat, membina rumah, sekolah, hospital, pusat komuniti dan infra sukan, mengubah kehidupan komuniti setempat,

Masing-masing dengan ideologi dan objektif tertentu, menjaga kepentingan komuniti masing-masing demi faedah yang lebih besar di masa hadapan.

Tetapi, inilah persamaan yang dimiliki oleh semua organisasi bawah tanah sebegini.

Tak kiralah sama ada ianya Yamaguchi dari Kobe, Wo Shing Wo dari Shanghai, Cosa Nostra dari Sicily atau Sinaloa Cartel dari Sinaloa, Mexico gerak kerja mereka sama; memastikan kebajikan komuniti di sekeliling mereka beroperasi selamat, terjamin dan dijaga.

Sememangnya organisasi jenayah terancang sebegini memang dikenali dengan sifat terpuji dan kebaikan mereka terhadap komuniti yang selama ini melindungi atau menyokong mereka.

Namun, bantuan dan sokongan mereka memang amat diperlukan lebih-lebih lagi dengan keadaan mutakhir sedang semua negara menghadapi ancaman COVID-19. Cumanya kehadiran mereka semua pastinya ada harga yang tak semua mampu bayar kelak. Kadang-kadang dibayar dengan jari. Ramai juga yang telah membayar dengan kepala.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pensyarah yang minatnya pada sejarah dan warisan Melayu. Membaca kerana hobi dan menulis kembali untuk terus berkongsi.

Comments are closed.