Seorang pelawak, jester istana, atau badut, menurut sejarah adalah golongan penghibur pada zaman abad pertengahan dan Zaman Renaissance yang merupakan ahli keluarga golongan bangsawan atau dilantik oleh keluarga diraja untuk menghiburkan Raja atau tetamu.

Pelawak juga boleh menjadi seorang artisjalanan yang menghiburkan orang awam samada di pasar raya atau di majlis keramaian. Maharaja Lawak yang kita selalu tonton juga salah satu cabang bidang komedi.

Tetapi apa yang hendak diceritakan kali ini adalah mengenai pelawak istana, mereka lebih dikenali sebagai “jester”, jika dalam karya romantisme antarabangsa, watak seorang jester juga biasa digambarkan sebagai watak seorang penghasut Raja.

Berikut adalah beberapa kisah lagenda yang menceritakan tentang kebijaksanaa  atau kelicikan seorang pelawak. Betapa besarnya peranan mereka ini hingga ada Raja pernah m4ti kerana ketawa tak henti-henti.

Lagenda Triboulet

Nicolas Ferrial, juga dikenali sebagai Le Févrial atau Triboulet (1479-1536), adalah salah seorang badut atau pelawak istana yang paling terkenal dalam sejarah. Dia berkhidmat untuk dua raja Perancis iaitu Louis XII dan Francis I.

Lakaran wajah Triboulet sekitar tahun 1530

Dia memiliki segala sifat yang diperlukan untuk menjadi seorang pelawak istana yang terkemuka, dan, yang paling penting, di sebalik kebodohan lawaknya itu, dia dikurniakan akal yang bijaksana.

Kebijaksanaannya itu bukan sahaja memberikan dia kerjaya berjaya di istana, tetapi adakalanya ia menjadi penyebab kepada kejatuhannya. Namun dia bernasib baik, kerana akal dan kebijaksanaan yang sama itu juga akhirnya menjadi penyelamat nyawanya.

Kemampuan Triboulet untuk mengheret dirinya sendiri ke dalam kancah masalah telah menjadi satu kisah legenda. Pernah pada suatu hari, seorang bangsawan naik marah kerana menjadi bahan jenaka Triboulet dan mengancam akan membvnuh si pelawak tersebut.

Triboulet bertindak melarikan diri dengan menghadap raja, beliau mengadu kepada raja bahawa lelaki bangsawan itu merancang untuk menggantung dia sampai m4ti. Raja cuba menenangkan Triboulet, dengan berkata:

“Jangan risau!  Sekiranya dia menggantung kamu, aku akan memengg4l kepalanya lima belas minit kemudian.“  Triboulet kemudian menyoal sekali lagi, “Baiklah, tapi.. boleh tak kalau kepala dia dipengg4l 15 minit sebelum itu?”

Dalam kisah yang lain, Triboulet tidak mampu menahan perangai bodohnya, lalu dia bertindak menampar punggung raja. Raja sudah hilang sabar dan mengugut akan membvnuh Triboulet.

Beberapa saat kemudian, raja kembali tenang sedikit dan berjanji akan memaafkan Triboulet jika dia dapat memikirkan cara memohon maaf yang lebih hina daripada perbuatannya yang menyinggung perasaan Raja.

Beberapa saat kemudian, Triboulet menjawab: “Saya mohon maaf, Yang Mulia Tuanku, kerana saya tidak mengenali Tuanku! Saya tersalah orang, saya sangkakan Tuanku adalah Yang Mulia Ratu Permaisuri!”

Kali ini Raja benar-benar hilang kesabaran, lawak dan gurauan Triboulet terlalu melampau. Dia telah menyinggung perasaan Raja Francis I sehingga raja memerintahkan dia menerima hvkuman m4ti.

Namun, atas dasar mengiktiraf perkhidmatannya yang setia untuk istana selama bertahun-tahun kepada Raja, Francis I memberikan hak kepada Triboulet untuk memilih cara bagaimanakah dia mahu m4ti.

Tapriboulet tidak ada masa untuk bertindak balas dan berfikir, dalam keadaan yang ketakutan, dia menjawab, “Wahai Tuanku, demi Saint Nitouche dan Saint Pansard, pelindung kegilaan, saya memilih untuk m4ti setelah saya tua.”

Francis I yang tidak dapat menahan ketawa kerana merasakan jawapan Triboulet itu terlalu kelakar, sehingga dia membatalkan hvkuman m4ti yang diperintahkannya, manakala sebagai gantinya, Triboulet hanya dikenakan hvkuman buang negeri.

Gambar hiasan

Triboulet muncul dalam Book 3 of François Rabelais’ Pantagrueline. Wataknya turut membuat kemunculan dalam pementasan teater karya Victor Hugo berjudul Le Roi s’amuse dan versi operanya yang digarap oleh Giuseppe Verdi berjudul Rigoletto, hasil campuran “Triboulet” dan lawak Perancis, ia bertujuan untuk menangkis penapisan yang diterima karya Hugo.

Triboulet adalah jester atau pelawak istana yang berpakaian lengkap dengan warna merah, juga merupakan satu watak yang memiliki kaitan dengan karnival Monthey di Switzerland.

Jika anda rasa itu sudah cukup kelakar, terdapat satu kisah di mana penulis sendiri pun tidak faham di mana kelakarnya lawak itu, atau mungkin pada zaman itu istilah tertentu yang terdapat dalam lawak tertentu mungkin ada kaitan dengan sebarang fenomena yang berlaku pada zaman tersebut, hingga boleh menyebabkan seorang Raja meningg4l dunia akibat ketawa terbahak-bahak.

Yalah, lawak zaman dahulu mungkin tidak sama dengan lawak zaman sekarang.

Martin the Humane, Raja Aragon dan Sicily (29 Julai 1356 – 31 Mei 1410) kesal kerana memakan seekor angsa. Ia menyebabkan dia mengalami masalah gangguan pencernaan, lalu mempengaruhi mood nya, jadi dia memerintahkan pelawak istana datang menghadapnya, dengan harapan sedikit hiburan dapat meningkatkan semangatnya dan meringankan penderitaannya.

Semasa pelawak itu mula memasuki bilik, Martin bertanya kepadanya dari mana dia datang. Pelawak itu itu menjawab:

Keluar dari kebun anggur sebelah, di mana saya melihat seekor rusa muda tergantung dari ekornya pada sebatang pohon seolah-olah seseorang telah menghvkumnya kerana mencuri buah tin.”

Raja mula ketawa terbahak-bahak dan berterusan selama tiga jam berikutnya. Ketawanya hanya berakhir apabila dia terjatuh dari katil dan m4ti.

Sejarah Pelawak Istana

Budaya pelawak atau jester yang terawal dan terkenal didapati mula muncul semasa era Mesir Kuno bagi menghiburkan firaun Mesir.

Kiri ke Kanan: ‘Mother Jak’, Lady Mary, Prince Edward, Henry VIII, Jane Seymour, Lady Elizabeth dan pelawak istana Will Somers

Manakala tamadun Rom kuno mempunyai tradisi pelawaknya yang tersendiri dan profesional, yang dikenali sebagai balatrones. Balatrones dibayar untuk setiap lawak-lawak mereka, dan meja orang kaya umumnya terbuka untuk pelawak demi hiburan yang mereka terima. Tamadun Aztec juga turut popular dengan tradisi pelawaknya pada abad ke-14 hingga ke-16.

Terdapat ramai para bangsawan istana sepanjang sejarah diraja Inggeris menggunakan khidmat penghibur dan kebanyakannya terdiri dari golongan pelawak atau jester profesional, kadang-kala mereka ini digelar sebagai “orang bodoh yang berlesen”.

Hiburan yang dipersembahkan kepada para bangsawan ini merangkumi persembahan muzik, penceritaan, tarian, dan komedi fizikal. Juga terdapat teori yang mereka juga turut melakukan aksi akrobatik, silap mata dan bermain sulap bola.

Henry VIII dari England menggunakan khidmat pelawak bernama Will Sommers. Anak perempuannya, Mary pula dihiburkan oleh Jane Foole.

Semasa pemerintahan Elizabeth I dan James I dari England, William Shakespeare menulis drama dan membuat persembahan dengan syarikat teaternya Lord Chamberlain’s Men (kemudian dikenali sebagai King’s Men). Badut dan pelawak ditampilkan dalam drama Shakespeare, dan pakar persembahan lawak untuk syarikat itu adalah Robert Armin, pengarang buku Fooled upon Foole. 

Dalam karya Shakespeare yang berjudul Twelfth Night, seorang pelawak jester digambarkan sebagai “cukup bijak untuk mempermainkan si bodoh”.

RUJUKAN:

Janik, Vicki K. (ed.) (1998). Fools and Jesters in Literature, Art, and History: A Bio-bibliographical Sourcebook. Greenwood Publishing Group, USA.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.