Kisah-Kisah Hantu Yang Menguasai Tower Of London

3,549

Bagi yang pernah melancong ke United Kingdom, pasti pernah menjejakkan kaki ke salah satu tarikan utama London iaitu Tower of London. Nama saja seperti menara tetapi hakikatnya ia merupakan sebuah kubu pertahanan lama yang dibina semasa era William Si Penakluk (William the Conqueror) sekitar 1066. Selain berperanan sebagai kubu, Tower of London juga merupakan bekas p3njara yang mempunyai sejarah hantunya yang tersendiri.

  • Princes in the Tower

Disebabkan latar belakangnya penuh berdarah terutama bagi individu yang teraniaya, terdapat banyak hantu orang terkenal menjadikannya sebagai kediaman mereka. Salah satu hantu terkenal yang mendiami Tower of London ialah dua putera bersaudara, Edward dan Richard. Kedua-duanya merupakan putera Raja Edward IV yang dijaga oleh ayahanda saudara mereka, bakal raja Richard III susulan kemangkatan Edward IV pada tahun 1483.

Tetapi bagi Richard III, baginda sememangnya berhajatkan takhta Raja England dan melihat anak saudaranya terutama Edward sebagai 4ncaman. Justeru, tidak hairanlah mengapa Richard III memerintahkan dua bersaudara itu dihantar ke Tower of England, membatalkan upacara pertabalan Edward sebagai raja dan menyakinkan Parlimen bahawa kedua-duanya merupakan anak luar nikah Edward IV.

Selepas berjaya dalam plotnya itu, barulah Richard III ditabalkan sebagai pengganti kekandanya itu. Dengan status mereka sebagai anak tak sah taraf, maka Edward dan Richard tidak layak mewarisi takhta dan menanti masa saja ditamatkan riwayat mereka. Pada tahun 1483, kedua-duanya dikatakan hilang dari Tower of London dan ramai berhipotesis mereka dibvnvh oleh ayahanda saudara mereka atau orang kanannya, Henry Stafford, 2nd Duke of Buckingham.

Tiada siapa tahu nasib yang menimpa mereka sehinggalah sekumpulan tukang kayu menemui sebuah peti kayu yang ditanam di bawah tangga menuju ke sebuah gereja kecil di White Tower pada 1674. Peti kayu tersebut dikatakan mengandungi dua rangka tulang kanak-kanak sekaligus merujuk kepada Edward dan Richard. Raja Charles II menitahkan dua rangka tersebut dimakamkan di Westminster Abbey pada tahun 1678.

Yang pasti, kisah hantu dua bersaudara ini bukan sesuatu yang asing bagi kakitangan dan pengunjung Tower of London. Bagi yang pernah melihat mereka, pasti perasan kelibat Edward dan Richard memakai baju tidur, merasa tersesat dan saling berpegangan antara satu sama lain seolah-olah merasa ketakutan dengan sesuatu, berkemungkinan peristiwa pembvnvhan mereka.

  • Anne Boleyn

Ya, siapa tidak lupa wanita ini. Asalnya berkhidmat sebagai pengiring Permaisuri Catherine of Aragon (isteri pertama Henry VIII) tetapi kemudiannya menjadi isteri kedua baginda. Dan ramai maklum apabila cubaan Henry VIII menceraikan Catherine dihalang oleh Paus Clement VII, baginda menubuhkan Church of England dan berkahwin dengan Anne Boleyn pada tahun 1533 atas alasan Catherine tidak dapat memberi zuriat lelaki.

Harapan baginda menerusi perkahwinan dengan Boleyn, dapatlah zuriat lelaki yang sah memandangkan sesetengah puteranya merupakan anak tak sah taraf hasil hubungannya dengan ramai perempuan simpanan baginda. Malangnya, satu-satunya cahaya mata perkahwinan mereka ialah bakal ratu Elizabeth I dan hasrat Henry VIII tidak kesampaian.

Disebabkan hal ini, baginda mula memburu cinta Jane Seymour sementara Boleyn pula ditahan di Tower of London atas tuduhan fitnah zina dan sumbang mahram dengan adiknya, George, Viscount Rochford. Pada 17 Mei 1536, Boleyn bersama sekumpulan individu termasuk adindanya, George dihukum p4ncung di situ.

Memandangkan kisah hantu Anne Boleyn amat terkenal di England, terdapat banyak lokasi yang dikatakan dihantui hantunya termasuk Tower of London. Satu kisah terkenal membabitkan hantu baginda ialah kisah Mejar Jeneral J.D Dundas. Pada tahun 1864, Dundas yang ketika itu berpangkat kapten Rejimen R4ifal Ke-60 melihat kelibat seorang pengawal berkelakuan aneh di tingkat bawah dari kuarters rejimen mereka.

Apabila beliau melihat lebih dekat apa berlaku, rupa-rupanya kelibat putih seorang wanita menuju ke arah 4skar berkenaan. 4skar berkenaan cuba men1kam dengan b4yon3t r4ifalnya tetapi tidak berhasil sebelum pengsan. Apabila kes tersebut diketahui pihak atasan, 4skar tersebut diheret ke mahkamah t3ntera dan berpotensi dikenakan hukuman berat.

Namun, keterangan pengawal tersebut ditambah dengan keterangan beberapa saksi lain yang melihat kejadian itu termasuk Dundas menyelamatkannya dari dikenakan hukuman berat.

  • Margaret Pole

Bagi Margaret Pole, kisahnya di Tower of London berlaku berikutan kesilapan percaturan puteranya, Reginald Pole yang mahu menjatuhkan Henry VIII bagi pihak Vatican yang berfahaman Roman Katolik. Reginald dijadikan ejen penggerak usaha mereka menjatuhkan kerajaan yang cenderung ke arah Protestan pimpinan baginda dan menggantikannya dengan raja yang menyokong gerakan Roman Katolik.

Mengikut plot Exeter Conspiracy yang berlaku pada tahun 1530-an, Henry VIII didakwa akan digantikan oleh sepupu pertama baginda, Henry Courtenay, 1st Marquess of Exeter. Dan semua ini didedahkan menerusi koresponden surat antara Reginald dengan keluarga Courtenay dan keterangan adik Reginald, Geoffrey. Akibatnya, Pole bersama beberapa tokoh terlibat ditahan di Tower of London.

Akibat pendedahan plot tersebut dan Reginald masih lagi berada di luar negara, Henry VIII membalas d3ndam terhadap seluruh keluarga Pole dan ahli konspirasi yang terlibat. Mereka bukan saja dihukum bvnvh malah semua gelaran kehormatan dan harta dimiliki termasuk tanah mereka dirampas.

Dalam kes Pole, baginda dihukum p4ncung tetapi semasa hukuman hendak dijalankan, beliau enggan berlutut. Akibatnya, kapak yang digunakan pertanda semasa hukuman mengenai bahagian bahunya sekaligus menyebabkan Pole cuba melarikan diri. Si pertanda terpaksa mengejar dan menghayun kapaknya beberapa kali sebelum beliau akhirnya m4ti di kawasan laman Tower Green.

Kelibat hantunya bukan cerita baru dan pada setiap hari ulang tahun kem4tiannya, hantu Pole akan kembali dan mengulangi adegan babak-babak akhir kehidupannya di kawasan laman berkenaan. Dan mengikut sesetengah saksi, ada yang melihat bayang kapak gergasi jatuh di kawasan berkenaan.

  • Arbella Stuart

Semaa Elizabeth I menaiki takhta pada tahun 1558, antara isu utama yang menyelubungi pemerintahan baginda ialah siapa bakal menjadi pengganti baginda seterusnya. Salah satu nama yang dicanang ialah Arbella Stuart, sepupu baginda. Namun, nama baginda ditolak oleh Sir Robert Cecil dan bapanya, Lord Burghley dengan kedua-dua penasihat Elizabeth lebih cenderung kepada James VI dari Scotland.

Berikutan statusnya sebagai pewaris takhta, bukan sekali Arbella diperkenalkan ramai calon atas pelbagai alasan seperti membeli sokongan golongan Roman Katolik England (putera-putera Alexander Farnese, Duke of Parma) atau mendapat sokongan James VI (Ludovic Stuart, 2nd Duke of Lennox). Tetapi semua rancangan yang dikemukakan berakhir dengan kegagalan.

Akhirnya, Arbella memilih berkahwin secara rahsia dengan suaminya William Seymour, 2nd Duke of Somerset pada tahun 1610. Namun, perkahwinan tersebut tidak disenangi oleh James VI kerana baginda melihat ini sebagai satu usaha untuk menyingkirkan baginda. Justeru apabila mendapat tahu kedua-duanya cuba melarikan diri, Arbella ditahan dan dip3njarakan di Tower of London manakala William pula berjaya melarikan diri ke Flanders.

Arbella tidak bersua lagi dengan suaminya dan m4ti dalam tahanan pada tahun 1615 sama ada sebab hilang selera makan atau dir4cun. Yang pasti, sesiapa yang pernah menghuni biliknya tidak pernah merasa aman dan merasakan diri mereka dihantui oleh hantunya. Salah seorang penghuni wanita pernah menceritakan dia merasakan dirinya dic3kik oleh lembaga seorang wanita.

https://www.thepatriots.store/store/pra-tempah/
  • Jane Grey

Apabila Edward VI menyedari dirinya bakal menemui ajal pada tahun 1553, baginda menamakan sepupunya Jane Grey sebagai pengganti. Grey dipilih kerana baginda berfahaman Protestan seperti Edward VI dan dilihat akan meneruskan polisi yang digubal baginda sebelum ini. Tetapi beberapa hari selepas itu, Mary Tudor yang berfahaman Katolik dan kekanda Edward VI mahukan takhta yang sama.

Ini mendorongnya membentuk satu pasukan di East Anglia dan berjaya menggulingkan pengganti adinda tirinya itu. Akibatnya, Grey yang berusia 16 tahun ketika itu dan suaminya Lord Guildford Dudley dip3njarakan di Tower of London sebelum dihukum p4ncung pada 12 Februari 1554. Mary I berbuat demikian bukan sekadar menghapuskan ancaman terhadap takhta baginda tetapi juga membalas d3ndam tindakan keluarga Grey yang menyertai Pemb3rontakan Wyatt.

Bagi yang pernah berkunjung ke Tower of London, pasti pernah mendengar kisah hantunya membawa kepalanya yang dip4ncung seperti yang disaksikan seorang pengawal pada tahun 1957. Biasanya, kelibat hantu Grey dilihat pada hari-hari menjelang ulang tahun kem4tiannya. Manakala kelibat hantu suaminya yang menangis teresak-esak boleh dilihat di Beauchamp Tower.

  • Guy Fawkes

Selepas kemangkatan Mary I, pemerintahan England kembali ke tangan Protestan, satu visi yang tidak disenangi golongan Roman Katolik. Salah seorang yang bangkit menentang ialah Guy Fawkes menerusi plotnya, The Gunpowder Plot. Mengikut rancangan, mereka mahu mel3tupkan Parlimen, menyingkirkan James I dan meletakkan seorang raja berfahaman Katolik.

Bagi menjayakan rancangan tersebut, Fawkes akan bersembunyi di bahagian bawah tanah Parlimen dan menyalakan api pada bahan l3tupan yang mencukupi untuk memusnahkan bangunan tersebut. Malangnya, rancangan tersebut diketahui pihak berkuasa dan dia ditahan di Tower of London sebelum dis3ksa bagi memaksanya mendedahkan ahli plot gila tersebut.

Akhirnya, Fawkes mengaku terdapat beberapa orang lagi yang terlibat dalam The Gunpowder Plot dan kesemua yang terlibat ditahan serta disabitkan bersalah atas tuduhan mengkhianat. Hukuman yang menanti mereka lagi sadis iaitu dig4ntung sampai hampir m4ti, dip3nggal dan semua anggota badannya dik3rat sebelum diletakkan di empat penjuru England sebagai peringatan keras kepada mana-mana pihak yang cuba melakukan perkara sama.

Fawkes dan rakan-rakannya kemudian menjalani hukuman pada 31 Januari 1606 dan seperti dijanjikan, semua bahagian m4yat mereka diletakkan di empat penjuru negara itu sebagai amaran kepada mana-mana yang cuba berlaku khianat. Bagi pengawal dan pengunjung Tower of London, jika mereka terdengar bunyi jeritan dari ruang bawah tanah kompleks berkenaan, mereka tahu suara siapa iaitu hantu Fawkes.

  • Sir Walter Raleigh

Tower of London dan Sir Walter Raleigh tidak boleh dipisahkan. Ini kerana semasa hayatnya, Raleigh pernah dip3njarakan beberapa kali di situ semasa era Elizabeth I dan James I sebelum dijatuhi hukuman m4ti semasa era baginda. Kali pertama beliau dip3njarakan ialah pada tahun 1592 sebagai balasan berkahwin dengan salah seorang dayang Elizabeth I, Elizabeth Throckmorton tanpa izin baginda sebelum dibebaskan pada tahun 1593.

Raleigh sekali lagi dip3njarakan pada tahun 1603 kerana dikatakan terlibat dalam rancangan Main Plot iaitu menyingkirkan James I dan menggantikannya dengan sepupu baginda, Arbella Stuart. Plot ini dikatakan direncanakan oleh Raleigh dan Henry Brooke, Lord Cobham serta dibiayai oleh musuh ketat England, Sepanyol. Beliau dipenjarakan selama 13 tahun sebelum dibebaskan pada tahun 1616.

Syarat pembebasannya mudah saja, Raleigh diarah mengetuai ekspedisi pencarian El Dorado yang menjadi obsesinya selama bertahun-tahun. Tetapi James I memberi amaran ekspedisi tersebut mestilah tidak melanggar Perjanjian London 1604, perjanjian damai yang dimeterai antara England dan Sepanyol. Malangnya, ekspedisi tersebut yang menjadi kunci hukuman m4ti Raleigh.

Sebaik tiba di Saint Tome, Venezuela pada tahun 1617, pasukan ekspedisi yang diketuai orang kanannya, Lawrence Keymis meny3rang kedudukan Sepanyol di situ sekaligus melanggar syarat yang dikenakan James I. S3rangan tersebut turut menyaksikan anak kesayangan Raleigh iaitu Walter atau Wat terbvnvh dalam pert3mpuran tersebut.

Akibatnya, sudahlah terpaksa pulang dengan tangan kosong tetapi terpaksa menanggung derita kehilangan anak tersayang. Sebaik pulang, Raleigh ditahan buat kali ketiga atas kesalahan khianat dan menjalani hukuman m4ti pada 29 Oktober 1618.

Berikutan banyak menghabiskan masa di Tower of London, tidak hairanlah sesetengah pengawal dan pelancong dapat melihat kelibatnya sekitar kompleks berkenaan. Antara tempat yang dikatakan hantu Raleigh muncul ialah Bloody Tower, tempat beliau pernah dip3njarakan semasa era Elizabeth I dan James I.

Jika hantu ini ada, pintu-pintu biliknya dikatakan terbuka secara sendiri dan kadang-kadang hantunya dilihat dalam keadaan dibelenggu. Seorang isteri pengawal menceritakan bahawa hantu Raleigh pernah menyentuhnya semasa berada dalam bilik air. Tidak mustahil ia sebenarnya ekspresi marah Raleigh terhadap Elizabeth I kerana mem3njarakannya.

  • Henry VI

Selepas Henry V mangkat pada tahun 1422, puteranya yang berusia enam bulan Henry VI diangkat sebagai pengganti. Ini disusuli pertabalannya sebagai Raja Perancis menggantikan nendanya, Charles VI sekaligus menjadikannya satu-satunya Raja England yang pernah ditabalkan sebagai Raja Perancis.

Tetapi personalitinya yang pemalu dan mengelak konflik menyebabkan dirinya tidak disukai ramai. Selain bergelut menangani isu dalaman yang melanda England dan Perancis ketika itu, baginda turut bergelut dengan isu kesihatan mental. Ini mengakibatkan P3rang Saudara Inggeris tercetus pada tahun 1459 dan W4r of the Roses menyaksikan ramai pihak dari belah York dan Lancaster berusaha merebut takhta.

Henry VI dua kali menduduki takhta dan kedua-duanya berakhir apabila pengganti baginda, Edward IV menyingkirkannya. Baginda dikatakan mangkat pada malam 21 Mei 1471 di Wakefield Tower akibat patah hati selepas mendapat tahu kemangkatan puteranya di medan Pert3mpuran Tewkesbury. Bagaimanapun, ramai mengesyaki Edward IV mengarahkan Henry VI dibvnvh sebelum ditabalkan sebagai Raja England.

Bagi yang pernah berkunjung ke Wakefield Tower, pasti mendengar kisah hantunya muncul pada detik-detik sebelum kemangkatannya. Menurut cerita, hantu Henry VI muncul dan berjalan sekitar menara dalam keadaan murka semasa detik terakhir kehidupannya pada hari ulang tahun kemangkatannya. Apabila jarum jam tepat jam 12.00 tengah malam, hantu tersebut akan menghilangkan diri.

RUJUKAN:

McCann, Erin. (2018). These Are All The Ghosts And Ghouls Haunting The Tower Of London. Ranker. https://www.ranker.com/list/what-ghosts-haunt-the-tower-of-london/erin-mccann

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.