Kisah Kelakar Perebutan Pulau Oleh Denmark Dan Canada

1,105

Pada tahun 1930, terdapat sedikit pertelingkahan mengenai sebuah pulau yang terletak di antara negara Denmark dan Canada. Pulau seluas 1.3 kilometer persegi ini sebenarnya terdiri daripada sebongkah batu besar yang tiada apa-apa kepentingan dari segi ekonomi mahupun infrastruktur kedua-dua negara.

Salah satu undang-undang antarabangsa menyatakan bahawa mana-mana kawasan mahupun kepulauan yang terletak kurang 20 kilometer daripada pantai sesebuah negara meletakkan pulau tersebut di bawah pemilikannya. Hal ini menjadi rumit kerana pulau tersebut terletak dalam lingkungan 20 kilometer daripada kedua-dua buah negara.

Pada tahun 1984, menteri hal ehwal negara Greenland datang ke pulau tersebut, memacakkan bendera Denmark dan sebuah papan tanda bertulis “Selamat Datang ke pulau kepunyaan Denmark” (Welcome to the Danish Island). Beliau juga meninggalkan sebotol Danish Schnapps.

Sejak daripada itu, berlaku pertelingkahan yang melucukan di antara kedua-dua negara ini. Apabila askar dan pengawal pantai Canada singgah di pulau tersebut, mereka mereka akan menurunkan bendera Denmark dan menaikkan bendera mereka beserta sebotol Canadian Whiskey, dan perkara yang sama berlaku apabila askar daripada Denmark singgah di situ, sambil minum Canadian Whiskey dan meninggalkan pula sebotol Danish Schnapps.

Hal ini ibarat satu perkara yang dipanggil sebagai BYOB (Bring Your Own Beer/Booze/Bottle), dan yang pastinya, mereka bergurau senda dan tidak mengambil perkara ini dengan serius (mungkin kerana pulau tersebut tidak mendatangkan apa-apa hasil)

Sambil menulis, saya berfikir, alangkah baiknya sekiranya pertelingkahan negara-negara lain seperti China dan Singapura boleh menamatkan konflik melalui cara ini. Sudah pastinya hal ini mustahil, kerana pulau-pulau yang dirampas mahupun di’claim’ milik mereka ini mendatangkan hasil dan keuntungan kepada negara-negara berkuasa besar ini.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.