Kisah Japanese Red Army Menawan Kuala Lumpur 1975

4,689

Tidak banyak orang yang mengetahui tentang peristiwa pengambilan tebusan yang berlaku di Malaysia sekitar tahun 1975. Sudah tentu tragedi ini telah banyak dilupakan dan rata-rata masyarakat di Malaysia pastinya tidak menyangka bahawa satu krisis tebusan yang melibatkan 52 tebusan pernah berlaku satu ketika dahulu di sebuah bangunan yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur di Jalan Ampang.

Sudah tentu kita menyangka bahawa kejadian-kejadian sebegini tidak mungkin berlaku di negara kita yang aman damai ini, walaupun terdapat beberapa peristiwa hitam selepas Perang Dunia Kedua tamat, namun, rencana kali ini ingin saya kongsikan supaya kita berasa berterima kasih dan tidak melupakan jasa mereka yang terlibat dalam menguruskan satu kejadian yang berlangsung selama 3 hari ini. Segalanya bermula pada 4 Ogos 1975.

AIA Building – Huffingtonpost

Hari itu merupakan hari yang paling tidak disukai ramai di dalam dunia iaitu hari Isnin. Rata-rata pekerja baru sahaja memulakan tugas masing-masing termasuk mereka yang bekerja di sebuah bangunan yang bernama bangunan AIA (American Insurance Associates).

Sewaktu itu, bangunan ini merupakan bangunan tertinggi di kawasan tersebut dan selain daripada menempatkan pejabat insurans AIA sendiri, terdapat beberapa kedutaan juga turut berada di dalam bangunan ini antaranya adalah kedutaan Amerika Syarikat (AS), Kanada, Sweden dan Perancis kerana maklumlah sewaktu itu, bangunan ini menjadi satu mercu tanda di Kuala Lumpur.

Pada lebih kurang jam 10.30 pagi, 5 orang lelaki masuk ke dalam bangunan terbabit menuju ke arah lif. Para pengawal keselamatan tidak menghiraukan mereka kerana sememangnya keadaan di bangunan tersebut dipenuhi orang ramai, sama ada yang bekerja di situ atau yang mempunyai urusan untuk diselesaikan di kedutaan seperti urusan mendapatkan visa dan urusan dengan warga asing.

Sebaik sahaja mereka masuk ke dalam lif tersebut, kelima-lima mereka mula memakai topeng dan mengeluarkan pistol untuk memulakan kegiatan mereka. Mereka menekan butang lif ke tingkat 9, dan setibanya sahaja di situ, mereka mulai melepaskan t3mbakan. 12 das t3mbakan amaran dilepaskan, dan mana-mana orang yang berada di situ segera dikumpulkan di dalam sebuah bilik, di pejabat AIA yang merupakan salah sebuah pejabat yang terletak di tingkat 9 selain daripada kedutaan Amerika Syarikat dan Sweden.

Saat terdengar bunyi t3mbakan tersebut, 2 orang pekerja di kedutaan Sweden mengunci pintu dan bersembunyi. Mereka berdua sempat berbuat demikian sebelum dilihat oleh kelima-lima penjenayah tersebut. Sukdave Singh yang merupakan ketua pengawal keselamatan di bangunan tersebut mulai menaiki lif yang telah dimatikan operasinya sebaik sahaja bunyi tembakan kedengaran.

Dia mengarahkan rakannya, yang menjaga bahagian pusat kawalan yang boleh mengawal lif tersebut untuk segera menghantarnya seorang diri ke tingkat 9. Bukan dia pergi atas keputusan bodoh ataupun ingin menunjukkan keberaniannya, tetapi tujuannya hanyalah untuk naik dan menyiasat, kerana sewaktu itu, hanya bunyi t3mbakan sahaja yang dapat didengari dan situasi serius yang berlaku di atas tidak mereka ketahui.

Sambil itu, salah seorang pekerja yang merupakan setiausaha kepada konsul Sweden, Ulla Odqvist membuat panggilan kecemasan kepada polis. Sukhdev semasa itu masih lagi dalam perjalanan ke tingkat 9. Pintu lif terbuka

“Banng!”, satu t3mbakan dilepaskan kepada Sukdave, tepat mengenai bahagian bawah mata kanannya.

Tembakan tersebut didengari oleh Ulla yang sedang bercakap dengan pegawai polis. Pintu lif ditutup semula. Penjenayah yang melepaskan t3mbakan secara point blank tersebut langsung tidak mempunyai niat untuk masuk semula ke dalam lif. Mujurlah, rakan Sukdave yang mengawal lif tersebut boleh membawa turun dia yang telah terbaring dan bermandikan dar4h.

Sukdave selepas ditembak – The Star

Sememangnya, p3luru tersebut m3nembusi kepalanya, dan terlekat di dinding belakang lif tersebut, tetapi, ajaibnya, Sukdave masih lagi berny4wa dan dia dipapah ke ambulans untuk menerima rawatan. Polis yang mendapat laporan daripada bertubi-tubi panggilan mula menghantar pasukan mereka, beserta unit tindakan khas. Pasukan FRU (Federal Reserve Unit) dihantar bagi mengawal orang ramai.

Sememangnya, unit FRU ini juga berfungsi sebagai pengawal kepada jurukamera media yang seringkali membawa masalah dalam krisis sedemikian, di mana pasukan polis negara kita ini tahu dan sudah masak dengan sikap mereka ini yang akan menjadikan krisis bertambah buruk kerana lokasi pasukan khas ini dikompromi. Hal ini terjadi pada kejadian antarabangsa di Munich, 3 tahun lepas.

Sebelum pasukan tersebut tiba, seorang konstabel polis yang menjadi orang pertama berada di lokasi bernama Mahalingam naik tangga ke tingkat 9 berseorangan bers3njatakan sepucuk p!stol. Pintu tingkat 9 dibuka, dan “Bang!”, sedas t3mbakan dilepaskan tepat mengenainya. Dia yang c3dera bernasib baik dapat turun ke tingkat bawah untuk mendapatkan bantuan.

Kordon Polis – Star 2

Sejurus selepas penjenayah ini mengumpulkan 51 orang ke dalam pejabat AIA, sed4s lagi t3mbakan dilepaskan, dan kali ini mengenai salah seorang tebusan bernama Bernard Joseph, Seperti ada sesuatu keajaiban yang berlaku pada hari itu di mana tembakan tersebut hanyalah melukakan kulit di lengannya sahaja. Pada masa yang sama, seramai 300 orang anggota polis mula membuat kordon mengepung bangunan tersebut dengan objektif tidak membenarkan sesiapa sahaja keluar masuk daripada bangunan tersebut tanpa kebenaran.

Di tingkat bawah, Zaman Khan yang merupakan anggota polis yang mengetuai operasi tersebut mula untuk naik melalui tangga ke tingkat 9. Dia, bersama 5 orang anggota polis yang cekap dan lengkap bersenjata pada awalnya diarahkan untuk meneliti dan mengumpulkan maklumat kerana sewaktu itu, tiada orang pun tahu siapakah sebenarnya penjenayah-penjenayah ini. Namun, setibanya mereka di tingkat 4, dia diarahkan untuk turun semula kerana sewaktu itu, 2 das t3mbakan lagi dilepaskan daripada tingkat 9 ke udara serta sekeping nota bertulis permintaan mereka dilemparkan keluar kepada orang ramai.

Ketua Polis Negara sewaktu itu, Tun Mohammed Hanif Omar tiba di lokasi dan mula membuka kertas yang bertulis mengenai permintaan mereka. Barulah mereka sedar, ini bukan penjenayah yang biasa-biasa, sebaliknya adalah pengganas peringkat antarabangsa iaitu Japanese Red Army atau singkatannya adalah JRA. Mari kita baca sedikit mengenai JRA terlebih dahulu.

Fusako Shigenobu – Founder JRA

JRA ini atau dalam bahasa Jepunnya, Nihon Sekigun merupakan sebuah kumpulan militan k0munis yang telah ditubuhkan pada awal tahun 1971 di Lubnan. Penubuhan oleh Cik Fusako Shigenobu ini membawa matlamat untuk menyebarkan dakyah mereka dan menjatuhkan kerajaan Jepun bagi membolehkan pemerintahan jenis komunisma dilaksanakan.

JRA pada awalnya tidak mempunyai keupayaan dan kemahiran dalam ket3nteraan, dan dalam mendapatkan pengalaman serta membuat video dan modul latihan ketenteraan mereka, kumpulan ini berbaik dengan beberapa kumpulan militan terkenal di dunia seperti Popular Front for The Liberation of Palestine (PFLP) dan juga Wadie Haddad. Setelah mendapatkan kecekapan tersebut walau bagaimanapun, kumpulan di bawah United Red Army di Jepun ini mendapatkan sokongan dari segi kewangan, latihan ketenteraan dan senjata daripada PFLP.

Mereka (Shigenobu dan pengasas JRA yang lain) memulakan karier awal sebelum JRA dengan merampas pesawat Boeing 727 milik Japan Airlines. Kegiatan mereka diteruskan dengan pertumpahan dar4h kesan insiden pembvnuhan beramai-ramai di Lapangan Terbang Tel Aviv yang mer4gut 26 ny4wa serta menc3derakan 80 yang lain. Setahun sebelum kejadian ini, JRA menyerang sebuah infrastruktur milik Shell yang terletak di Singapura. Serangan ini dilakukan serentak dengan rampasan kedutaan Jepun di Kuwait oleh ahli kumpulan PFLP.

Bersambung kepada insiden ini, antara permintaan kumpulan pengganas ini adalah

  1. Membebaskan 7 orang banduan ahli JRA di penjara yang terletak di Jepun.
  2. Menyediakan pesawat beserta juruterbang untuk menghantar mereka ke mana-mana negara yang mereka minta.

Di dalam pejabat tempat kesemua tebusan dihimpunkan, para p3ngg4nas ini bertanya kepada tebusan sama ada masih ada orang lagi yang sedang bersembunyi atau tidak, dan dalam keadaan terpaksa, mereka memberitahu terdapat lagi 2 orang yang sedang bersembunyi di kedutaan Sweden iaitu Ulla dan majikannya, Fredrik Bergenstrahle.

Mereka memecahkan pintu kedutaan Sweden dan kemudiannya mengarahkan kedua-duanya untuk menyerah diri. Fredrik ditarik semula ked alam kedutaan tersebut untuk membuka peti besi milik mereka. Dia mengambil pasport kosong yang tersimpan di dalam peti tersebut, tetapi, wang dan benda lain dibiarkan sahaja.

Pada tanggapan Fredrik, hal ini mungkin disebabkan oleh penahanan dua anggota JRA pada awal tahun 1975 kerana mereka melakukan perkara yang menimbulkan syak wasangka. Mereka ditahan kerana mula merakam dan mengambil gambar kedutaan asing yang terletak di Stockholm, dan kedua-dua yang ditahan ini dipenjarakan di Jepun.

Selain itu, Amerika Syarikat dan Sweden juga merupakan musuh utama buat PLPF yang sentiasa menyokong kegiatan Israel dalam mengembangkan negara mereka sesuka hati sehinggakan rakyat Palestin hidup dalam keadaan yang daif. Senang cerita, mana-mana sekutu Yahudi, merupakan musuh PLPF dan PLPF merupakan sekutu dengan JRA walaupun JRA lebih bersifat komunis.

Tun Muhd Ghazali Shafie

Kerajaan Malaysia menubuhkan pasukan rundingan yang diketuai oleh (Allayarham) Tun Muhammad Ghazali Shafie (Tun Ghazali) yang pada waktu itu merupakan Menteri Dalam Negeri. Pasukan ini mendesak wakil kedutaan Jepun yang bernama Michaikki Suma bagi memberi keputusan untuk mengelakkan mana-mana tebusan berisiko untuk kehilangan jiwa. Walau bagaimanapun, ketika itu mereka mengikut tunjuk kata gaya AS yang mengamalkan konsep “We Do Not Negotiate With Terrorist”.

Namun, Tun Ghazali mendesak mereka untuk berbuat sesuatu. Salah satu ayatnya adalah:

“For the sake of the lives of the hostages, don’t settle it with the USA way, settle it in your own Japanese way!”.

Perbincangan di antara duta Michaikki Suma walau bagaimanapun memerlukan masa yang lama. Para tebusan yang sudah berada dalam keadaan lapar, takut dan dahaga merisaukan pasukan perundingan. Mereka menghubungi ketua JRA tersebut dalam usaha membekalkan makanan dan minuman kepada tebusan, dan makanan tersebut dihantar menggunakan lif, tanpa ada orang dibenarkan menaikinya.

Model Pesawat Dc8 – Douglas

Pada hari kedua kes ini, jam 9.00 pagi, pasukan perundingan menerima khabar semula daripada Jepun. Mereka bersetuju untuk membebaskan kesemua 7 orang banduan dan dihantar ke Malaysia menggunakan pesawat DC8 yang diterbangkan oleh juruterbang Jepun, Tomio Masuko. Pesawat yang sama juga akan digunakan untuk mereka keluar daripada situ.

Tepat jam 8.00 malam, kesemua tujuh banduan tiba di Malaysia. Tun Ghazali berunding bersama ketua pengg4nas ini bahawa mereka inginkan sedikit jaminan dan meminta beberapa tebusan yang terdiri daripada kanak-kanak dibebaskan. 5 jam kemudian, 9 orang tebusan dibebaskan dan pertukaran selebihnya akan dibuat di lapangan terbang Subang kelak.

Zaman Khan

Perancangan dibuat oleh pasukan tindakan khas di bawah pasukan Zaman Khan di mana beberapa penembak hendap ditempatkan di beberapa tempat strategik untuk mendapatkan sudut dan pandangan yang tepat kepada mereka apabila mereka keluar dan menuju ke lapangan terbang kelak.

Malangnya, yang bakal membawa mereka ke lapangan terbang adalah sebuah bas, dan perancangan rapi yang dibuat oleh pasukan pengganas tidak memberi apa-apa peluang untuk mereka dikompromi atau ditembak.

Para pengganas ini turun bersama 15 orang tebusan, dan mereka meletakkan posisi mereka di setiap tiga orang tebusan. Setiap seorang daripada mereka memegang b0m tangan sebagai langkah berjaga-jaga. Taktik human shield ini berkesan kerana para polis tidak berjaya bertindak sehingga kesemua 20 orang ini masuk ke dalam bas.

Pakar pemusnah bom yang diketuai oleh Leftenan Jamil Tahir diarahkan untuk memeriksa bangunan untuk memastikan tiada jerangkap mahupun b0m dipasang untuk mereka menyelamatkan lebihan 29 orang yang masih lagi berada di dalam pejabat AIA. Agak bertuah kerana para pengganas ini tidak meninggalkan sebarang bahan letupan pun di sana dan kesemua 29 orang lagi bebas.

Selepas itu, ketika berada di lapangan terbang, rundingan dijalankan bagi membebaskan 15 orang lagi tebusan. Mereka inginkan 4 pegawai kerajaan tertinggi daripada Malaysia dan Jepun sebagai pertukaran kepada 15 orang tebusan tersebut. 2 orang daripada Malaysia adalah Sekretari General menteri Dalam Negeri, Tan Sri Osman Samsuddin Cassim dan Timbalan Menteri Pengangkutan, Dato’ Ramli Omar.

Pertemuan Tomio Masuko dan Ketua Pengganas – GettyImages

Semasa pertukaran berlaku, juruterbang pesawat DC8 tersebut, Tomio Masuko enggan berlepas sekiranya terdapat bahan letupan di dalam pesawat tersebut. Mahu tak mahu, 2 orang daripada anggota JRA diiringi oleh Leftenan Jamil Tahir meledakkan bahan letupan tersebut kira-kira 500 meter daripada kawasan lapangan terbang tersebut.

Ketika ditemubual, Left Jamil meyatakan bahawa bahan letupan yang mereka bawa itu adalah bersifat ‘pengebom berani mati’ (suicide bomber) di mana tiada peledak terdapat pada bahan tersebut, sebaliknya, mereka perlu menyambungkan 2 wayar secara manual yang mana percikkan api disumbangkan oleh sebiji bateri 9 volt.

“This would be the best show for the crowd!”, kata salah seorang anggota JRA kepada Leftenan Jamil setelah mereka membuat sistem ledakkan yang baru dan meletupkan bahan tersebut daripada jarak jauh. Setiap serpihan bahan letupan tersebut dikutip oleh kedua-dua JRA supaya mereka tidak meninggalkan apa-apa bukti perlakuan mereka ini.

Pertukaran Tebusan Dengan Pegawai KeRajaan – Star 2

Pada masa yang sama, pelan penerbangan mula dirancang, dan walaupun pada awalnya, Tun Ghazali mempunyai masalah untuk mencari negara yang mahu menerima mereka, akan tetapi, setelah mereka berbincang, negara Libya ingin menerima pesawat tersebut. Negara tersebut sewaktu itu diperintah dibawah Muammaf Gadaffi yang dituduh menyokong beberapa gerakkan militan di seluruh dunia seperti PLO dan IRA.

Juruterbang Masuko masih tidak mahu menerbangkan pesawat dan tatktik ini dikesan sendiri oleh Tun Ghazali yang mengatakan “Sekiranya anda tidak mahu menerbangkan pesawat ini, saya akan melantik juruterbang saya sendiri daripada Mas Airline untuk menerbangkan pesawat ini’.

Sememangnya, taktik melewat-lewatkan dan ingin menyelesaikan segalanya di lapangan terbang tidak boleh digunapakai memandangkan kini nyawa 2 pegawai tertinggi kerajaan Malaysia juga di dalam bahaya. Setelah mendengar penjelasan tersebut, Masuko segera bertukar fikiran tetapi dia perlu singgah untuk mengisi minyak untuk penerbangan terus ke Libya, dan hal ini diselesaikan oleh Tun Ghazali.

Beliau menghubungi Perdana Menteri Sri Lanka dan mereka bersetuju atas pujukannya dengan syarat, pintu pesawat tersebut tidak dibuka langsung ketika proses mengisi minyak dijalankan. Jadual perjalanan akhirnya berjaya dimeterai, dan perjalanan ke Libya tidak mempunyai apa-apa isu.

Mereka tiba di Tripoli, Libya pada 8 Ogos 1975, 2 orang pegawai tertinggi kerajaan Malaysia selamat pulang pada 10 Ogos 1975. Kerajaan Libya ingin mendakwa kesemua 12 orang pengganas itu, tetapi akhirnya mereka diletakkan di bawah house-arrest atas sebab bukti tidak mencukupi untuk menyatakan merekalah yang melakukan kejadian tersebut. Dakwaan yang dikenakan hanyalah penjara selama 3 bulan di Jepun atas tuduhan menggunakan pasport palsu.

Mereka licik dan pandai menggunakan mana-mana lubang yang terdapat pada undang-undang. Jenayah terancang ini menjadikan mereka antara pasukan pengganas yang paling ditakuti, dan dalam beberapa tahun kemudian, banyak lagi kejadian yang mereka lakukan dan sememangnya, Jepun dan negara yang bersekutu dengan AS dan Israel dijadikan sasaran.

Salah satu peristiwa hitam adalah rampasan pesawat Malaysia Airline Flight 653 yang menyebabkannya terhempas, membunuh kesemua penumpang. Walau bagaimanapun, ini adalah tuduhan sahaja dan serangan lain yang dilancarkan oleh JRA akhirnya terhenti segalanya pada tahun 2001.

Operasi mereka yang mempunyai modus operandi keganasan dihentikan, mereka cuba melawan kerajaan melalui cara undang-undang dan legal battle sahaja. Pada tahun 2006, Shigenobu dipenjarakan selama 20 tahun atas kesalahan yang dilakukan. 34 tahun kemudian, Tan Sri Osman S Cassim menerima anugerah Royal Order of the Polar Star yang diberikan oleh Raja Negara Sweden, King Carl XVI Gustaf.

Peristiwa ini banyak dilupakan kerana pengakhiran secara aman dan bijaksana dilakukan oleh kerajaan kita. Namun, ada masyarakat antarabangsa yang mengecam negara kita yang suka mendesak kerajaan Jepun untuk membuat keputusan dan ingin menghalau keluar kesemua pengganas secepat mungkin serta merbahayakan nyawa tebusan. Apakah yang anda fikirkan? Adakah benar dakwaan mereka itu atau adakah tindakan ini dikira bijaK?

Kes-kes ini direncanakan dalam rancangan Crime Investigation Asia: KL Siege dan kisah-kisah melawan Red Army banyak difilemkan oleh perfileman luar negara dan dalam negara, antaranya adalah Suatu Ketika… Soldadu Merah yang diterbitkan dibawah NSK production.

RUJUKAN:

  1. Wikipedia – 1975 AIA Building Hostage Crisis https://en.wikipedia.org/wiki/1975_AIA_building_hostage_crisis
  2. Crime an Investigations – KL Under Siege https://www.iflix.com/title/show/3774
  3. The Star https://www.thestar.com.my/lifestyle/people/2015/03/26/security-guard-sukdave-singh-who-was-shot-during-the-japanese-red-army-siege-at-the-aia-building-in
  4. Huffington Post on KL Under SIege 1975 https://www.huffpost.com/entry/the-1975-aia-building-hos_b_7948470?guccounter=1&guce_referrer=aHR0cHM6Ly93d3cuZ29vZ2xlLmNvbS8&guce_referrer_sig=AQAAAHgF9v1eguoyHHSPalnaHrEjPJRpnwwdceN0eSmGTCgEUo0msi9-L3cJQY5ohRYto-9wpyM8xYh8Q_x1QuP6BoFE3t4GP95AFe4FWJedr5kt8I9GSNYwvKBsoXJz8d58eZoPDPPpxwl5TkvJqKVah_-Wc3rnasINHkpB_-XD8BeR

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.