Tahun lalu, Dewan Bandaraya Victoria, ibu negeri British Columbia, menanggalkan tugu Perdana Menteri pertama Kanada, John MacDonald kerana dasarnya pada tahun 1857 yang memaksa orang asli untuk berbahasa Inggeris atau Perancis dan bersekolah mengikut sistem Euro-Kanada, menarik perhatian.

Selain itu, langkah menukar gambar not 10 dolar Kanada dari gambar John MacDonald kepada tokoh kulit hitam wanita yang rata-rata warga Kanada tidak kenal, turut mencetus kontroversi.

Dan baru-baru ini, Royal Mint of Canada, iaitu syarikat pencetak wang Kanada, mengumumkan syilling satu dolar Kanada bertukar, daripada gambar beruang Artik, kepada gambar pro-LGBT.

Selain itu, Kanada juga mahu mengambil 1 juta warga imigran terutamanya dari Timur Tengah untuk menjadi warga negara, tiga tahun daripada sekarang.

Semua ini adalah datang dari dasar pro-multibudaya dan pascanegara Perdana Menterinya, Justin Trudeau.

Justin, yang merupakan idola kepada semua liberal dan SJW seluruh dunia, telah membuat polisi Kanada yang menghapuskan semua sejarah silam, semua polisi lama dan menggantikannya dengan dasar yang memeluk ideologi multibudaya serta menolak idea lama.

Menurut pengkritik utama Justin Trudeau, ahli falsafah dan professor di Universiti of Toronto, Jordan Peterson, segala polisi ini dipanggil sebagai “cultural Marxism”, iaitu menolak segala identiti, sejarah, seni, budaya, senibina, bahasa dan sebagainya, daripada budaya lama kerana ia dianggap “alat kaum borjois”.

Cultural Marxism ini dilihat mulai segar bugar sejak tamat Perang Dunia Kedua dan 1950-an apabila Brazil membina ibu negara barunya, Brasilia, dengan identiti modenis dengan senibina daripada arkitek seperti Oscar Niemeyer.

Bahkan bangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang direkabentuk oleh Le Corbusier, menolak identiti bangsa, dan menyambut multibudaya yang merupakan tunjang kepada ideologi Cultural Marxism.

Cultural Marxism menolak ciri-ciri tempatan kerana ia dilihat sebagai simbol nasionalisme yang memecahbelahkan umat manusia. Untuk berpegang kepada prinsip satu bangsa manusia dan dunia tanpa sempadan, Cultural Marxism ini merupakan cabang kepada internationalism, atau globalism.

Idea ini mahu menghapuskan budaya lama kerana ia dikatakan mewakili kaum borjois dan untuk satu bangsa manusia yang baru, memerlukan satu perlambangan yang baru tanpa melibatkan mana-mana budaya.

Sebab tu kalau anda lihat semua arkitek dan desain bangunan mereka pada zaman sekarang ini kelihatan semua sama, kerana datang dari sekolah pemikiran (school of thoughts) yang sama.

Norman Foster, Zaha Hadid, Fazlur Rahman Khan, Cesar Pelli, Adrian Smith – semua daripada school of thoughts senireka yang sama.

Dan sebab itu sekarang ni baik filem, muzik, seni moden (yang lukisan merapu konon ada maksud dalam tapi sebenarnya tak ada maksud apa pun), senibina bangunan semuanya kelihatan sama – kerana ini adalah Cultural Marxism yang merupakan agenda globalist.

Mao Zedong melancarkan Revolusi Budaya di China dari 1966 hingga 1976, dengan menghapuskan para sejarahwan, sasterawan, seni dan segala unsur yang datang dari budaya silam – demi satu bangsa yang baru, menyebabkan banyak budaya Cina yang dah terkumpul 2,000 tahun lenyap begitu sahaja.

Sementara Justin Trudeau tidak membunuh jutaan para sejarawan dan sasterawan seperti Mao, beliau sebaliknya mengimport imigran ke Kanada atas dasar kononnya prihatin terhadap mangsa perang, tetapi sebenarnya sedang merombak fabrik sosial negara tersebut.

Identity politics, yang merupakan satu akar kepada ideologi Cultural Marxism juga, adalah satu cara untuk melupuskan segala identiti lama dan digantikan dengan identiti baru nasional yang banal dan kosong tanpa erti.

Contohnya di sekolah-sekolah mereka tidak lagi dilabelkan sebagai pelajar lelaki atau perempuan, dan mereka bebas untuk memilih jantina bukan berdasarkan organ jantina biologi mereka.

Mereka diajar agar memeluk budaya multibudaya serta menolak budaya Euro-Canada yang telah menjadi tunjang negara tersebut sejak kemerdekaan pada 1857.

Kaum majoriti, White Canadians diajar untuk membenci kaum sendiri kerana penjajah, seolah-olah seperti ‘original sins’.

Kaum minoriti pula bebas untuk mengutuk White Canadians dan kalau White Canadians ini melawan, ia dianggap hate crime.

Begitu juga sekiranya golongan homoseksual bebas untuk mengutuk golongan hetero, tetapi akan jadi hate crime jika sebaliknya.

Perkara ini bukan sahaja berlaku di Canada bahkan seluruh dunia termasuk di negara kita. Sejak zaman media sosial ini, syarikat gergasi tech seperti Facebook dan Twitter sudah mula menjadi ‘thought police’ dan ‘Big Brother’, terutamanya jika anda mengguris perasaan para feminis atau SJW atas alasan hate crime.

Justin juga dikritik kerana menggunakan istilah “personkind” kerana perkataan “mankind” itu misoginis dan simbol patriarki kerana perkataan “man”.

Lelaki di zaman pasca moden seolah-olah sedang dikembirikan kemaluannya, dan lelaki yang menunjukkan sifat kelelakian akan dianggap “toxic masculinity”.

Dan kini, warga Kanada terutamanya yang mengundi Justin Trudeau dan Parti Liberal, terasa ‘hancing’ dengan manifesto untuk memulihkan ekonomi sejak 2015 masih lagi belum pulih, kembali mula menyokong Parti Konservatif.

Kemenangan besar dalam pilihan raya Datuk Bandar Toronto, bandar terbesar di Kanada serta pilihan raya negeri Ontario, negeri paling ramai penduduk di Kanada pada Konservatif, membuktikan multibudaya serta Cultural Marxism serta idea globalism sedang ditolak di dunia Barat.

Brexit, kemenangan Trump serta penolakan besar-besaran parti pro-EU oleh ramai masyarakat di Eropah mula menunjukkan sentimen ini semakin besar.

Justin Trudeau cuba memadam sejarah, cuba mengolah bahasa, cuba membasuh fikiran anak kecil supaya keliru dengan identiti bangsa dan jantina sendiri, adalah sama seperti Big Brother dalam novel Nineteen Eighty Four.

Who controls the past, controls the future. Who controls the present, controls the past.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nami Cob Nobbler merupakan seorang penulis novel prolifik, beberapa judul seperti Awek Chuck Taylor, Rokok Nan Sebatang dan Rumah No 6. Merupakan bekas wartawan di The Malaysian Insider serta merupakan peminat bolasepak Liverpool FC.

Comments are closed.