Wanita muda ini bernama Sabiha Gökçen, beliau merupakan anak angkat kepada Mustafa Kemal Atatürk, presiden pertama Republik Turki merangkap pengasas negara Turki moden yang merdeka, namun latarbelakang sebenar wanita ini kekal menjadi misteri hingga ke akhir hayatnya.

Masyarakat Turki mengenali gadis cantik bermata biru ini melalui arus perdana seperti media hanya sebagai seorang anak perempuan yang dibela sebagai anak angkat kepada Atatürk, manakala terdapat juga teori yang mendakwa bahawa Sabiha adalah isterinya sebenarnya. Tetapi apa yang lebih misteri adalah asal usul sebenar Sabiha.

Menurut sumber Turki dan wawancara dengan Sabiha Gökçen sendiri, dia dilahirkan pada 22 Mac 1913 di Bursa. Sabiha dikatakan sebagai anak perempuan kandung kepada Mustafa Izzet Bey dan Hayriye Hanim dari etnik Bosniak.

Malangnya, ibu bapa gadis ini meninggal dunia terlalu awal, dan dia dibesarkan di sebuah rumah anak yatim di kota Basma, dimana pada tahun 1925 ia dikunjungi oleh Mustafa Kemal Atatürk.

Gadis bermata biru ini menarik perhatian pemerintah Turki tersebut. Setelah membaca maklumat biografi anak kecil itu, Atatürk memutuskan untuk mengambil Sabiha yang ketika itu berusia 12 tahun sebagai anak angkatnya, lalu memberinya nama keluarga Gökçen (Langit atau Gökis dalam bahasa Turki) tidak lama setelah undang-undang nama keluarga diperkenalkan pada tahun 1934.

Kemudian, Sabiha setia menggalas nama ‘keluarganya’ sesuai dengan bakatnya, dia ditakdirkan menemui kerjaya sebagai juruterbang. Dan di situlah semuanya bermula.

MINAT SEJAK REMAJA

Pada 5 Mei 1935, bersama dengan Atatürk, Sabiha menghadiri upacara perasmian Summer School “Türk Jackpot”. Pesawat pejuang dan para penerjun yang dijemput dari beberapa negara lain telah memukau Sabiha sehingga Atatürk menyoal sama ada dia ingin menjadi juruterbang, tanpa ragu-ragu dia terus menjawab: “Ya, sekarang!”

Oleh itu, dia dijadikan pelajar pertama mendaftar di sekolah yang baru dibuka itu bagi merealisasikan impian Atatürk yang mahu melihat dia terbang membelah langit.

Pada usianya 23 tahun, Sabiha Gökçen menjadi juruterbang wanita pertama untuk negara Republik Turki dan merupakan wanita pertama yang menjadi juruterbang pesawat temp*r pihak tentera.

Hrant Dink, seorang Armenia warganegara Turki dan tokoh jurnalis mer*ngkap ketua editor akhbar Agos adalah orang pertama yang berbicara mengenai keturunan Sabiha yang didakwa berasal dari Armenia. Ia bermula apabila seorang wanita dari Armenia mengunjungi pejabat editorial tabloid Agos. Wanita itu sedang mencari saudara-mara nya yang terpisah di Turki.

Wartawan Elena Solntseva, yang turut menulis mengenai aktiviti Dink berkaitan dengan pencarian saudara mara wanita Armenia yang hilang itu, berkata:

“Hripsime Sebildzhyan dari Armenia mencari ibu saudaranya, Khatun yang hilang di Empayar Uthmaniyyah semasa tercetusnya Per*ng Dunia Pertama, telah menulis kepada editorial bahawa ibunya yang bernama Tiruhi telah berusaha bertahun-tahun untuk mencari adiknya.”

Dan sebenarnya dia tidak perlu pun mencarinya kerana semua orang amat mengenali wanita itu di Turki. Berdasarkan kisah yang diceritakan Hripsime, ketika datuk dan nenek mereka terbun*h semasa pembantaian etnik Armenia, Tiruhi bersama kakaknya Khatun ditinggalkan di rumah anak yatim.

Akhirnya sekumpulan pegawai tentera pergi ke sana bersama-sama dengan pemimpin Turki, Mustafa Kemal Atatürk, dia kemudian menyukai gadis kecil itu dan membawanya pulang bersama lalu memberikannya nama Sabiha Gökçen.

Artikel “Rahsia Sabiha Gökçen” telah membuka tirai asal usulnya yang sebenarnya. Berikut adalah petikan baris ayat dari artikel Dink yang bertajuk ”Rahsia Sabiha Gökçen” :

“Kami menghabiskan banyak masa untuk membuktikan bahawa pahlawan negara Turki bernama Sabiha Gökçen itu sebenarnya adalah seorang Armenia. Sabiha adalah mangsa yang dianggap yang diselamatkan oleh keajaiban dari semua anak-anak Armenia yang kehilangan ibu bapa mereka semasa pembantaian, semenjak itu Atatürk membawanya ke Ankara dan memberinya nama baru” — Hrant Dink.

Maklumat mengenai hubungan kebangsaan anak perempuan Atatürk itu dipaparkan di muka depan akhbar nasional Hürriyet. Cerita sensasi ini dicetak semula pada hampir setiap edisi, dan telah sekian lama menjadi perhatian pihak-pihak media di Turki.

Isu ini pernah didakwa sebagai tindakan provokasi Armenia, tetapi masih terdapat bukti lain yang lebih ketara selain versi Hrant Dink. Seorang ahli bahasa, pengarang kamus penjelasan terbesar bahasa Turki – Pars Tugladzhi memberitahu bahawa Sabiha Gökçen tahu tentang ibu bapa kandungnya dan bahkan tahu banyak perkataan-perkataan dari bahasa Armenia.

“Sabiha yang fasih berbahasa Armenia walaupun sedikit merupakan bukti penting yang menjelaskan asal usulnya. Lebih-lebih lagi, tokoh penerbangan yang terkenal menderita apa yang disebut sebagai penyakit Yerevan “, kata guru sejarah sekolah Turki, Kemal Merakly, yang mengenali Sabiha Gökçen.

Sabiha Gökçen meninggal dunia pada 22 Mac 2001, beliau dianggap telah terselamat dari pembun*han beramai-ramai etnik Armenia, hanya untuk berbakti kepada “ayahnya” sehingga akhir hayatnya.

Lapangan terbang antarabangsa Istanbul dinamakan bersempena dengan nama Sabiha. Jika anda bertanya kepada orang Turki mengenai asal usul nama lapangan terbang Sabiha Gökçen, jangan terkejut jika mereka tiba-tiba naik marah kerana lapangan terbang itu dinamakan sempena nama seorang wanita Armenia.

Dia menamatkan pendidikannya di Üsküdar Girls College di Istanbul. Pada tahun 1935, disaat gelombang peper*ngan di udara sedang meningkat di langit Eropah, Persatuan Aeronautik Turki membuka sekolah penerbangan awam pertama di negara ini. Atatürk dijemput dalam upacara pembukaan dan menamakan sekolah itu Türkkusu (Burung Turki).

Atatürk mendaftarkan Sabiha Gökçen sebagai pelajar wanita yang pertama. Pendidikan terhadap anak perempuan merupakan salah satu gerakan revolusi di negara Islam walaupun pada era Uthmaniyyah kaum wanita telah menyerlah di dalam bidang pendidikan.

Setelah menjalani latihan peluncuran awal, Sabiha mengikuti latihan lanjut di negara Kesatuan Soviet bersama-sama tujuh pelajar lelaki Turki, kesemuanya adalah pelajar bidang penerbangan. Gökçen adalah juruterbang yang berbakat dan hanya memerlukan setahun untuk kembali ke Turki dengan ijazah instruktor peluncuran.

Pada tahun 1936, dia memasuki sekolah penerbangan tentera di Eskisehir. Gökçen menjalani latihan asas dan lanjutan selama lebih dari satu tahun. Sekali lagi dia berjaya dan menerima sayap juruterbangnya pada tahun 1937.

Melakukan penerbangan sejauh mungkin di dalam pesawat Breguet XIX buatan Perancis dan pesawat jenis biplanes Curtiss Hawk buatan Amerika, Gökçen menempa namanya dalam sejarah dunia sebagai juruterbang wanita yang menerbangkan pesawat sedia-temp*r yang pertama di dunia.

Pada tahun 1937, dia mengambil bahagian dalam manuver di Thrace, Turki dan di pantai Aegean, serta dalam operasi pertemp*ran di Anatolia Timur. Dalam Operasi Dersim, Rejimen Udara Pertama digerakkan ke Elazig sebagai sokongan udara jarak dekat untuk pasukan tentera darat Turki dalam memer*ngi pemberontakan yang diprovokasi oleh pihak asing.

Gökçen dan juruterbang lelaki lain terbang setiap hari mengikut shif. Prestasinya adalah yang paling tinggi dan terhebat samada sebagai juruterbang mahupun pemantau. Atas sumbangannya dalam operasi ini, dia dianugerahkan pingat “Jewelled Medal” yang pertama dari Persatuan Aeronautik Turki.

Pada tahun 1938, dia dijemput khas untuk melawat beberapa negara di Eropah tenggara. Pada 16 Jun pula dia memulakan jelajah Solo Friendship Tours selama 5 hari dengan menerbangkan pesawat pengebom Vultee-V. Dari Istanbul, dia terbang ke Athens dan Tessalonika di Greece, kemudian ke Sofia, Bulgaria.

Di perhentiannya yang seterusnya, di Belgrade, Ketua Staf Umum Yugoslavia menganugerahkan kepadanya pingat “White Eagle,” dekorasi ketenteraan yang tertinggi di negara itu. Perhentian terakhirnya adalah Bucharest, Romania.  Dalam jelajah ini, dia telah terbang hampir 2000 batu di pergunungan Balkan.

Seterusnya, Gökçen dilantik sebagai Ketua Pengajar di Sekolah Penerbangan Türkkusu, di mana 3 tahun sebelum dia memperoleh sayapnya. Pada tahun 1950, Gökçen melakukan dua perjalanan ke Amerika Syarikat, dan pada tahun 1990 dia dijemput ke India.

Dia bersara dari dunia penerbangan aktif pada tahun 1964, setelah menerbangkan pesawat dari Perancis, Britain, Jerman, Amerika Syarikat, dan Turki.

Fédéderation Aéronautique Internationale menganugerahkan Gökçen Pingat Emas mereka pada tahun 1991 sebagai penghargaan diatas pencapaiannya cemerlang dalam bidang penerbangan.

Gökçen juga melibatkan diri dalam banyak persatuan antarabangsa, antaranya, Ninety-Nines, sebuah organisasi utama penerbangan wanita Amerika sejak 1925.

Persatuan Aeronautika Turki pernah menerbitkan buku catatan Sabiha Gökçen, My Life Follow in Atatürk’s Footsteps, pada ulang tahun ke-100 kelahiran Mustafa Kemal Atatürk.

RUJUKAN:

Biography: https://www.goefoundation.com/eagles/biographies/g/216/G%C3%B6k%C3%A7en-Sabiha

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.